Kisah Benar Orang Yang Takut Nak Telan Pil Vitamin Atau Ubat

Salam pembaca,

Ada tak yang jenis penakut untuk telan pil vitamin atau pun ubat? Macam saya tak kisah saiz pil tu besar atau kecil. Boleh jer anak tekak ni terima dan telan. Makan 2 pil serentak pun boleh. Tapi ada sesetengah orang ada yang memang payah nak telan pil ni. Nak pulak kalau pil tu saiznya besar. Sebelum nak telan tu terkebil-kebil biji mata tengok pil tu. Ada yang guna cara dengan patahkan dua bahagian baru telan, ada juga yang hancurkan terus. Nak khasiat punya pasal, macam-macam cara pun sanggup.

tips-makan-vitamin-shakleeOrang lelaki memang susah nak makan vitamin ni. Nak kena suapkan baru makan. Setuju tak? 😀 Kredit: Google

Saya nak kongsi kisah dua orang adik beradik saya yang jenis susah nak telan pil. Sorang kakak saya dan sorang lagi adik bongsu. Yang adik bongsu ni daripada dia kecik sampailah dah besar memang susah betul nak telan pil. Dia kalau demam, bila disuruh makan panadol memang tak nak punyalah. Untuk paksa dia makan, mak saya akan patahkan pil panadol tu jadi dua. Jadi dia kena lah makan separuh-separuh. Tapi dah separuh pun dia tak boleh nak telan juga. Sudahnya dia gigit panadol tu dulu sampai hancur, lepas tu baru dia minum air. Dia tak kisah rasa pahit masa gigit, asalkan bukan besar dan kena telan. Macam tu lah cara dia makan ubat sampai sekarang. Memandangkan dia nak amil SPM tahun ni kena lah bekalkan dia dengan vitamin supaya kesihatan terjaga. Jadi vitamin yang sesuai untuk dia ialah Omega Guard. Sebabnya Omega Guard boleh digigit. Bila dah keluar minyak ikan dia boleh buang kapsul tersebut atau pun telan bersama dengan air. Tapi jangan harap lah dia telan yea, memang dia buang kapsul tu. Lepas ni nak bekalkan untuk dia dengan Nutriferon pula. Hari tu bagi dia cuba, dia cakap ok. Lagipun Nutriferon ni senang sikit, cuma bancuh jer dengan air. Bagus untuk kuatkan sistem imun. Orang nak periksa ni kalau tak cukup rehat memang senang jatuh sakit.

omega guard shaklee minyak ikan terbaik di duniaAntara saiz minyak ikan yang kecil berbanding jenama lain.

Itu kisah adik. Yang kakak saya pun sama jugak. Tak boleh nak telan pil sama ada saiz kecil atau pun yang besar. Saya masih ingat lagi masa dia tengah mengandung ada sedikit masalah dengan hb rendah. Macam biasalah kan, orang yang ada masalah hb rendah kena ambil asid folik dan obimin. Setiap kali nak makan dia boleh termenung tengok pil tu. Padahal asid folik tu kecik jer. Itu pun payah nak telan. Bila saya tanya kenapa? Dia cakap rasa nak tercekik setiap kali nak telan. Hahaha.. Tapi nasib baik sekarang tekak dia dah boleh terima untuk telan pil. Itu pun untuk yang saiz sederhana jer. Kalau yang besar masih lagi dia terasa pil tu akan tersangkut dekat tekak. Bila tunjuk saiz vitamin Vitalea dekat dia, terus dia cakap ‘Macam mana nak telan ni?’ . Oh my kakak ku. Orang makan 2 biji serentak takda masalah pun tau. Hahaha… Nak tau besar mana rupa vitamin Vitalea ni?

saiz-dan-rupa-vitalea-shaklee-vitamin4kesihatan

Memang besar multi vitamin dan mineral Vitalea Shaklee. Walaupun besar tapi ianya adalah multivitamin dan mineral yang paling cepat larut dalam air. Tak percaya? Boleh baca kat sini –> Eksperimen Vitalea Shaklee

Kesimpulannya boleh tak kita ambil vitamin dengan cara patahkan kepada dua bahagian, hancurkan terlebih dahulu atau bagi vitamin yang dalam bentuk kapsul pula dipotong dan keluarkan kandungan nya? Sebenarnya boleh. Takda masalah pun. Tapi bergantung juga dengan sifat vitamin tersebut. Ada sesetengah boleh, ada sesetengah tak boleh. Antara vitamin yang tak boleh dipecahkan ialah vitamin yang bersifat pelepasan perlahan-lahan seperti Vitamin C SR 500mg. Ianya berkemungkinan melepaskan kandungan vitamin C secara serentak dalam badan. Untuk penyerapan yang optimum, perlu ambil vitamin tersebut sebiji penuh.

cara-makan-vitamin-vitalea-shaklee-vitamin4kesihatanKelakar betul kawan a.k.a customer saya ni. Patahkan dua setiap kali nak makan vitamin Vitalea. Ekekeke…

Korang ada kisah pelik tapi benar cara makan vitamin? Kalau ada jom lah kongsi dan ceritakan di ruangan komen. Kalau ada tips lagi bagus. 🙂

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

6 comments to Kisah Benar Orang Yang Takut Nak Telan Pil Vitamin Atau Ubat

  • sobri yaacob  says:

    wah2 topik pil pulak hari ni sis..nice sharing pngalman..itulah manusia ni ada mcm2 jenis.. tabiat mkn pun mcm jenis..mcm saya ok saja mkn ybat kecil or besar..janji bkhasiat 🙂

    • Cheq Eem  says:

      itu lah.. bukan semua orang boleh telan pil ni.. ada yang susah sebenarnya kan.. bila dah kena paksa, nak tak nak kena lah telan jugak.. hehehe…

  • Raudzah  says:

    percaya atau tidak kita memang tak suka makan ubat. The smell tu yang kita tak boleh tahan…vitamin pun kita pilih-pilih..Vitamin C aje yang tak ada masalah..beres..he..he

    • Cheq Eem  says:

      kalau ubat memang ada bau yang orang tak suka… macam bau dekat hospital kan… tp vitamin ni banyak yang takda bau sangat…. ok lah tu, janji ada makan vitamin… hehe….

  • Khir Khalid  says:

    Hehee.. mcm2 perangai ada kan.. saya pun ada kawan yg hancurkan pil kat sudu dgn air sblum minum.. dah besar panjang pun penakot huhu. Nice sharing Cheq Eem.. 😀

    • Cheq Eem  says:

      itu lah dia… macam-macam cara dibuatnya untuk telan pil nie…. ada juga kawan khir yang susah nak telan pil eh… ekekeke…. 😀

Isikan Komen Anda Disini