Slide # 1
 

Laju Giler Ker Blog Anda?

Ahhh!!.. lembab la blog ni! Maunyer berjanggut tunggu loading ni. Tutup jer lah.” Pernah tak anda mengalami situasi begini?. Mesti bosan kan?

laju-giler-ker-blog-anda-vitamin4kesihatan-shaklee

Jika anda seorang blogger atau yang menjalankan bisnes mengunakan blog, pernah tak anda menguji kelajuan page loading untuk blog anda? Kadang-kadang kalau blog mengambil masa yang lama untuk selesai loading menyebabkan pembaca ataupun pengunjung blog anda malas nak menunggu. Page loading speed juga amat penting yer untuk blog anda, kalau blog anda lambat takde siapa nak menunggu untuk setiap page selesai loading untuk tontonan pengunjung blog anda. Saya pun sentiasa pastikan page loading speed sentiasa berada ditahap yang bagus dan tidak terlalu perlahan.

Tetapi ini bukan perkara yang senang untuk dilaksanakan oleh kerana banyak juga faktor-faktor yang menentukan samaada blog anda laju atau tidak. Antara faktor-faktor yang biasa adalah seperti:

  1. Blog yang mempunyai 70%-100% text adalah lebih laju daripada blog yang mempunyai gambar.
  2. Blog yang mempunyai gambar saiz besar akan menyebabkan page loading anda lambat.
  3. Blog yang mempunyai banyak plugin atau widget akan menyebabkan page loading blog anda lambat.
  4. Webserver dan hosting blog anda juga mempengaruhi kelajuan blog anda. Anda perlu pilih hosting yang sesuai.
  5. Kelajuan talian internet juga memainkan peranan yang penting.

Bagaimanakah saya menguji dan speed-up blog www.vitamin4kesihatan.com?

Ada banyak cara ataupun perisian bagi tujuan ini tetapi saya lebih suka menggunakan website http://gtmetrix.com. Anda boleh tahu banyak maklumat mengenai blog anda dan anda juga boleh membuat perbandingan antara blog anda dengan blog yang lain. Tak susah pun, anda hanya perlu pergi ke website GTmetrix dan taipkan url address blog anda.

gtmetrix-vitamin4kesihatan-shaklee-blog-01Anda perlu taipkan url address blog anda dan tekan “GO!”. Tunggu dan test result blog anda akan dipaparkan seperti gambar dibawah.

gtmetrix-vitamin4kesihatan-shaklee-blog-02

Saya jelaskan lebih detail sikit dibawah:

gtmetrix-vitamin4kesihatan-shaklee-blog-03

1- Peratusan Page Speed Grade blog anda. Grade A hingga F dan A adalah yang paling bagus.

2- Peratusan YSlow Grade blog anda. Grade A hingga F dan A adalah yang paling bagus.

3- Disini anda boleh lihat Page load time, total page size(mainpage) dan total number of requests (request daripada server). Semakin kurang page load time, total page size dan total number of requests bermakna semakin bagus dan blog akan boleh dikatakan bertambah laju.

Kenapa saya pilih GTmetrix?

Apa yang paling bagus GTmetrix ini adalah anda boleh tahu masalah di blog anda dan GTmetrix ini juga memberi cadangan (Recommendation) kepada anda bagaimana untuk memperbaiki kelajuan page loading blog anda. Anda hanya perlu klik pada link yang disenarai di bawah Recommendation. Anda juga boleh tekan pada tab YSlow, Timeline dan History untuk melihat test result berikut.

gtmetrix-vitamin4kesihatan-shaklee-blog-04

Anda hanya perlu klik pada senarai dibawah Recommendation untuk mengetahui masalah berkaitan blog anda

gtmetrix-vitamin4kesihatan-shaklee-blog-05

YSlow test result

GTmetrix juga membenarkan anda membuat perbandingan kelajuan blog anda dengan blog-blog yang lain sehingga 4 blog sekaligus. Satu cara yang bagus untuk mengetahui kelajuan dan gred blog anda dengan blog lain.

gtmetrix-vitamin4kesihatan-shaklee-blog-06

Saya telah pun memberitahu salah satu rahsia saya untuk membuatkan blog saya lebih laju dan saya rasa rahsia ini haruslah dikongsikan dengan anda semua. Saya tak dapat nak terangkan secara menyeluruh kerana saya rasa anda perlu mencuba dan belajar dengan lebih terperinci lagi. Apa yang saya kongsikan disini adalah sebagai gambaran kecil sahaja supaya anda tahu fungsi GTmetrix dan kebaikan ia kepada blog anda.

Tetapi saya rasa GTmetrix ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai webhosting sendiri kerana kebanyakkan setting perlu dilakukan diperingkat server hosting anda. Bagi mereka yang menggunakan hosting percuma pun boleh menggunakan GTmetrix juga tetapi setting akan lebih terhad.

Walaubagaimana pun untuk mendapat grade peratus penuh (100%) bagi blog anda adalah susah dan amat sukar. Cukuplah sekadar dapat membuat blog anda lebih laju daripada sebelumnya.

p.s Sila like dan share jika anda rasa entri ini berguna.

Eshamz Halim – Admin www.vitamin4kesihatan.com

eshamz halim on Google+!

3 comments to Laju Giler Ker Blog Anda?

  • Eida  says:

    nak check jugak la.. hihihhihi.. udahlah blog ida banyakkkkkkkkkkkkk giler gambar……… ;p

  • Eshamz Halim  says:

    Boleh2… cuba ler…ekekekeke… leh tau blog kite grade apa kan…pastu leh kasi laju lagi sket…ekekeke.. 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Perkongsian yg bermanfaat juga ni utk blog.. bole trylah.. Thanks sharing ye.. 🙂

Isikan Komen Anda Disini