Kisah Aktiviti Sosial World Hunger Relief Malaysia 2013

Salam pembaca,

Minggu lepas first time saya join aktiviti sosial yang berbentuk charity. Seronok jugak rupenya bila join aktiviti macam nie. Hehe… Ramai betul orang yang datang pada hari tersebut. Pada mulanya penyertaan hanya di buka untuk 14,000 peserta sahaja, tapi atas permintaan yang tinggi pihak penganjur pun buat pengumuman sesiapa yang nak join boleh walk in. Memang meriah sungguh Dataran Putrajaya pada hari tersebut. Bukan setakat golongan belia yang ikut serta malah ada yang datang bersama-sama dengan keluarga. Sporting habis..!!

Pada hari tersebut mereka umumkan kutipan derma yang berjaya di kutip pada tahun ini sebanyak RM 2.5 juta.. Yea.. 2.5 juta ringgit malaysia..! Pemurah dan baik hati rakyat malaysia kan. Hasil kutipan tersebut akan di agihkan seluruh dunia oleh pihak yang bertanggung jawab bagi menghentikan masalah kebuluran.  Kalau rakyat malaysia boleh mati sebab makan, tapi negara lain mati sebab tiada makanan dan kebuluran. Hmm….

Antara aktiviti menarik yang di sediakan pihak penganjur ialah persembahan oleh artis tempatan, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan percuma, permainan yang menghiburkan dan macam-macam lagi. Acara bermula dari jam 1.30 petang dan acara kemuncak pula iaitu jalan kaki beramai-ramai pada jam 6.00 petang. Masa ni lah dapat peluang jalan atas jalan raya di Putrajaya. Kalau hari biasa mau kene saman dengan polis.. Hahaha….

Jalan kaki walaupun nampak macam santai jer tapi penat jugak.. Jarak 5km saya habiskan 1 jam 10 min.. Fuhhh….!!  Berapa kalori lah agaknya yang saya berjaya bakar  Adalah stop sekejap sebab suami ambil gambar gelagat orang. Nampak jugak kelibat artis yang ikut  iaitu Daphne Iking dan Anahita Bakavoli.. Yang lain macam Atalia Haron, Nabila Huda, Dynaz Mokhtar tak nampak pun.. Agaknya mereka jauh saya tinggalkan kot.. Sibuk orang ajak ambil gambar mungkin.. Hehehe…

Jika aktiviti ini diteruskan lagi pada tahun depan, insya-allah akan join lagi. Sekali sekala menghabiskan masa dengan aktiviti sosial macam nie seronok juga. Jom tengok gambar yang di ambil oleh  suami pada hari tersebut. Layannn……

pengedar shaklee shah alam

Dalam kotak besar tu ada belon besar. Memula fikir kenapa simpan belon dalam kotak tu. Rupenya belon tersebut akan di lepaskan sewaktu pelancaran.

pengedar shaklee shah alam

Penyanyi Black antara barisan artis yang memeriahkan acara pada hari tersebut. Dia nie sporting jugak. Pandai berinteraksi dengan orang ramai.

  pengedar shaklee shah alam

Masa ni tak ramai orang lagi. Kat sini lah semua orang akan berkumpul sebelum berjalan.

  pengedar shaklee shah alam

Dalam khemah tu lah pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik di sediakan.

pengedar shaklee shah alam

Pengacara majlis Nazrudin Rahman. Dynaz Mokhtar antara barisan artis yang menyokong program tersebut.

pengedar shaklee shah alam

Sempoi lah akak nie.. Sporting habis buat aksi Gang Nam atas pentas. Kalau saya malu dah… 😀

pengedar shaklee shah alam

Yang di tunggu telah muncul. Oh, Anuar Zain.. Dia lah yang ajak saya join charity walk nie.. Hahah….

pengedar shaklee shah alam

Tengok gelagat peminat Anuar Zain. Bersungguh-sungguh tu nak ambil gambar.. Hehe…

pengedar shaklee shah alam

Pandai dia pandang kamera.. Tau jer kot ada orang nak ambil gambar..

pengedar shaklee shah alam

Feeling habis menyanyikan lagu Sedetik Lebih. Memang suara dia sedap dan mantap..! Nyanyi live sama macam dengar di radio.

pengedar shaklee shah alam

Anuar Zain sayang anda semua. Dia cakap yea macam tu…. Ekekeke…

pengedar shaklee shah alam

Sebelum bermula bacaan doa selamat terlebih dahulu bagi memberkati majlis.

pengedar shaklee shah alam

Antara gelagat orang ramai pada hari tersebut. Siap ada bawa khemah tuu….

pengedar shaklee shah alam

1 Malaysia… Cina, India, Melayu semua ada pada hari tersebut.

pengedar shaklee shah alam Nak jugak ambil gambar dengan Clown.. 😀

pengedar shaklee shah alam

E for Eem….!! Budak kecik tu tetiba je muncul.. Hahah.. Nak jugak dia posing

pengedar shaklee shah alam

Belon besar dilepaskan selepas pelancaran dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

pengedar shaklee shah alam

Ada 4 belon sebenarnya. Ni salah satu nya. Setiap belon ada tulis tulisan Give, Hope, Care dan Love. Simbolik bagi menangani masalah kebuluran.

pengedar shaklee shah alam

Perarakan dan persembahan bagaimana sukarelawan mengedarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

pengedar shaklee shah alam

Sebelum berjalan kita senaman dulu ok…

pengedar shaklee shah alam

Ok. Jom jalan….!!

pengedar shaklee shah alam

Ramai kan.. Lebih 14,000 orang wooo….

pengedar shaklee shah alam

Kalau nak tengok gambar yang lebih menarik lagi boleh terjah blog suami saya iaitu Eshamz Halim Photography. Dan kalau ada yang berminat nak join aktiviti macam nie pada masa akan datang boleh check dekat website Hooha Asia .

Health is Wealth…!!

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

2 comments to Kisah Aktiviti Sosial World Hunger Relief Malaysia 2013

  • Khir Khalid  says:

    Wah seronok & happening.. gambarnya pun cantik. Kesedaran rakyat Malaysia ni masih boleh dibanggakan utk acara2 amal spt ini. T kasih diatas perkongsian info ye 🙂

  • Cheq Eem  says:

    mmg seronok dan happening pon… itu lah.. bangga dgn rakyat Malaysia yang support aktiviti sosial mcm nie.. (termasuk saya… hehe… ) …. gambar plak suami yang ambil… sama2 en.khir.. klu ada event menarik mcm nie akan dikongsikan lagi.. 🙂

Isikan Komen Anda Disini