Makan Vitamin Tambahan Seumpama Merokok

Salam pembaca,

Dah lama rasanya tak menyumbangkan artikel kat blog ni, kebelakangan ni sibuk sket dengan blog www.shamphotography.com …hihihi. 😀

Mesti korang tertanya-tanya tentang tajuk entri di atas “Apa kaitannya vitamin tambahan dengan rokok?” dan “Kenapa pulak makan vitamin tambahan seumpama merokok?”.  Rilek semua! rilek!…. jangan marah-marah atau bingung. Jom aku terangkan maksud sebenarnya entri ini dan segala penulisan entri ini adalah berdasarkan pendapat aku sendiri, tidak diciplak daripada mana-mana website atau blog.

Seperti yang aku pernah cerita pengalaman aku untuk berhenti merokok dulu di entri “Vitamin E Shaklee Boleh Membantu Berhenti Merokok – Betul ker?” Alhamdulillah!, sehingga ke hari ini aku tak sentuh atau pegang walaupun sebatang rokok dan aku rasa paru-paru aku akan tersenyum riang kerana tidak perlu dipaksa menyedut asap rokok. Hakikatnya, berhenti merokok bukan satu perkara yang mudah sebenarnya! Percayalah cakap aku, mmg perkara yang amat susah. Perkara utama yang perlu kuat ialah minda anda. Apabila niat digabungkan dengan minda yang kuat akan membolehkan anda berjaya untuk berhenti merokok. Vitamin tambahan, ubat-ubatan ataupun kumpulan kaunseling hanya dapat menyokong sahaja usaha anda.

makan-vitamin-tambahan-seumpama-merokok-vitamin4kesihatan-shaklee-membantu-berhenti-merokok

Makan vitamin tambahan seumpama merokok.

Apa yang menyebabkan aku berpendapat begitu, ermmmm….. Aku pernah promosikan produk Vitamin Tambahan Shaklee pada 2-3 orang kawan-kawan aku.  Jawapan yang kerap aku dengar adalah:

“ Orang-orang dulu tak payah ambil vitamin tambahan pun, elok jer sihat sampai tua!”

“ Aku taknak biasakanlah, nanti hari-hari asik kena makan vitamin tambahan jer!”

“ Kalau tak sakit, buat apa nak makan vitamin tambahan?”

Untuk entri  ini, aku cuma nak kongsikan pendapat aku dengan jawapan yang No. 2 sahaja sebab memang  niat entri ini nak bercerita tentang vitamin tambahan dan rokok kan!. Kenapa aku berpendapat “Makan Vitamin Tambahan Seumpama Merokok?”. Korang rasa boleh guna ker jawapan No. 2 tu? Atau logik tak jawapan No.2 tu?.  Kenapa tidak mau terikat atau biasakan makan vitamin tambahan setiap hari? Apa bezanya dengan merokok tu?.. merokok tu pun setiap hari jugak kan atau ada ker orang yang merokok ikut hari?..hari Isnin, Rabu dan Jumaat jer merokok dan hari Selasa ngan Khamis cuti merokok?. Kadang-kadang dorang lebih rela biasakan diri untuk merokok setiap hari daripada biasakan diri untuk mengambil vitamin tambahan yang dorang tau pengambilan vitamin tambahan itu dapat membantu untuk kesihatan badan.

So korang nampak tak point aku disini? Kenapa aku katakan makan vitamin tambahan seumpama merokok. Kalau korang boleh terikat dengan merokok, kenapa korang tak boleh terikat dengan makan vitamin tambahan setiap hari? Kalau korang boleh habiskan duit beli rokok, kenapa tak boleh habiskan duit dengan beli vitamin tambahan.

Aku rasa mesti ada yang marah atau tak setuju dengan pendapat aku kan!. Kenapa aku berani memberi pendapat begini?  SEBABNYA:

– Aku dulu pun sering bagi jawapan yang sama apabila diajukan soalan begitu.
– Aku dulu pun salah seorang PEROKOK TEGAR yang mula merokok sejak zaman sekolah lagi.
– Aku dulu pun sering habiskan duit beli rokok setiap hari.
– Aku dulu pun pernah beberapa kali berniat untuk berhenti merokok (tapi niat sahaja).
– Aku dulu pun tak suka makan vitamin tambahan.

Tapi aku yang dulu bukan yang sekarang!. Alhamdulillah..sejak wife jadi pengedar Shaklee ni, aku kerap makan vitamin tambahan setiap hari walaupun kadang-kadang terlupa tapi nasib baik wife selalu ingatkan sehinggalah aku dapat berhenti merokok. Walaupun dah berhenti merokok tapi aku teruskan jugak makan vitamin setiap hari untuk aku kekal  tidak merokok.

Aku menulis untuk berkongsi dengan perokok-perokok yang ingin berhenti merokok, walaupun berhenti merokok adalah usaha sendiri tapi sekurang-kurangnya dapat gak aku bagi semangat untuk dorang. Semoga aku juga diberi kekuatan untuk kekal berhenti merokok!.. Inshaa’Allah… 😀

HANYA SEORANG PEROKOK SAHAJA YANG MEMAHAMI PEROKOK YANG LAIN!!….. TAPI KALAU ANDA BOLEH TUKARKAN TABIAT MEROKOK KE TABIAT MAKAN VITAMIN TAMBAHAN.. KAN LAGI BAGUS DAN SIHAT.  MEMANG SUKAR TAPI AKU PERCAYA MESTI BOLEH! KALAU AKU BOLEH, KORANG PUN MESTI BOLEH!.. 😀

Eshamz Halim – Admin www.vitamin4kesihatan.com

Find eshamz halim on Google+!

4 comments to Makan Vitamin Tambahan Seumpama Merokok

  • Pha Is  says:

    jom sertai segmen mudah anjuran pha is.
    http://pening-pala.blogspot.com/2013/12/segmen-azam-blog-2014.html

    • Cheq Eem  says:

      insya-allah… nnt saya join… mcm menarik juga.. 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Mmg betul tu, bukan senang nk berhenti merokok.. semangat diri kena kuat. Mudah2an menjadi inspirasi & contoh buat mereka yg mahu berhenti merokok…

    • Eshamz Halim  says:

      Sekadar berkongsi pengalaman saya berhenti merokok…. semoga dapat beri semangat pada kawan2 yang mencuba untuk berhenti merokok… 😀

Isikan Komen Anda Disini