Slide # 1
 

Leptospirosis atau Penyakit Kencing Tikus

Salam kepada pembaca blog www.vitamin4kesihatan.com,

Kebelakangan ini, kita selalu digemparkan dengan berita-berita mengenai jangkitan virus kencing tikus ataupun dikenali dengan bahasa saintifiknya Leptospirosis. Jangkitan ini amatlah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian TAPI adakah kita tahu tentang virus ini?. Entri kali ini adalah bukan berkaitan dengan vitamin atau makanan tambahan Shaklee tapi cuma ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai virus berbahaya ini.

Apakah Leptospirosis?

Leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Penyakit ini juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu atau demam 7-hari. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir.

kencing-tikus

Sumber gambar : kedahlanie.com.my

Punca Virus Kencing Tikus

Punca virus kencing tikus ini daripada air kencing tikus, kita jangan sangka ianya daripada tikus sahaja, disebabkan oleh ianya sejenis virus yang merebak, adakalanya ia merebak melalui anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu yang mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang telah dijangkiti.  Leptospirosis juga turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti.

Bagaimana Virus Ini Dijangkiti Kepada Manusia?

Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit. Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bakteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Leptospirosis biasa berlaku dikalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana lama berendam diketahui menggalakkan kemasukan bakteria dan boleh dijangkiti dengan menelan air tercemar Leptospirosis, menyimbah air tercemar Leptospirosis pada mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti.

Siapakah Yang Lebih Berisiko Dijangkiti Virus Ini?

  1. Mereka yang melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  2. Mereka yang melakukan aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  3. Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  4. Terdedah di tempat yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka ,masuk dalam mata, hidung atau terminum virus akan menjangkiti.

 

Tanda dan Gejala

Gejala :

  1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
  3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
  4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  5. Radang selaput mata.
  6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.

Tanda dan ujian makmal

  1. Ujian sel darah putih (WBC).
  2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
  3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
  4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
  5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
  6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
  7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
  8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
  9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Harapan(Expectations)(prognosis)

Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:

• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk.
• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

Komplikasi ini boleh membawa maut sekiranya kritikal!!

Rawatan

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan

  1. Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa.
  2. Air yang dirawat dengan klorin atau pensterilan UV adalah sangat selamat. Jadi, jika anda mempunyai kolam, anda boleh pastikan ia berklorin.
  3. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.
  4. Basuh terlebih dahulu tin minuman sebelum minum dan bagi makanan di dalam tin perlu dibasuh dahulu sebelum dibuka. Kemungkinan dijangkiti oleh air kencing tikus semasa berada dalam simpanan di rumah atau di pasaraya.
  5. Kurangkan makan diluar dan sekiranya terpaksa cuba cari gerai atau restoran yang menjaga kebersihan. Tinjau dulu keadaan sekeliling gerai atau restoran yang hendak dikunjungi.
  6. Sentiasa membersihkan persekitaran kawasan rumah atau pun di dalam stor simpanan barang untuk mengelakkan pembiakan tikus.

Pengambilan vitamin tambahan tidak dapat menjanjikan kita untuk tidak mendapat penyakit cuma ianya berfungsi sebagai pelengkap nutrisi harian. Walaubagaimana pencegahan juga merupakan faktor penting untuk kesihatan badan kita. Entri saya kali ini hanya bertujuan pengkongsian maklumat dengan pembaca sebagai langkah pencegahan daripada Virus berbahaya ini.

Maklumat yang terkandung di dalam ruangan ini adalah untuk tujuan pengkongsian sahaja. www.vitamin4kesihatan tidak memberi apa-apa jaminan pada ketepatan, kesempurnaan, fungsi, kegunaan atau jaminan lain kepada maklumat tersebut. Sumber daripada Wiki, Portal 1Klik , The Star Online & blog-blog peribadi blogger dunia maya (byk sgt saya refer maklumat ni)

Eshamz Halim – Admin www.vitamin4kesihatan.com

Find eshamz halim on Google+!

5 comments to Leptospirosis atau Penyakit Kencing Tikus

  • Eshamz Halim  says:

    Boleh share entri ini di facebook jika nak…..tekan button share di sebelah kiri blog ni… TQ

  • Khir Khalid  says:

    Mmg menakutkanlah virus ni.. semoga kita semua terhindar dari musibah kencing tikus ini.. aamiin. T kasih diatas perkongsian.. 🙂

    • Eshamz Halim  says:

      Virus ni mmg berbahaya dan menakutkan… suami rakan sepejabat saya telah meninggal dunia disebabkan virus ni… sebab tu saya byk cari bahan rujukan dan berkongsi dengan pembaca2 mengenai virus ini. Semoga dapat dielakkan terjadinya perkara-perkara seperti ini… 🙂

  • Zamri  says:

    saya banyak jugak mencari maklumat ttg penyakit kencing tikus ini.. tapi sy tidak terjumpa satu artikel atau bacaan yg menerangkan bagaimana tikus boleh menjadi pembawa? seperti nyamok aedes tidak semua nyamok ades akan menyebabkan denggi. keduanya, bagaimana pula dengan peliharaan Hamster dan Geunipig serta tikus putih yg jugak spesis sama spt tikus? apakah jugak berisiko?

    • Eshamz Halim  says:

      Salam saudara Zamri,

      saya pon banyak mencari info pasal virus kencing tikus ni.. saya pernah terbaca 1 artikel english yang menerangkan bagaimana tikus menjadi pembawa..saya tak ingat lg artikel mana tp ada jugak menerangkan tikus boleh membawa virus ini kerana tikus tersebut makan atau minum air di kawasan mmg sudah tercemar dgn virus tersebut dan mengakibatkan air kencing tikus, najis dan air liur tikus tersebut telah dijangkiti virus. Dari mana punca virus ni masih menjadi tanda tanya sehingga sekrg kerana berbagai2 pendapat mengenai virus ini dan kita masih tak boleh nak kenalpasti tikus2 yg membawa virus ini seperti kes nyamok aedes.

      Bagi binatang peliharaan seperti hamster dan geunipig, saya tak pernah dengar lagi virus ini dijangkiti drpd binatang peliharaan tersebut tetapi hendaklah sentiasa menjaga kebersihan pemakanan binatang tersebut dan kebersihan persekitaran tempat tinggalnya. Biasanya virus tersebut dijangkiti drpd tikus2 liar. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini tetapi ini adalah daripada apa yang saya baca masa cari info pasal virus ini. 🙂

Isikan Komen Anda Disini