Keunikan Bisnes Shaklee Pada Gelaran Nama dan Pangkat

Salam pembaca,

Bila terkenang balik kisah pertemuan saya dengan Shaklee tersenyum sorang-sorang. Mana taknya, sebulan kenal Shaklee, terus jatuh cinta. Orang cakap cinta pandang pertama. Dan sampai sekarang nie semakin tebal rasa cinta dengan Shaklee. Kenapa agaknya eh? Adakah sebab produknya yang berkesan? Atau adakah sebab pemilik Shaklee iaitu Roger Barnett yang handsome dan bergaya? Dan adakah sebab Shaklee menjanjikan pulangan lumayan dalam perniagaan? Semua itu memang antara faktor kenapa saya sayang dengan Shaklee. Tapi apa yang membuatkan saya sayang lebih banyak dengan Shaklee ialah berada dalam kumpulan bisnes yang penuh dengan aura positif dan pelbagai sentuhan yang penuh dengan magik.

shaklee ceo Roger BarnettInilah Roger Barnet, Ceo Shaklee Corporation. Handsome tak? Rasanya Eshamz Halim handsome lagi. 😛

Salah satu sebab yang membuatkan saya rasa uniknya kumpulan bisnes kami iaitu iReach ialah gelaran atau pun nama yang kami panggil untuk Upline, Downline ataupun Subline. Pada mulanya rasa pelik pulak memanggil mereka menggunakan nama tersebut. Rasa macam takda kaitan sangat. Dah mereka sendiri membiasakan diri dengan nama tersebut saya layankan je lah. Tapi bila lama kelamaan saya nampak kaitan gelaran tersebut dalam usaha untuk mengembangkan bisnes. Ya, ianya sangat relevan lebih-lebih lagi dalam perniagaan MLM. Apa gelaran nya? Gelarannya ialah mak, nenek, onyang, cucu, cicit, mak sedara, adik-beradik, sepupu dan seangkatan dengan nya.

Cuba kita fikirkan apa yang akan dilakukan oleh seorang ibu untuk melihat anaknya berjaya? Apa pengorbanan seorang ibu untuk membantu anaknya jika dalam kesusahan? Bagaimana seorang ibu memberikan sokongan untuk menyokong cita-cita dan impian anaknya? Macam tu lah yang saya rasakan bila berada dalam kumpulan iReach. ‘Ibu’ sentiasa ada setiap kali kami perlukan bantuan sama ada hal  yang besar sampai lah hal yang kecil termasuk order barang. Lebih-lebih lagi bila barang tersebut hanya ada jual di cawangan Shaklee sahaja. Kita orang yang tak sempat nak beli ni minta tolong dengan ‘Ibu’ untuk belikan. Mengada-ngada kan? Tapi nak buat macam mana. ‘Ibu’ memang manjakan anak-anak. Hahaha.. Dan sekarang saya pun apply benda yang sama untuk ‘anak-anak’ Shaklee saya. 🙂

Setiap ibu yang ada anak mesti nak berikan yang terbaik bukan. Besarkan mereka dengan penuh kasih sayang, berikan khasiat yang terbaik, berikan didikan dan sebagainya. Sebab tu setiap hari mereka ni mesti diberi ‘makan‘. Yup, bagi makan. Cuba fikir apa akan jadi kalau tak dapat makan? Mati kebuluran pulak kan. Mereka yang bersemangat untuk buat duit dengan Shaklee mesti kena ‘makan’ setiap hari. ‘Makanan’ pula memang disediakan setiap hari, tinggal anak-anak nak ‘makan’ atau pun tidak. Yang sentiasa lapar memang pandai cari makan, tapi bagi yang dah tau lapar tapi malas tak boleh nak buat apa lah. Penyakit ‘M’ a.k.a malas ni memang  bahaya. Eh, bagi makan apa ni? Bagi makan ilmu. Hehehe.. Ilmu tentang produk Shaklee, cara melayan pelanggan, tips berniaga, teknik marketing yang berkesan, sesi motivasi, dan macam-macam lagi. Macam buffet 5 star tau ‘makanan’ yang dihidangkan. Pilih lah apa yang nak dimakan. Percuma dan tak payah bayar.  😀

untung buat bisnes dengan shakleeNie sesi ‘makan’ dan betul-betul makan. Ekekeke… Berpiknik di Taman Tasik Shah Alam sambil berkongsi ilmu. Ada ‘mak sedara’, ‘adik-beradik’ dan sepupu keluarga Shaklee dibawah empayar iReach.

