Slide # 1
 

Majlis Iftar Anjuran Denaihati Bersama Blogger

Salam pembaca,

Murah sunguh rasanya rezeki saya untuk ramadhan tahun ni. Ada saja undangan iftar dari rakan blogger. Kalau hari tu saya pergi majlis iftar di Royale Bintang Kuala Lumpur bersama dengan anak yatim atas jemputan Akma Omar. Kali ni saya dapat jemputan pula dari Denaihati Network untuk berbuka bersama blogger. Terima kasih bebanyak ler saya ucapkan pada abam Kid a.k.a Shakkido a.k.a Hisyamuddin Fadzil. Siapa lagi kalau bukan blogger yang femes tuu.. Kalau nak kenal pi masuk blog dia kat sini –> Shakiddo

Pada hari tersebut saya tak sangka ramai rupanya rakan-rakan blogger yang datang dengan keluarga masing-masing.  Lebih kurang dalam 70 orang kami berkumpul dan beramah mesra. Ada beberapa blogger yang memang saya dah pernah jumpa sebelum ni semasa di majlis Sepetang Bersama Blogger 2014. Tapi yang belum pernah jumpa pula rasa seronok sebab dapat berjumpa, berkumpul dan beramah mesra. Sebelum ni kami hanya tegur-tegur dalam blog masa blogwalking. Tak sangka mereka semua ni sangat sporting dan happening. Macam dah kenal lama jer, padahal hanya tegur-tegur dalam dunia siber. 😀

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-12

Memandangkan saya ni memang tinggal di Shah Alam, jadi tak susah pun nak carik Laman Kayangan yang terletak di Seksyen 7. Senang sangat nak pergi ke sana. Betul-betul dalam satu kawasan dengan Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Kalau agak-agak Waze buat hal tak jumpa jalan, korang google jer lokasi kompleks belia, seksyen 7 Shah Alam. Mesti jumpa punya dan tak sesat. Tapi kesian juga dekat sis Akma, sesat dia nak cari Laman Kayangan. Sampaikan orang dah berbuka baru dia sampai. Kesian betul dekat akak blogger kita yang femes nih.. Hehehe….

buffet-ramadhan-laman-kayangan-shah-alam-team-denaihati-ilham-denaihati-network-iftar-shakiddo-vitamin4kesihatan-peta-laman-kayanganNi lah peta nak ke Laman Kayangan. Kalau korang takut sesat sila print gambar ni yea..

Sebenarnya ini kali pertama saya dan suami datang berbuka bersama team Denaihati di Laman Kayangan. Segan pun ada jugak. Tapi kalau dilayankan rasa segan memang rugilah. Bukan senang nak jumpa blogger femes ni. Derang pun artis juga. Artis media sosial katanya. Hahaha..

Tak sangka pula Laman Kayangan cantik tempatnya. Bila sampai dekat sana terpegun tengok hiasan yang sangat cantik dan eksklusif. Ruang yang luas, selesa dan ada penghawa dingin. Saya rasa macam pergi majlis kenduri kahwin dekat hotel pulak. Cer tengok gambar kat bawah ni.

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-2Siap ada lampu chandelier lagi.

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-7Lampu i-City pun ada juga. Ekekeke….

Hidangan menu pun ada macam-macam jenis. Sampai tak tahu nak pilih makanan apa. Kalau boleh semua nak ambil dan rasa. Hehe.. Itu pun kalau boleh lah kan perut ni terima macam-macam makanan. Perut kecik jadi makan pun ala kadar je lah. Dapat lah rasa nasi pandan yang kali pertama saya cuba dan rasa. Memang sedap.! Lauk-lauk kampung yang lain pun cukup rasa dan cukup sedap. Yang penting hidangan kambing golek wajib kena ambil dan rasa. 😀

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-3

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-4

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-17

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-16

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-6

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-5

Amacam? Menarik kan? Suka sangat dengan konsep warung yang ada. Nama warung pun best. Tapi jangan makan berlebihan. Kawal nafsu masing-masing.

Tak sangka malam tu ada kejutan dari pengasas Denaihati Network iaitu Tuan Hj Amir untuk isteri tercinta. Rupa-rupa pada hari tersebut adalah hari jadi isteri beliau. Haruslah ada sesi tiup-tiup lilin kan. Dan yang paling romantik ada sesi suap menyuap kek. Macam pengantin baru pulak tengok pasangan bahagia ni. Hehehe..

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-8Tu dia.. Masing-masing nak merakamkan aksi bahagia Tn Haji dan isteri.

Seperti biasa kalau blogger berkumpul sesi bergambar wajib ada. Macam-macam aksi selfie kita orang malam tu. Pantang nampak kamera semua pun nak posing. Sempoi lah semua orang.

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-1

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-14

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-13

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-10

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-9

denaihati-laman-kayangan-iftar-berbuka-puasa-vitamin4kesihatan-15

Akhir sekali tahniah buat team Denaihati Network kerana berjaya menguruskan majlis iftar bersama blogger dengan meriah sekali. Dan terima kasih banya-banyak kerana sudi menjemput saya seorang blogger yang baru nak menapak dalam dunia blogging. Bertambah lagi kawan-kawan baru. Semoga kita berjumpa lagi dalam majlis yang akan datang. 🙂

Kalau ada yang berminat untuk datang berbuka di Laman Kayangan boleh hubungi mereka untuk buat tempahan.

FB: Laman Kayangan Shah Alam

Laman Web: www.lamankayangan.com

 buffet-ramadhan-laman-kayangan-seksyen-7-shah-alam-denaihati-vitamin4kesihatan

7 comments to Majlis Iftar Anjuran Denaihati Bersama Blogger

  • Raudzah  says:

    Meriah..Alhamdulillah…

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah… semua blogger sporting memeriahkan suasana…

  • hannyabdullah  says:

    Jom kita repeat kat sini next week…banyak lagi makanan tak rasa..:D

    • Cheq Eem  says:

      jom kak…. laksa johor tak makan, tepanyaki tak sempat rasa… ekekeke….

  • Khir Khalid  says:

    Wahh meriah… wefie fish eye lagi. Saya melepas utk join yg ni… x dpt nak ber wefie sama2 hehee.. 😀

  • hazmanfadzil.com  says:

    Yeah….ada jugak terselit gambar saya dalam nie… ahhahaa….tapi kalau ikutkan inilah bufet ramadhan yang bagus dari presentation dan makanan pun sedap.Kena pulak harga sangat berbaloi harap-harap ada peluang lagi nak makan ramai-ramai macam nie kan….

  • sobri yaacob  says:

    WAH BESTNYA DPAT BERJUMPA DGN RAKAN2 BLOGGERS YG LAIN..
    VIEW..DEKORASI YG MANTAP.. LAWA..:p
    JENUH TU NAK MKAAN..BYAK MENU HE..HE

Isikan Komen Anda Disini