Slide # 1
 

Khasiat Kalsium Bukan Sekadar Untuk Tulang?

Salam pembaca,

Kalsium adalah bahan mineral yang saling diperlukan oleh tubuh badan kita untuk membina kesihatan yang baik. Selain sering dikaitkan dengan kesihatan tulang, kalsium dan magnesium juga dalam berperanan memelihara kesihatan jantung, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal paras gula, melancarkan perjalanan darah dan sebagainya.

Kebaikan Kalsium dan Magnesium Bersama

Salah satu panduan memilih supplemen untuk kalsium pastikan dilengkapi dengan magnesium. Kenapa..? Kerana apabila ianya bergabung POWERFULL..! Kedua-duanya berperanan memantapkan lagi penyerapan kalsium dalam tulang. Sebagai contoh, kalsium menyebabkan penguncupan otot dan saluran, manakala magnesium menyebabkan relaksi. Jadi gabungan kedua-duanya boleh membantu tekanan darah yang sihat dan denyutan jantung yang stabil serta mengelakkan kekejangan otot dan kesakitan.

makanan-tinggi-kalsium

Antara sumber makanan yang tinggi khasiat kalsium

(Sumber gambar: Google.com)

Siapa yang perlukan kalsium?

Semua peringkat umur sebenarnya memerlukan khasiat kalsium. Baik lelaki atau pun wanita yang sudah berusia atau pun muda serta kanak-kanak memerlukan kalsium dalam diet seharian. Jika kita lihat iklan di t.v. pun selalu menekankan kepentingan kalsium sebagai langkah kesedaran kita bersama. Jadi siapa yang lebih memerlukan kalsium sebenar nya?

Wanita Mengandung – Bantu mengelakkan kekejangan sepanjang kehamilan serta memberi manfaat kepada bayi di dalam kandungan untuk kekuatan tulang. Risiko gigi reput juga boleh berlaku terutama wanita yang mengandung pada usia 30 tahun ke atas.

Lelaki dan Wanita Berusia – Bantu dalam mengurangkan masalah tulang rapuh atau lebih dikenali dengan osteoporosis. Kesannya sebelum tua sudah berbongkok tiga, sakit pinggang dan sering mengalami kekejangan kaki. Selain daripada itu, membantu memelihara kesihatan jantung, mengawal paras gula dalam darah serta menstabilkan tekanan darah.

Ahli Sukan – Untuk mengelakkan kecederaan tulang patah atau pun tulang retak semasa bersukan atau pun bersenam. Bukan sahaja untuk menjaga tulang, malah menjaga kesihatan jantung sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung semasa bersukan atau riadah.

Wanita Yang Sering Mengalamai PMS setiap bulan – Pre Menstrual Syndrome atau period pain setiap kali datang haid dapat dikurangkan dengan mengambil kalsium dan mengurangkan masalah sakit pinggang.

Kanak-kanak Yang Sedang Membesar – Penting bagi mereka mendapat khasiat kalsium untuk proses tumbesaran. Pada peringkat ini mereka sentiasa bergerak aktif dan memerlukan khasiat yang secukupnya agar kesihatan tulang terpelihara, sihat dan kuat.

Ibu Yang Menyusukan Anak – Ibu yang sedang menyusukan anak lebih banyak kehilangan kalsium berbanding wanita biasa. Pada waktu ini mereka memerlukan keperluan kalsium secukupnya untuk memastikan kesihatan tulang terpelihara, menguatkan gigi serta membantu meningkatkan pengeluaran susu terutama semasa waktu haid. Dalam masa yang sama khasiat kalsium dapat diberikan kepada bayi yang sedang menyusu.

tulang rapuh

Ostematrix Shaklee Kalsium Lengkap Untuk Anda

ostematrix-shaklee

Perbezaan Ostematrix Shaklee

Di Shaklee, Ostematrix diformulasikan dengan KALSIUM, MAGNESIUM, FOSFORUS, VITAMIN D, ZINC, KUPRUM, MANGANESE dan BORON. Kesemua nutrien ini dapat bekerjasama supaya tubuh badan dapat menyerap khasiat kalsium dengan lebih baik dan menghalang mendapan sesetengah mineral. Jadi, apabila anda memilih supplemen kalsium, pastikan ianya dilengkapi segala nutrien tersebut.

Apa pula kata pengguna yang mengambil Ostematrix?

testimonial-ostematrix

Begitulah pengalaman Pn Iena Gie selepas dia menggunakan Ostematrix Shaklee. Alhamduillah dapat membantu menyelesaikan masalah beliau dan suami.

Jadi sekiranya berminat untuk mencuba Ostematrix Shaklee boleh hubungi saya. Konsultasi secara percuma dan harga istimewa menanti anda!

Disclaimer:
* Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

3 comments to Khasiat Kalsium Bukan Sekadar Untuk Tulang?

  • Khir Khalid  says:

    Oh.. rupanya kalsiun dpt juga membantu mencegah & mengelakkan serangan jantung juga ye.. baru sy tahu. T kasih diatas info ye.

  • Cheq Eem  says:

    sama-sama… berkongsi maklumat dengan rakan-rakan…. 🙂

  • […] Kalsium adalah bahan mineral yang saling diperlukan oleh tubuh badan kita untuk membina kesihatan yang baik. Selain sering dikaitkan dengan kesihatan tulang, kalsium dan magnesium juga berperanan memelihara kesihatan jantung, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal paras gula, melancarkan perjalanan darah dan sebagainya. […]

Isikan Komen Anda Disini