Misi Menjejak Kawasan Air Terjun di Langkawi

Salam pembaca,

Minggu lepas saya dan husband pergi jalan-jalan di Langkawi.. Plan nak ke Langkawi tak dirancang pun sebenarnya.. Kalau diikutkan kita orang nak road trip ke dari KL – Hatyai – Krabi.. Tapi disebabkan masalah politik dekat Thailand masih belum selesai datang lah idea kerja gila pergi ke Langkawi.. Hahaha… Dalam masa seminggu apply cuti, beli tiket keretapi dan booking hotel.. Semua dapat..  Kalau dua tahun lepas kita orang naik keretapi pilih katil, kali nie pilih seat kerusi pulak.. Nak rasa hebat tak pinggang duduk 11 jam dalam keretapi.. 😀

 Sampai sahaja di stesen Arau, kita orang di jemput oleh kawan husband.. Dia nie kawan baik Eshamz Halim dari zaman bujang dulu.. Nasib baik dia sudi jemput dan hantar kita orang dari stesen keretapi ke terminal feri.. Dulu dia tinggal di KL, tapi sekarang dah berhijrah ke Perlis dan buka bengkel kereta memasang NGV.. Terima kasih lah pada Aman Ghani sudi layan kerenah kita orang kat sana.. Hehehe….

jalan-jalan-langkawi-naik-keretapi-senandung-langkawi-2

Kita orang beli tiket keretapi jenis Aircond Second Class (ASC).. Ok juga kerusinya.. Ruang antara lutut dan kerusi hadapan luas, ada meja kecik yang boleh digunakan ketika makan dan kedudukan kerusi yang boleh di tukar ke depan dan belakang.. Ok sebenarnya.. Yang tak ok SEJUUKKK……

Misi pergi ke Langkawi kali ini ialah nak menjejak lokasi air terjun yang ada di sana.. Pada tahun 2000 semasa belajar di Kolej Lagenda, Langkawi saya dan geng-geng kolej selalu pergi ke kawasan air terjun.. Almaklumlah student, bila hujung minggu enjoy lah kan.. Oleh kerana nak feeling-feeling memori lama zaman belajar dulu (6 bulan je pun), saya ajak husband pergi ke tempat air terjun tersebut.. Dua tempat yang selalu saya dan kawan-kawan pergi pada masa itu ialah Air Terjun Sg Temurun dan Air Terjun Durian Perangin.. Kali nie nak pergi semula ke tempat tersebut setelah 14 tahun berlalu..

Bagi memudahkan kita orang bergerak ke sana sini, kita orang sewa kereta.. Paling murah harga sewa kereta untuk satu hari ialah RM50 untuk kereta Viva (M), kalau Viva (A) RM60 satu hari.. So pilih Viva (M) je lah.. Senang nak bergerak dan jimat minyak.. Hehe..

Air Terjun Sg Temurun

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-sg-temurun-5

Terletak di kawasan hutan simpan Gunung Machincang.. Air Terjun Sg Temurun merupakan air terjun yang tertinggi di Langkawi iaitu setinggi 30m.. Kawasan ini seringkali dikunjungi oleh pelancong luar yang ingin melihat keindahan air terjun.. Tapi sayangnya kita orang datang pada musim panas.. Jadi tak dapat lah lihat air terjun.. Bayangkan lah air mencurah setinggi 30m.. Fuhh… memang cantik.. Tak caya pergi google.. 😀

Kawasan persekitaran pula sangat sunyi dan tidak terjaga..  Menurut maklumat orang tempatan, kalau pergi ke sana pada musim panas memang tak ramai orang.. Patutlah kawasan tersebut tiada orang dan seperti kawasan terbiar.. Rupanya bukan musim..

Tapi ada hikmahnya bila pergi masa musim panas macam ni kan, dapatlah kita orang ambik gambar puas-puas di bawah air terjun tersebut.. Pastu dapat lihat kesan mendapan batu pada saya berbeza dengan kawasan air terjun yang lain.. Memang unik sebenarnya..

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-sg-temurun-1Pertama kali lihat kawasan air terjun yang kering kontang

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-sg-temurun-6Ada tangga yang boleh kita naik untuk sampai ke puncak.. Dulu-dulu takda tangga nie..

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-sg-temurun-3Lihat keadaan batu di sini.. Unik kan.. Kawasan ini juga dinamakan Tanaman Purba kerana terdapat spesis yang berusia berjuta tahun dahulu..

Bila dah sampai sini teringat kisah 14 tahun lepas.. Rasanya dulu nak sampai ke puncak air terjun kena trekking agak jauh.. Jenuh merangkak nak sampai ke atas.. Bila borak balik dengan kengkawan mereka cakap ‘Dulu kita macam gollum nak pergi air terjun’.. Hahaha… Sekarang nie dah tak susah sebab telah disediakan trekking simen dan tangga untuk sampai ke atas..

