Majlis Iftar Bersama Anak Yatim Di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Dah nak masuk dua minggu kita menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Rasa macam sekejap jer kan. Lepas nie semua orang dah sibuk dengan persiapan menjelang hari raya pula. Dalam kita bergembira jangan lupa pula pada mereka yang kurang bernasib baik. Salah satu cara yang boleh kita buat ialah dengan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukan. Insya-allah lebih banyak kita memberi lebih banyak kita menerima. 🙂

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-6

Baru-baru saya berkesempatan memenuhi undangan program amal berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur. Program sebegini adalah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak hotel Royale Bintang Kuala Lumpur sebagai salah satu tanggungjawab sosial untuk golongan yang kurang bernasib baik. Terima kasih buat rakan blogger iaitu sis Akma Omar atas jemputan ini. Beberapa rakan blogger turut juga bersama-sama memeriahkan majlis ini antaranya sis Hanny, Hazman, Namia, Tengku Syukri, Mawardi Yunus dan ramai lagi.

Selain daripada program berbuka puasa, majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh staf hotel. Tapi tak sangka pula adik-adik yang datang sangat sporting ikut menyanyi bersama-sama. Suasana makin kecoh dan gamat apabila adik-adik ni menari pula. Alahai, comel sungguh tengok aksi-aksi mereka ni. Saya dan rakan-rakan yang lain seronok melihat gelagat mereka pada malam tersebut. Gembira betul adik-adik tu tau.. Hehe..

Adik-adik ini juga turut menghiburkan kami dengan persembahan nyanyian nasyid. Tegak bulu roma mendengar alunan suara mereka. Tiba-tiba je saya rasa syahdu.

Tadi kita tengok video kan. Sekarang jom kita layan kenangan bersama adik-adik dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir pula.

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-9Suka adik-adik ni bila kita orang nak ambil gambar mereka. 😀

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-11Tengok tu. Tengah ambil makanan pun sempat posing lagi tau. Cute kan adik nie?

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-8Adik-adik lelaki kita yang kontrol macho sepanjang malam tu. Hehehe…

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-12Sis Hanny dan Hazman sibuk melayan adik-adik pilih makanan untuk berbuka. Sate sudah semestinya jadi pilihan semua orang..

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-15Adik sorang ni cukup mesra dengan saya. Siap ajak ber’selfie’ lagi. Kita layannn… 😀

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-13Ada juga sesi kuiz. Tahniah buat adik-adik yang berjaya beri jawapan yang betul dan tepat. Dapat hadiah istimewa dari pihak Royale Bintang.

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-17Pihak pengurusan juga memberikan sumbangan duit raya untuk adik-adik.

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-18

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-1Rakan-rakan blogger yang berkesempatan menghadiri program berbuka puasa pada hari tersebut.

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-14Semua senyum lebar nampaknya lepas dapat makan sedap kan.. Hehehe… Alhamdulillah…

Pada hari tersebut pihak hotel Royale Bintang menyediakan juadah berbuka yang memang sedap dan menyelerakan. Ada menu masakan melayu yang pedas ada juga menu yang tak pedas. Sesuai sangat untuk adik-adik tu pilih untuk makanan untuk berbuka. Tak lupa juga ada kuih muih tradisional melayu seperti bingka ubi, kuih lapis, karipap dan sebagainya. Pencuci mulut antarabangsa seperti pelbagai jenis kek dan puding pun ada. Semuanya memang sedap sangat. Adik-adik ni saya tengok paling suka bila dapat buat ABC sendiri. Hehe..

Sebelum tu saya pernah dijemput oleh pihak hotel Royale Bintang untuk mencuba hidangan buffet Ramadhan. Ternyata makanan yang dimasak oleh chef hotel Royale Bintang memang sedap dan menyelerakan. Kalau ada yang berminat untuk berbuka puasa di tengah bandar Kuala Lumpur bertemakan citarasa masakan melayu boleh lah pergi ke Hotel Royale Bintang. 🙂

Tak percaya? Jom tengok gambar makanan pula.

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-5

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-4

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-3

Akhir kata saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hotel Royale Bintang Kuala Lumpur kerana sudi menjemput wakil blogger untuk memeriahkan majlis amal sebegini. Ianya satu pengalaman yang cukup manis buat saya kerana berpeluang menceriakan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir.

Semoga program sebegini dapat diteruskan sampai bila-bila. Insya-allah

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-16Terima kasih hotel Royale Bintang! Peace yoo….!

4 comments to Majlis Iftar Bersama Anak Yatim Di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur

  • hannyabdullah  says:

    Patut le terbatuk batuk..nama ku disebut sebut…hehehe..

    Suka tgok awk melayan adik2 tu..:)

  • Cheq Eem  says:

    batuk manja2 lettew… hehehe…. saya dengan budak2 berpisah tiada.. memang senang mesra.. mgkn faktor fizikal kot… hahah…. 😀

  • Raudzah  says:

    Alhamdulillah..berkat ramadhan…rezeki untuk dikongsi bersama..

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah… dapat juga menggembirakan hati adik-adik yang datang pada malam tersebut..

Isikan Komen Anda Disini