Minum Teh Hijau Untuk Kurus dan Cantik

Salam pembaca,

Suka minum teh hijau? Atau pun memang penggemar tegar teh hijau? Macam saya memang suka minum teh hijau. Setiap kali pergi Sushi King atau Teppanyaki minuman yang saya pesan mesti teh hijau panas (kurang suka minum ais).  Sebabnya air boleh refill.. haha…. Eh tak lah.. Saya suka kan teh hijau nie sebab boleh hilangkan rasa seasoning dalam makanan dan yang penting saya tau minuman teh hijau ni memang baik untuk kesihatan. Jom kita tengok apa kebaikan minuman teh hijau ni.

teh hijau

11 Kebaikan Minuman Teh Hijau @ Green Tea

1. Berat Badan.

Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes.

Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung

Para saintis berpendapat, teh hijau  menjaga saluran darah  lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan

4. Kanser

Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh  mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5.Kolesterol

Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik  di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6.Alzheimer dan Parkinson.

Teh hijau dikatakan  mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.  Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi.

Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau boleh memusnahkan bakteria dan virus  yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8.Tekanan darah.

Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan.

Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenang kepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria.

‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk  merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit  termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit.

Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu  mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.

Sumber: Lifehack.org

Walaupun ada setengah orang tak leh terima hakikat akan rasa teh hijau tanpa gula yang rasa pahit-pahit dan bau daun teh, tapi korang tetap kene terima hakikat bahawa  teh hijau memang  bagus untuk kesihatan . Hehe…

Review  Teh Hijau Jepun Sen Cha

 green tea

Saya pernah beli teh hijau jenama lain sebelum nie. Minum sekali terus tak lalu. Bukan apa, rasanya memang tak sedap. Bila check balik teh hijau apa yang digunakan rupa-rupa nya ialah teh hijau china. Jadi teh hijau tu pun masuk ke tong sampah selepas di peram sampai expired.. haha…

Kebetulan jalan-jalan di Jusco Mid Valley ada promosi pasal teh hijau nie. Jadi promoter pun bagilah rasa yang sejuk dan yang panas. Bila dah rasa terus saya pun beli satu kotak . Rasanya memang sama macam dekat Sushi King. Satu kotak ada 50 paket, harga RM25. Yang penting ada pengesahan HALAL!  Sen Cha Japanese Green Tea  memang sedap dan kena dengan anak tekak saya.. Hehehe… :)

Kalau nak tau Sen Cha Japanese Green Tea juga boleh di beli secara online. Tak payah lah saya pening nak cari kalau dah habis stok. :)

Jom minum teh hijau untuk sihat, kurus dan cantik..!

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Tags:  

23 comments to Minum Teh Hijau Untuk Kurus dan Cantik

  • Puan Zaniff  says:

    xpnh pulak try teh hijau..selalu mnum teh coklat tu ja..huuu..blh try nnti..:)

    • Cheq Eem  says:

      dulu minum teh hijau kat restoran jepun jer.. skang nak minum teh hijau hari2 pon boleh… hehe…. cer try rasa nnt.. :)

  • nurhafiza kamaruddin  says:

    yeay!! thank you for recommendation.. nak beli sekarang jugak.

    • Cheq Eem  says:

      u r welcome sista..!! pi beli berkotak2 yea… haha….

  • nurul  says:

    Salam..sis..memg ok ae teh hijau ni

    • Cheq Eem  says:

      salam dear… haah.. mmg ok sgt teh hijau nie…

      • nurul  says:

        Ooo..mcm sye ni nak kurus leh x sye amik teh hijau ni ngan esp..sebab skrang ni sye just amik esp je..

        • Cheq Eem  says:

          boleh sis…. minuman teh hijau boleh juga block selera makan… jgn lupa kawal kalori intake juga.. semoga berjaya…! :)

          • nurul  says:

            Ok..tq;-)

  • Mizz Aiza  says:

    aiza suka teh hijau.. bagus untuk penghadaman..

    • Cheq Eem  says:

      betul tu aiza… sy klu rasa terlebih makan mesti minum teh hijau… hehe…

  • wani  says:

    the hijau ini mmg halal dan selamat diminum ke?

    • Cheq Eem  says:

      yup.. ada logo halal jakim dan selamat di minum… :)

  • anies  says:

    boleh sy tau, kedai kat mn ye dlm mid valley yg jual teh ni?

    • Cheq Eem  says:

      selalunya mereka akan bukak booth depan pasaraya AEON … dekat 1Utama pun ada jugak… jadi kalau nak tau pasal promo dan lokasi dimana mereka ada boleh follow FB –> https://www.facebook.com/greenroomkl

  • […] banyak lagi manfaat teh hijau ini dan diharap mampu membuka fikiran anda tentang kelebihan alam yang boleh kita amalkan untuk […]

  • lin  says:

    Nk beli online tu mcm mn??

  • lin  says:

    Nk beli online tu mcm mn

  • shasha  says:

    Salam.. awk minum cmpur sugar or honey ke x?

    • Cheq Eem  says:

      salam… saya tak letak apa2 pun.. minum kosong jer.. kalau nak rasa manis boleh guna brown sugar atau honey…

  • lin  says:

    Area penang ada jual ka sis ?

    • Cheq Eem  says:

      saya pun tak pasti… sebab saya beli pun dari aeon jusco.. :)

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge