Salam pembaca,
Saya nak ajak pembaca untuk menyertai satu aktiviti amal yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif iaitu program Rose2Rose Walk For Humanity yang akan diadakan pada 16 March 2014 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.. Acara jalan kaki sejauh 5km ini bertujuan untuk mengutip dana sebanyak RM1.5 juta untuk disumbangkan kepada 3 buah negara iaitu Palestin, Syria dan Rohingya, RM500,000 bagi setiap negara.. Projek dari wanita Malaysia untuk wanita dan kanak-kanak bagi 3 negara tersebut telah dilancarkan pada Oktober 2013.. Jom ramai-ramai mana yang tinggal sekitar Kuala Lumpur untuk ikut serta aktiviti amal ini.. Yang di luar K.L pun boleh join juga kalau berminat.. 🙂
Cikgu Fitness Kevin Zahri pun ada juga nanti.. 🙂
Macam mana nak join ?
Semua orang pun boleh join.. Setiap individu yang ingin menyertai perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM48 melalui akaun bank yang dinyatakan seperti di dalam poster.. Setiap penyertaan juga akan mendapat sehelai t-shirt yang diberikan secara percuma.. Selepas membuat pembayaran boleh daftar secara online maklumat peribadi dan bukti pembayaran.. Untuk daftar boleh klik di sini –> http://bit.ly/r2rwfh-form
Jom semua memeriahkan program nie.. Sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh saudara kita yang tinggal di sana.. Jika kita fikir kita hidup dalam kemiskinan, sebenarnya ramai lagi saudara kita yang diluar sana menderita akibat kemiskinan..
Menderma, beriadah dan menjaga kesihatan.. 🙂
Follow Cheq Eem on Google+!
sambil beriadah
sambil membuat charity..owh very good..
tq 4 sharing sis 🙂
apa salahnya kan… benda yang baik kena lah sharing dengan orang lain.. hehe.. 🙂
jauh la..huhu
ye ker..? takpa lah cik mun… banyak lagi saluran yang boleh kita bantu mereka… 🙂
bagus program sebegini.. cheq eem join juga ya?
insya-allah aiza.. saya akan join aktiviti nie…. 🙂
wah jauhnya nak jalan kaki.he..he..tapi bagus jugak kalu boleh join ni..Jom cheq eemm!!!
tak jauh pun.. sambil jalan sembang2, gelak2, ambil gambar.. tau2 dah sampai penghujung jalan… hehe… jom join..! saya insya-allah pergi… 🙂
Menarik ni.. beramal sambil beriadah.. thanks sharing info ye.. 🙂