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-sg-temurun-4Sampai juga hajat nak sarapan pagi dekat sini.. Ekekeke…

Air Terjun Durian Perangin

Air Terjun Durian Perangin terletak di kawasan hutan Gunung Raya.. Di kawasan ini juga terdapat perkampungan orang tempatan dan dusun buah-buahan.. Saya rasa asal usul air terjun ini dinamakan Durian Perangin kerana ada banyak pokok durian di kawasan air terjun tersebut.. Hehe..

Kawasan Air Terjun Durian Perangin tidak sunyi dan sepi seperti Air Terjun Sg Temurun.. Di bawah, ada kedai-kedai yang menjual makanan, minuman, pakaian dan lain-lain lagi.. Masa kita orang pergi ke sana, ada juga beberapa pelancong dari luar negara yang datang..

Antara tarikan Air Terjun Durian Perangin ialah permukaan batu-batu yang sangat unik.. Unik yang macam mana? Korang layan gambar di bawah..

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-durian-perangin-4Air terjun check point 1.. Kecik jer.. Nak tengok yang tinggi kena naik atas..

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-durian-perangin-8Nampak tak betapa curam nya kawasan ni.. Rasanya kalau bukan musim panas, dekat sini pun boleh lihat aliran air di celah-celah batu..

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-durian-perangin-7Kalau pakai kasut biasa-biasa jer kene turun berhati-hati macam mat saleh kat belakang tu..Kasut hiking Columbia saya ni memang terbaiklah.. Turun ke bawah rilek jer.. Memang grip habis..

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-durian-perangin-6Ini lah dia kawasan Air Terjun Durian Perangin di bahagian atas…

Tinggi kan nak naik tempat ni? Berpeluh juga nak sampai ke puncak.. Hahaha.. Tapi bila dah sampai hilang semua rasa penat bila lihat air terjun yang cantik.. Kalau pergi masa hujan lagi banyak air rasanya.. Bertambah-tambah cantik lah tempat ni..

Air Terjun Telaga Tujuh

Air Terjun Telaga Tujuh pula terletak di kawasan hutan simpan Gunung Machichang.. Tempat ini dinamakan telaga tujuh kerana terdapat tujuh kolam yang terbentuk berasingan secara semulajadi.. Subhanallah.. Bayangkan dah beribu-ribu tahun berlalu kolam itu tak berubah bentuk pun..

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-3

Untuk sampai ke atas tak susah mana pun.. Cuma naik tangga sahaja.. Tapi bukan 10 atau 20 anak tangga, 367 anak tangga OK.. Sekali lagi menguji kesabaran, menguji kekuatan lutut, menguji stamina dan semuanya lah.. Dah lah masa naik Telaga Tujuh berkejar-kejar.. Sebabnya sampai pun dalam 10.30 pagi, nak kena balik ke hotel sebelum pukul 12.00 tengah hari untuk check out..

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-2

Demi menyahut cabaran husband, saya berhenti sekejap jer untuk tarik nafas.. Katanya ini latihan untuk Gunung Kinabalu.. Hahaha… Jadi dalam masa 20 minit sampai juga kita orang ke puncak.. Subhanallah.. Sekali lagi saya terpegun melihat keindahan kawasan Telaga Tujuh.. Cantik sangat.. Angin yang bertiup pula terasa sejuk walaupun cuaca masa tu panas.. Dari situ juga kita boleh lihat kereta kabel Langkawi bergerak naik dan turun..

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-4

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-5

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-7

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-telaga-tujuh-6Dapat mandi syiok jugak nie…. Tapi main-main air je lah… 😀

Sayangnya tak dapat nak lepak lama dekat atas.. Lepas ambik gambar (nie wajib.. hehe..) terus turun ke bawah.. Kalau naik ambil masa 20 minit, turun kita orang pecut.. 7 minit dah sampai kat bawah.. Hahaha…

Alhamdulillah sepanjang berada di Langkawi semua nya berjalan dengan lancar.. Cuaca pada bulan Januari cerah, sangat panas dan berangin.. Selain dari menjejak air terjun, kita orang pergi juga island hoping 3 pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.. Kali ni dapat juga kita orang naik Cable Car Langkawi.. Sekadar sampai ke atas dan lihat pemandangan seluruh Langkawi.. Jambatan gantung masih lagi ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan..

Oleh kerana misi ke sana untuk travel light dengan kos yang bajet maka kita orang tak shopping apa-apa pun..  Dah lah naik keretapi kan, jadi tak sesuai kalau nak shopping pinggan mangkuk, periuk, coklat dan lain-lain.. Hehe.. Selamat tinggal Langkawi.. Nanti kami mai sana lagi naa..

jalan-jalan-langkawi-dataran-langkawi-1

jalan-jalan-langkawi-dataran-langkawi-2

jalan-jalan-langkawi-air-terjun-durian-perangin-1Akhir sekali jagalah keindahan hutan di negara kita supaya keseimbangan alam terpelihara..