Seperti yang selalu saya ceritakan sebelum ni Shaklee adalah Family Business. Jadi secara tidak langsung hubungan kami dalam iReach pun sama gak. Tak semestinya di bawah empayar iReach sahaja, malah di bawah empayar Master Cery pun kami sama-sama berhubungan dan saling membantu antara satu sama lain. Macam mana kami berhubungan? Mana lagi kalau bukan dalam group bisnes di Facebook. Antara topik yang selalu dibincangkan ialah mengenai penyakit dan cadangan produk Shaklee yang sesuai serta testimonial pengguna. Mereka tak kedekut pun berkongsi ilmu masing-masing. Lagi pun dalam group kami ada yang mempunyai latar belakang bidang perubatan. Jadi mereka selalu bagi tips pro and cons kesan vitamin bagi setiap penyakit. Sebab tu setiap hari saya WAJIB masuk dalam group bisnes dan baca post lama untuk tambah ilmu. Dan dari situ pula saya akan google dan mantapkan lagi ilmu yang ada. Sebab tu sekali sekala saya feeling macam ahli farmasi atau pun pakar nutrisi. 😀

 untung buat bisnes dengan shakleeRamai suri rumah yang memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan sama ada secara part time atau pun full time adalah kerana mereka sentiasa bersama dengan anak-anak. “Shaklee is a family business“.

Jenama Shaklee dalam industri nutrisi kesihatan sudah lebih daripada 50 tahun. Seperti onyang saya iaitu Master Norita, sehingga ke hari ini beliau masih setia dengan Shaklee dan sudah lebih daripada 15 tahun. Insya-allah saya sangat yakin jodoh dan perjalanan saya dengan Shaklee juga akan berpanjangan. 🙂

Berminat untuk menjadi sebahagian daripada team kami yang hebat? Baca tips dekat sini dulu –> Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Jadi Ahli Shaklee

p/s: Saya masih lagi kekok membahasakan diri sebagai ‘Mak’ dengan anak-anak. 😛

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

9 comments to Keunikan Bisnes Shaklee Pada Gelaran Nama dan Pangkat

  • Raudzah  says:

    Thaniah Cheq Emm kerana memilih untuk bersama Shaklee..good business for healty life..wah macam kita the owner pulak ya..he..he..

    • Cheq Eem  says:

      t.kasih raudzah… saya amat berbesar hati berada dalam keluarga Shaklee…. ekekekeke…. 😛

  • sobri yaacob  says:

    wah nampaknya saya yg baca pun terpikat dgn kisah sis bersam shaklee..insaalah why not satu hari saya joint..cuma kena cari group team yg betul2 bgus yg bleh tlong kita 🙂
    all the best utk team n bisness shaklee sis ya 🙂

    • Cheq Eem  says:

      kalau dah terpikat jangan tunggu lama2… saya pun takda anak sulung lelaki nie.. hahaha… yg penting kita suka buat apa yg kita suka… 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Pilihan yg tepat.. semoga Cheq Eem terus sukses dlm mengejar impian & cita2… aamiin. All the best!!.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      doakan semoga saya terus sukses dengan shaklee… insya-allah… t.kasih khir… 🙂

  • Amru  says:

    tahniah…dah lama juga usha tentang shaklee ni dan ramai rakan-rakan seangkatan berjaya

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah…. ramai yang berjaya sebab rajin dan buat bersungguh-sungguh…. 🙂

  • faizal  says:

    tahniah…ramai yang berjaya dengan shaklee.

Isikan Komen Anda Disini