Jom Jaga Kesihatan Jantung Dengan Shaklee

Salam pembaca,

Tahukah anda pada tanggal 26 September setiap tahun adalah Hari Jantung Sedunia? mungkin segelintir di antara kita kurang mengambil tahu tentang perkara ini?. Anda juga boleh layari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan untuk maklumat lanjut atau ingin mengetahui tarikh-tarikh Hari Khas Kesihatan yang lain.

Jantung adalah bahagian organ tubuh paling penting selain daripada otak , jantung yang tidak sihat boleh menyebabkan anda diserang penyakit jantung . Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh WHO (World Health Organization) sekitar 1.500,000 orang di dunia ini akan meninggal akibat komplikasi penyakit jantung pada setiap tahun dan ini menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh no. 1 di dunia. Ini memang satu fakta yang amat mengejutkan?

serangan-sakit-jantung-strok-vitamin4kesihatan-penjagaan-jantung-shaklee-kesihatan-jantung

Apakah Punca Serangan Jantung?

Serangan Jantung terjadi apabila aliran darah ke bahagian otot jantung terhalang disebabkan oleh paras kolestrol  yang tinggi di dalam pembuluh darah. Jika aliran darah tidak diperbaiki dengan cepat atau tidak dijaga dengan baik, bahagian otot jantung tersebut akan rosak atau tersumbat dan akan menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen yang boleh mengakibatkan serangan jantung  dan boleh membawa kepada kematian.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebagai Langkah Penjagaan?

Ujian darah harus dijalankan secara kerap sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memeriksa profil lipid darah. Ini adalah penting untuk menentukan jumlah kolestrol keseluruhan, paras kolestrol LDL dan HDL kerana penunjuk ini adalah penentu penting bagi penyakit jantung.

Apa itu LDL dan HDL?kolestrol-hdl-ldl-kesihatan-jantung-shaklee-vitamin4kesihatan-v4k-rahsia-shakee-cq10-shaklee

LDL-cholesterol

LDL – Ia akan terkumpul pada dinding arteri. Ini boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan mengakibatkan serangan jantung apabila ia berlaku pada arteri koronari. Oleh sebab itu dikenali sebagai “kolestrol jahat”.

HDL – Ia berfungsi membawa kolestrol daripada sel ke hati untuk dicernakan dan dikeluarkan sebagai bahan buangan. Oleh sebab itu ia dikenali sebagai “kolestrol baik”.

kolestrol-baik-dan-kolestrol-jahat-kolestrol-hdl-ldl-kesihatan-jantung-shaklee-vitamin4kesihatan-v4k-rahsia-shakee-cq10-shaklee

Untuk entri kali ini, tips yang ingin saya kongsikan dengan pembaca semua  adalah tips pemakanan untuk mengurangkan paras kolestrol tinggi melalui pendekatan pemakanan kerana tabiat pemakanan harian kita menjadi faktor UTAMA yang akan mengundang kepada masalah jantung.

Anda boleh mengawal paras kolestrol darah melalui :

1. Kurangkan makanan yang tinggi kolestrol jika anda mempunyai paras kolestrol tinggi. Contohnya seperti organ dalaman haiwan, daging merah, kuning telur atau  makanan laut.

2. Banyakkan serat dalam diet kerana serat berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan disingkirkan. Serat boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran, oat, bijirin penuh dan beras perang.

3. Tukar cara masak ke arah lebih sihat. Selain daripada menggoreng, anda boleh cuba kaedah membakar, memanggang, merebus,mengukus atau menyalai makanan.

4. Kurangkan pengambilan lemak tambahan. Lemak tambahan seperti daripada sapuan, sos dan kuah. Contohnya, mayonaise, kurangkan pengambilan kuah yang disediakan menggunakan santan dan minyak berlebihan.

5. Kurangkan pengambilan lemak tepu. Buangkan kulit dan lemak daripada ayam dan daging sebelum dimasak, kurangkan pengambilan mentega, minyak sapi dan santan.

Sumber Tips: Jab. Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Universiti Malaya

Kalau anda nak tahu pasal jenis-jenis lemak ni, klik jer kat sini.

Shaklee juga menawarkan pelbagai produk khas untuk kesihatan jantung anda seperti OmegaGuard atau CoQhealth Plus

coqhealth-plus-q10-healty-heart

OmegaGuard

Sila klik pada link atau gambar untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Shaklee diatas. Kalau nak order, jangan malu-malu yer… contact jer nombor telefon dibawah.

“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati “

 

Eshamz Halim – Admin www.vitamin4kesihatan.com

Find eshamz halim on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Isikan Komen Anda Disini