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

23 comments to Misi Menjejak Kawasan Air Terjun di Langkawi

  • Eshamz Halim  says:

    Semua gambar kami di Langkawi telah ditaja oleh GoPro Hero3+ Black Edition ……. Think Selfie, Think GoPro…. hihihihihihihihi… 😀

    • Cheq Eem  says:

      hahaha…. kecik,ringan dan mudah di bawa….. nampaknya kamera dan lens dekat rumah tu bersemadi dengan aman di dalam DIY drybox….

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum awak. jelesnya tengok. tak pernah lagi sampai sini. huwaaaaaaaa. bestnya dapat bersarapan kat tepi air terjun. hehe korang nak naik KK? perghhhh perghhhh best gila korang buat aktiviti camni. hehe. ehh, share sikit iterary ke Langkawi ni? boleh sheila buat rujukan hihi (“,)

    • Cheq Eem  says:

      waalaikumsalam….. kita pun jeles jugak dkt awak… heheh…. syiok dapat sarapan dekat air terjun.. insya-allah klu ada rezeki nak ke KK pulak.. tunggu eshamz halim buat detail itinerary kita orang dekat sana.. dia tgh karang entri tuu… tak siap lagi.. hahah….

      • Sheila Salim  says:

        Alaaa nak jeles apa dengan kita ni? Ehh saya ada tempat flight pergi KK bulan 7. hahaha jatuh hari puasa pula. masa beli tak tengok kalendar. terpaksa cancel.. huwaaa konon2 nak sambut anniversary kat sana. tup2, rezeki mengandung. hehhee. Alhamdullilah, kelakar betul. mujur burn tiket cuma rm180 je.. T______________T

        yeayy tak sabar nak baca itinerary koranggg

        • Cheq Eem  says:

          ada lah yg kita jeles…. :p pasni sambut anniversary dengan anak.. manyak syiokk woo… nnt kan entri dari eshamz halim yea….

  • Mizz Aiza  says:

    best nya.. ada tajaan lagi tu.. tak pernah lagi sampai di langkawi..

    • Cheq Eem  says:

      aiza.. itu tajaan guna duit sendiri jer…. hehehe…. nnt kalau pergi sana jgn lupa gi air terjun… 🙂

      • Mizz Aiza  says:

        insya-Allah.. 😀

  • hannyabdullah  says:

    Wahhh..sanggup gi jauh2 nak melihat air terjun ekk..:)

    Tapi terus terang cakap “nice info” boleh le nanti akak terjah tempat ni kalu ke sana..

    • Cheq Eem  says:

      asik pergi island hoping, pergi pantai jer kan.. boring pulak rasanya… hehehe…. nnt kalau ke langkawi boleh pergi air terjun pulak… 🙂

  • fauzie  says:

    cantik sekali pemandangan di Air terjun langkawi ini
    selamat menikmati Sis

    • Cheq Eem  says:

      yup.. memang cantik sangat.. kalau berkesempatan ke Langkawi boleh lah singgah ke sana.. 🙂

  • Aku Penghibur  says:

    wahhh bestnya.. acik dah pergi langkawi.. cantikkan tempat-tempat disini ^_^

    • Cheq Eem  says:

      acik pun dah sampai eh air terjun dekat sana? memang best dan cantik sangat…. 🙂

  • raudzah  says:

    cantik..kita dah dua kali gi langkawi..tapi belum sampai sini..best jugakkan..hutan yang masih terpelihara kan cheq eem..

    • Cheq Eem  says:

      cantik kan… nnt kali ke 3 pergi ke kawasan air terjun pula.. hutan nie kena jaga supaya anak cucu kita dapat menikmati keindahannya.. 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Wahh best.. mmg best tempat2 tu.. saya pun dah pergi tahun lepas. Baru2 ni ke langkawi tak sempat pun nk jln2 mcm ni.. rugi pulak rasanya.

    • Cheq Eem  says:

      jalan-jalan memang ler best.. tapi saya pergi cuaca panas pula.. hehe.. hari tu pergi urusan kerja kan.. takpe, nnt plan bawa family plak.. 🙂

  • Strider  says:

    asal laaa time sy pergi langkawi aritu tak terpikir nak pegi tempat2 macam nie..nampak syok plak bila dalam gambar..hehhe

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      tu maknanya kene pergi lagi langkawi lagi…. mmg best pun pergi air terjun nie.. waktu sesuai sebelum bulan 12… hehe…

  • sobri  says:

    salam sis..alahai sweetnye tgok suami isteri ni..rasa mcm nak cari calon plak….ya go go pro..saya pun dah kompis baca blog akak ke blog sang suami 🙂 keh..keh..

  • Adi Azudin  says:

    Saya juga baru seminggu lebih pulang dari Langkawi. Memang best pergi sana.

Isikan Komen Anda Disini