Kisah Telur Separuh Masak dan Khasiat Untuk Kesihatan

Salam pembaca,

Siapa suka sarapan pagi makan telur separuh masak? Pastu letak kicap cair atau garam dan tambah sedikit lada putih. Kacau perlahan-lahan dalam mangkuk kecil, pastu hirup semasa tengah suam-suam kuku. Fuhh…memang layan habis kalau dapat makan pagi-pagi. Tak kisah lah makan kat kedai mamak ker, makan kat kedai mahal ker. Yang penting makan kat rumah adalah paling best. Kenapa? Sebabnya boleh pilih jenis telur, diyakini bersih dan jimat. Hehehe…

Kebetulan Ahad lepas saya dan suami takda plan apa-apa. Memang sesi memalaskan diri di rumah. Mood nak memasak pun malas juga. Tapi sarapan pagi tetap kena ambil gak. Jadi pergi dapur selongkar almari nampak lah bekas rebus telur. Dah lama beli tapi jarang-jarang guna. Jadi time malas nie memang sesuai sangatlah kan. Cepat, mudah, ringkas dan yang penting berkhasiat. Kenapa saya cakap berkhasiat? Jom kita tengok manfaat telur untuk kesihatan kita.

4 Khasiat Telur Untuk Kesihatan

 khasiat telurKredit gambar: Sumber dari google

1. Khasiat Protein

Telur mengandungi khasiat protein yang bagus. Kebanyakan para atlet atau pun ahli bina badan mengambil telur sebagai sumber protein untuk membina otot. 1 biji telur yang besar menyediakan protein sebanyak 6g.

2. Sumber Vitamin B

Telur mengandungi khasiat vitamin B2 dan B12. Antara kebaikan vitamin B2 ialah dalam meningkatkan keupayaan metabolisme dan menukarkan sumber makanan yang kita ambil dalam bentuk tenaga. Manakala vitamin B12 pula membantu membina sel DNA dan sel-sel darah merah. Kesemua komponen vitamin B adalah sangat penting menggalakkan sistem saraf yang sihat.

3. Kandungan Anti-Oksidan

Kuning telur mengandungi 2 sumber antioksidan iaitu lutein dan zeaxanthin. Antara kebaikan lutein dan zeaxanthin untuk kesihatan ialah menjaga kesihatan mata. Walaubagaimanapun, kandungan lutein dan zeaxanthin bergantung kepada diet pemakanan ayam. (Eh, ayam pun ada diet pemakanan juga tau.. hehe..)

4. Sumber Mineral

Telur juga mengandungi khasiat mineral seperti selenium, molybdenum dan iodin. Mengikut laman World Healthiest Foods sebiji telur yang besar menyediakan 13.5mg of selenium, 7.5mcg molybdenum dan 23.7mcg iodin, hampir menepati standard cadangan keperluan diet harian. Telur juga mengandungi sumber iron yang penting untuk melancarkan perjalanan darah.

Kisah Telur Separuh Masak Zaman Kanak-Kanak

Masa zaman sekolah dulu tiap-tiap pagi mesti mak saya akan sediakan sarapan pagi 2 biji telur separuh masak, 40 biji kismis dan air milo sebelum ke sekolah. Kadang-kadang telur separuh masak yang mak saya buat terlalu masak, kadang-kadang kurang masak, kadang-kadang pula memang perfect 10! Tapi sebenarnya walau macam mana pun rupa telur separuh masak tu saya tetap susah nak telan. Bercinta duduk kat meja mengadap telur. Rasa kembang je tekak nak telan. Mana taknya daripada darjah satu sampailah tingkatan tiga makan menu yang sama. Hahaha.. Telur separuh masak tu memang wajib ya. Mak paksa juga suruh makan. Katanya nanti dekat sekolah tak letih, tak mengantuk, dapat fokus apa yang cikgu ajar dalam kelas dan sebagainya.

Bila dah besar baru tau kenapa mak suruh makan setiap hari. Banyak sebenarnya khasiat telur untuk kesihatan. Sekarang ni saya tengok kakak-kakak saya pula paksa anak-anak dia makan telur setiap pagi. Mewarisi cara mak. Hehe.. Insya-allah bila tiba masanya saya pun nak buat macam tu juga lah dekat anak-anak nanti.

khasiat sarapan pagi telur separuh masak

Nampak itu bekas warna kuning? Kalau nak telur separuh masak yang perfect 10 boleh guna bekas tu. Ikut je sukatan air yang dah ditetapkan dekat bekas warna putih. Biarkan sampai air tu kering. Kemudian dah boleh dimakan.

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

31 comments to Kisah Telur Separuh Masak dan Khasiat Untuk Kesihatan

  • Raudzah  says:

    Kita tak boleh makan telur separuh masak cheq eem..nanti termuntah..mungkin rasa dia kot yang kita tak boleh terima..telur dadar memang favorite

    • Cheq Eem  says:

      laaa… ye ker…? mungkin juga ada bau telur sedikit.. hehe.. kita semua menu telur pun suka.. telur kenduri orang kawin kalau buat sambal pon sedap.. hahaha….

  • Rai Ourkizuna  says:

    eh bagus la bekas masak telur tu.. saya pun suka telur separuh/3/4 masak ni.. memang berhantu.. hahaha…

    • Cheq Eem  says:

      kalau dah suka benor ngan telur 3/4 tuu apa lagi… cepat2 ler beli bekas tu di pasar raya terdekat ngan anda… hahaha….

