Misi Bulan April Bersambung Bulan May

Salam pembaca,

Sedkit kecewa bila tak berjaya menyahut cabaran yang diberikan oleh leader bulan lepas. Cabaran simple jer pun. Buat 20 entri dalam masa sebulan. Itu pun tak lepas. Kalau ikutkan blog niche kesihatan ni banyak cetusan idea yang boleh kita tulis dan kongsikan. Tapi roh penulisan tu susah betul nak meresap di jari-jari manisku ini. Ekekeke.. Sudahnya, semua entri duduk dalam draft. Bila nak sambung takda idea pula dah. Aduhh.. Nak kena lebih komited dan rajin lagi dalam bab-bab blogging.

Tapi itu tak bermakana saya tak boleh buat cabaran tersebut. Saya mesti BOLEH. Kalau December 2013 saya berjaya post sebanyak 23 entri dalam masa sebulan, tak mustahil saya boleh buat lagi. Malah lebih banyak entri yang mampu saya tulis dan kongsikan dengan semua orang.

Untuk membuktikan saya boleh, cabaran bulan lepas saya bawa ke bulan ni. Walaupun tiada hadiah yang menanti tak kisah lah.. Bagi saya mencabar diri sendiri adalah cabaran paling besar. Dan jika berjaya pula ia adalah hadiah yang paling bermakna. Tak dapat jam pun takpa. Hahaha.. Jadi mana-mana artikel yang saya asyik diperam bawah kategori ‘Draf’ akan cuba disiapkan secepat mungkin dan bertukar status kepada ‘Publish’.

Aci tak kalau saya salahkan line internet dekat rumah yang macam siput sedut tiap-tiap malam? P1 banyak buat hal sepanjang bulan lepas. Hahaha… Arghh, itu semua alasan jer. Kalau nak menulis guna Microsoft Word pun boleh jugak kan. Lepas tu copy lah dalam blog. Itu tips husband saya bagi. Ekekeke.. Kalau asyik bagi alasan sampai bila pun tak berjaya. Betul tak?

So, misi 20 entri sebulan akan diteruskan pada bulan ini. Dan saya harapkan lebih daripada itu.. Chaiyok…!! Atau ada rakan blogger yang boleh berkongsi tips macam mana nak tulis satu entri satu hari? 😀

yes you canYes you can bebeh….!!

p/s: Sekarang ni ada cabaran lain juga. Iaitu membina empayar Shaklee saya sendiri pun. Dah ada ramai ahli yang berdaftar di bawah saya. Alhamdulillah..:)

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

12 comments to Misi Bulan April Bersambung Bulan May

  • Khir Khalid  says:

    Teruskan usaha.. semuga sentiasa bersemangat.. in shaa Allah, pasti berjaya.. aamiin.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      mmg akan diteruskan usaha ni…. tak nak mengalah… aminnn…! 🙂

  • sobri  says:

    teruskan usaha sis pasti boleh..niche kesihatan le pling payah nak tulis.byak kena kajian.. 🙂
    tambah2 klau nak tlis lengkap mcm sis slalu buat

    • Cheq Eem  says:

      caiyokk….!! betul tu.. kena banyak cari bahan rujukan.. lepas tu baru boleh tulis guna pemahaman sendiri… lengkap ker saya penulisan saya tu? kalau ya, terima kasih sobri… 😀

  • arzmoha  says:

    semoga berjaya cheq EM. teruskan berusaha dan bersabar

    • Cheq Eem  says:

      insya-allah…. kena teruskan misi nie… terima kasih arz….. 🙂

  • hannyabdullah  says:

    Yess…you can! Go Cheq Eem go..Go Cheq Eem Go…:)

    • Cheq Eem  says:

      yesss….!! terbayang gaya cheer leader pulak bila akak tulis macam tuu…. ekekeke….. tq kak….. !!

  • Lynn™  says:

    Teruskan perjuangan Cheq Eem. Moga berjaya selalu.

    • Cheq Eem  says:

      hi k.lyn.. tq kak dengan kata2 semangat itu… 🙂

      p/s: lama tak singgah blog akak… hehe…

  • Raudzah  says:

    Good luck Cheq Eem..I am sure you can..

    • Cheq Eem  says:

      tq raudzah…. yes i will…!!

Isikan Komen Anda Disini