Kejadian Sahur Yang Mesti Berlaku Setiap Tahun

Salam pembaca,

Bercerita pasal sahur mesti ada antara kita yang pernah melalui terlepas untuk bangun sahur kan? Sekurang-kurangnya sepanjang bulan Ramadhan tu mesti ada sekali kejadian terlambat bangun. Tengok jam jer dah azan subuh. Aduhh… rasa nak salahkan jam loceng pun tak boleh juga. Jam dah kunci macam biasa. Bunyi kuat pulak tuu.. Tetap tak jaga juga bila berbunyi. Ekekeke.. Kalau dah ditadirkan tak sahur, memang tak sahur juga lah..

Setakat ni kejadian tak bangun sahur baru sekali terjadi. Tiba-tiba bangun tidur tengok jam dah pukul 6 pagi. Tak boleh nak buat apa dah. Nasib baiklah masa hari tak bangun sahur tu hari cuti. Kalau hari bekerja mesti lemau jer nak buat kerja di pejabat. Hehehe..

Kebiasaanya saya dan suami  bersahur dalam pukul 5 pagi. Selalunya saya akan bangun dulu untuk panaskan lauk dan nasi. Kami jamah makanan yang simple jer. Mujur lah dapat suami yang tak cerewet sangat. Kadang-kadang tu lauk telur goreng dengan kicap pun boleh. Kalau takda selera nak makan nasi kami macam cereal coco crunch dengan susu jer. Yang penting minuman Performance Drink Shaklee mesti ada untuk bekalan tenaga sepanjang hari.

Tak kisah lah apa yang kita makan sewaktu bersahur. Yang penting kita bangun dan jamah sedikit makanan untuk dapatkan pahala sunat. Lagipun apabila bersahur dapat membekalkan sedikit tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka.

Saya kongsikan di sini beberapa tips sahur yang berkhasiat yang boleh kita amalkan. Selamat mencuba!

tips-bersahur-sihat-sepanjang-ramadhan

9 comments to Kejadian Sahur Yang Mesti Berlaku Setiap Tahun

  • Ibu Zarith  says:

    Betul tu,setiap tahun mesti berlaku adegan ini..haha..tapi tahun ni belum lagi, harap takkan berjumpa la adegan tersebut sebab takut kelaparan huhu

    • Cheq Eem  says:

      ekekeke… beruntunglah masih belum terlewat bangun sahur….

  • Ida  says:

    Dah 2 x kami xjaga sahur.. Sekali plk, nasi basi.. Huhu.. Mmg apply tip2 ni

    • Cheq Eem  says:

      hahaha…. tapi bab bangun lepas tu nasi basi kesian nya.. huhu… takpe, boleh bersahur dengan ESP shaklee…. 🙂

  • Dr Fattah  says:

    nasib baik bangun juga, daripada tak bangun-bangun terus 🙂

    • Cheq Eem  says:

      uissshhh… jgn cakap cam gitu… ekekeke….

  • Dunia Zumal  says:

    Zumal tahun nie ada beberapa kali lewat…

    • Cheq Eem  says:

      hehehe….. sama lah kita…

  • Fatin  says:

    Dah tau dah kalau terbangun lambat nak buat apa. Thanks o ESP & Performance Drink!

Isikan Komen Anda Disini