Kulit Bertambah ‘Flawless’ Selepas Mencuba Seminggu

Salam pembaca,

Saya kalau bab penjagaan kulit muka agak cerewet sedikit. Tak berani nak cuba sembarangan produk penjagaan muka. Nak kata kulit sensitif takda lah pulak. Tapi kalau salah pakai produk kesannya kulit muka akan naik bintik-bintik merah, akan rasa pedih dan kulit menggerutu. Tak suka……!!

Bila saya dah jumpa satu produk yang sesuai saya tak kan bertukar dengan jenama lain. Masa zaman kolej dulu saya setia pakai produk Neutrogena. Bila dah berduit pulak saya cuba The Body Shop. Dua produk ni jer yang saya berani gunakan. Tak berani nak mencuba produk lain. Membazir jer kalau tak kena dengan kulit. Hehehe..

Tapi sekarang ni harga produk Body Shop setiap tahun naik harga. Bila bandingkan dengan produk penjagaan kulit Shaklee lebih kurang jer harganya. Rasa macam nak mencuba pun ada. Tapi takut pulak tak sesuai. Memanglah saya jatuh cinta dengan semua vitamin Shaklee. Tapi belum tentu set penjagaan kulit tu serasi muka. Bila baca testimonial pengguna semua pun berpuas hati. Harga yang berbaloi dan tahan lama. Umpama pakai produk mahal seperti SK II tapi harga murah. Haaa… giteeww lah mereka berikan pandangan bila pakai produk penjagaan kulit shaklee.

Saya pun apa lagi. Masa ni lah nak rasakan dan buktikan yang produk penjagaan kulit shaklee setanding dengan jenama antarabangsa yang popular. Ekekeke..

Dalam Shaklee ada dua set penjagaan kulit muka iaitu Enfuselle dan Nutriwhite. Tapi saya lebih tertarik untuk mencuba produk Enfuselle dahulu. Lagipun saya pernah ada customer yang guna produk Enfuselle. Nak tau apa feedback dia? Tengok print screen bawah ni..

enfuselle02

Itu pengalaman dia. Apa pula pengalaman saya?

6 Sebab Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Cleansing Gel Enfuselle

1. Mudah dibilas dengan air.
2. Setiap kali lepas mencuci muka kulit terasa lembut, bersih dan segar.
3. Tidak mengeringkan kulit seperti pencuci muka lain.
4. Tahan lama sehingga 6-8 bulan.
5. Jimat. Tak perlu kerap membeli pencuci muka.
6. Tidak wangi. Hanya wangian dari bahan-bahan semulajadi

6 Sebab Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Balancing Moisturizer Enfuselle

1. Cepat serap ke dalam kulit muka
2. Melembapkan kulit sehingga 8 jam
3. Kulit terasa lepas halus, lembut dan berseri sepanjang hari
4. Tidak berminyak dan melekit
5. Tahan lama sehingga 6-8 bulan
6. Tidak wangi. Hanya wangian dari bahan-bahan semulajadi sahaja.

Lepas konsisten menggunakannya selama seminggu saya dapat lihat sendiri perubahan pada kulit muka. Rasa semakin ‘flawless‘ pula bila belek muka depan cermin. Ingatkan perasan sendiri jer kulit muka ni makin cantik. Rupanya tak. Kawan-kawan pun ada yang tegur. Ekekeke…

Tak sia-sia memberanikan diri mencuba Cleansing Gel dan Balancing Moisturizer Enfuselle Shaklee. Hasilnya memang terbaik! Lepas ni boleh beli toner pula. 🙂

set-penjagaan-kulit-terbaik-enfuselle-shaklee-vitamin4kesihatan

testimonial-set-penjagaan-kulit-muka-enfuselle-shaklee-vitamin4kesihatanGambar ni diambil masa hiking Bukit Kutu. Bila hiking mestilah tanpa make up kan? Hehe..

Kalau berminat untuk mencuba set penjagaan kulit muka Shaklee boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Jangan malu-malu nak bertanya. Lagi pun saya memang suka berkongsi tips kecantikan dengan anda semua. 🙂

Isikan Komen Anda Disini