  • Strider  says:

    dah lama dah rasanya tak breakfast ngan telur separuh masak nie..kekadang susah nak cari kedai yang pandai masak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      kalau kat kedai old town kopitiam mesti ada… tapi harga macam tak masuk akal untuk 2 biji telur.. sbb tu buat sendiri… hehe…

  • Mizz Aiza  says:

    tekak aiza tak boleh terima telur separuh masak ni.. kalau dibuat telur mata atau telur dadar aiza suka..

    • Cheq Eem  says:

      ye ker? saya apa jenis masakan telur pun saya makan.. hehehe… tapi telur mata dengan telur dadar memang feveret.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Saya klu sarapan di kedai mamak mmg slalu order telur setengah masak ni bilas lepas makan roti canai.. syok juga.. 😀

    • Cheq Eem  says:

      layan juga tu khir.. suami saya eshamz kadang-kadang pun order menu macam tu jugak… hehe… 🙂

  • sobri  says:

    saya pun sis..klau buat sendiri x leh masuk..tapi kalau order kat kdai boleh makan..
    tq sharing byak manfaat dan khasiat telur 😛

    • Cheq Eem  says:

      nampak sangat awak nak ada org masakkan baru nak makan eh.. hehehe…. kalau banyak manfaat kena lah sentiasa ada stok telur kat rumah.. :p

  • syah  says:

    Alhamdulillah sy ni jrg sngt nk bt telur sparuh masak ni, tp skrg dh mula istiqomah balik hihi ))

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah…. smoga teruskan istiqomah dan sihat selalu…. 🙂

  • supplementmama.com  says:

    Salam. Telur separuh masak memang best! By the way, mana nak dapatkan bekas telur tu?

    Supplementmama just have written…. Shaklee Supports Israel ??

    • Cheq Eem  says:

      salam…. sedap kan telur separuh masak ni… hehe… bekas tu saya beli dekat giant jer…. 😛

  • Mazlani Sulaiman  says:

    all time fav sy kalau sarapan pagi.roti kosong garing , telur separuh masak dan teh tarik.wajib.kalau tak sempat saya akan makan benda yg sama pada malam hari sebelum tidur.

    • Cheq Eem  says:

      fuhh, roti kosong garing cecah dengan telur separuh masak…. memang sedap betul… terbayang pulak saya kesedapannya… hehehe….

  • patrizyhea  says:

    Telur2…telur…ayam kerr telurr yg dlu keluar…kta x tau jwapan jdiinyarr… kta lh jdi mngsa mkn aym setengah masak…haaaa..tedahh

  • march an nuur  says:

    Salam cheq eem..sy mmg ketagih mkn telor stgh msk nih..tiap pg msty dok rebus 5 biji utk family…sy gna kuali jer @_* .. Set time mcm cheq eem bgtau tu..mmg jadik punyer..mabless g2 hikhik..

    • Cheq Eem  says:

      salam… ekekeke…. bagus makan tiap2 pagi sebenarnya.. kaya dengan vitamin B untuk berikan tenaga sepanjang hari.. guna kuali eh? asalkan boleh rebus air dan set masa.. mesti jadi telur tuu… 😀

  • Mat Najib  says:

    memang sedap la telur separuh masak nie….lagi2 kalau dh lama x makan

  • Eda  says:

    Heeee…. My peberet ni sis.. Arini pn sy breakfst telo separoh msk… Yummmyyy

    • tuty  says:

      mmg fav saya telur separuh masak ni. dr kecik sampai ke besor. percaya atau tidak, klu dah dpt telur setengah msk, saya rase pg saya dah lengkap. terlalu obsess Nye dgn telur setengah msk sampai saya rase sedapppppnyeeeee…x dpt digambarkan. teruk x hihi… walaupun saya tau byk khasiatnye, tp saya mkn sbb saya sukerrrr sgt…

  • sara  says:

    Sy mmg suka makan telur separuh masak..tapi bukan waktu pg.. terbalik pulak…Sy mengadap telur separuh masak sebelom tido..rase2 ade effect ape2 x?? Sbb kalau mkn waktu pg mmg xboleh nak telan..faktor perot kosong tu

  • Khairul  says:

    Mana nak cari bekas kuning tu?

  • liza  says:

    tu kan dah bgtau kat pasaraya ada jual jg…nmpknya lps ni kena sediakn srpn pg utk anak2 dgn khasiat yg ada ni….

  • azrull  says:

    Yeke cheqin

  • Mahathir Bin Mohd Ariffin  says:

    Sebenarnya nak buat tak susah pun utk orang yg tak ada bekas telur tu….Masak air sampai mendidih atau reboil bagi yg pakai mesin…Then masukkan telur yg dah dicuci kedalam mangkuk dan tuang air panas sampai telur tenggelam…Tutup selama 10 minit…Memang cantik isinya…Selamat Mencuba

  • Mohd Iejam  says:

    Dorang x makan sbb geli dan bau . Dorg x tahu apa kelebihan telur separuh masak . Kalau nk tahu apa kelebihan g search kt goggle . Jgn myesal sbb xpnh cuba yea . Tata

  • Izah razak  says:

    Sy pun tiap2 pagi bg anak mkn,berselera tngok anak mkn☺️

Isikan Komen Anda Disini