Slide # 1
 

Maybank2u Pay

Panduan Pembayaran Menggunakan Maybank2u Pay

Ini adalah panduan untuk membuat pembayaran menggunakan Maybank2u Pay selepas anda telah mengisi dan menghantar borang pesanan kami.

Langkah 1:

Anda hanya perlu klik pada logo Maybank2u Pay yang terdapat di sebelah kanan blog kami (Sidebar). Logo ini terdapat di setiap page blog kami.

Pembayaran Menggunakan Maybank2u Pay

Langkah 2:

Skrin dibawah akan dipaparkan dan anda perlu masukkan username dan password akaun Maybank2u anda.

Pembayaran Menggunakan Maybank2u Pay

Langkah 3:

Apabila anda telah berjaya log-in, skrin dibawah akan memaparkan nama Blogshop kami “VITAMIN KESIHATAN” dan juga No. Akaun Maybank anda. Di sini anda perlu masukkan e-mail anda dan jumlah pembayaran yang telah dipersetujui oleh anda dan kami serta isikan ruangan “Description of transaction” sebagai rekod transaksi anda. Apabila semua maklumat telah diisi, klik button “Continue”.

Pembayaran Menggunakan Maybank2u PaySila pastikan ada perkataan ” Verify blogshop” di sebelah nama Blogshop kami. Ini bermakna Blog kami telah mendapat pengesahan oleh Maybank2u Pay dan anda boleh membuat pembayaran tanpa perlu risau.

Langkah 4:

Anda akan dibawa ke skrin seterusnya, di sini anda boleh melihat maklumat kami dan juga maklumat anda. Pastikan “Seller Details” kami iaitu Blogshop Name, Seller Email dan Seller Account Name adalah seperti yang tertera dibawah. Setelah maklumat tersebut adalah betul, anda perlu mendapatkan TAC number untuk meneruskan proses pembayaran.

Pembayaran Menggunakan Maybank2u Pay

Selepas anda menerima TAC number di telefon bimbit anda, sila masukkan TAC anda dan klik pada button “Confirm” untuk mengesahkan pembayaran anda kepada pihak kami.

Pembayaran Menggunakan Maybank2u Pay

Skrin dibawah akan dipaparkan jika pembayaran anda telah berjaya dan anda perlu mencetak resit pembayaran sebagai rekod anda. Anda dan pihak kami akan mendapat e-mail  daripada pihak Maybank berkaitan dengan urusan pembayaran yang telah dilakukan. Pihak kami akan memproses pesanan anda apabila mendapat e-mail pengesahan bayaran daripada pihak Maybank.

Pembayaran Menggunakan Maybank2u Pay

Langkah 5:

Setelah transaksi pembayaran telah selesai, jangan lupa untuk log-out daripada akaun Maybank2u anda.

Pembayaran Menggunakan Maybank2u Pay

Mudah bukan?…..

Kami akan memproses  pesanan anda selepas mendapat pengesahan pembayaran anda melalui Maybank dan pesanan anda akan dipos dalam tempoh 1-3 hari berkerja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami melalui facebook, telefon, email ataupun borang pertanyaan.

Kami menghargai sokongan anda.

Terima kasih.