Slide # 1
 

Misi Menyahut Cabaran April

Salam pembaca,

Bulan April ni saya ada misi yang nak kene capai. Misi apa? Misi nak post entri dalam blog sebanyak yang mungkin. Haha.. Ye lah, blog saya ni rekod paling banyak entri dalam sebulan ialah 18 post, bulan November 2013. Adoii, sikit sangatkan? Tak macam blog blogger yang hebat. Jadi macam mana lah blog ni nak mesra Google. Bila tak mesra Google, macam mana nak naik ranking. Dan yang paling penting SEO pon kena mantap dan power juga.

Jadi saya nak sahut cabaran upline saya untuk publish seberapa banyak entri yang boleh untuk bulan ni. Minimum entri pula ialah 20. Dan sebagai balasan, ada ganjaran yang bakal menanti kepada mereka yang berjaya. Hadiah pula memang tertarik, menarik dan meletup. Iaitu JAM TANGAN! 😀

Sekarang ni baru ada 4 entri untuk bulan April, dan ini adalah entri yang ke 5. Ya, ampun. Sikit bebenor. Hehe.. Jadi saya ada masa 20 hari untuk melaksanakan misi ‘Juara Blog Updated’. Sekurang-kurangnya ianya boleh dijadikan sebagai satu motivasi untuk saya berkongsi cerita dalam blog. Terutama tentang kempen penjagaan kesihatan, kebaikan produk Shaklee dan sedikit kisah peribadi. Betul tak?

Salah satu tips blogging yang saya pernah baca dan boleh dicuba ialah draft entri. Kalau tiba-tiba datang idea tulis jer sebagai draft. Kadang-kadang ilham ni akan datang bila-bila je. Sayang sangat kalau ilham tu muncul tapi ditangguhkan. Bila dah tangguh tak mustahil idea tu akan hilang macam tu. Macam sekarang ni saya ada 3,4 entri yang asyik bertangguh. Jadi ini lah masanya untuk sambung semula dan perbaiki mana yang patut.

Semoga berjaya dalam misi ‘Juara Blog Updated’! Tq iR Master Ida Khairani yang selalu bagi semangat macam nie. 🙂

cabaran-juara-blog-update-shaklee-extraordinary-teamMacam best je kan kalau dapat hadiah nie… Hehe…

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

14 comments to Misi Menyahut Cabaran April

  • Khir Khalid  says:

    Yeah!! Sahut cabaran… semoga terus berjaya!!!

    • Cheq Eem  says:

      kena buktikan berjaya sahut cabaran… hehe…. tq khir..!

  • SDK  says:

    boleh buat, motivasi kena tinggi nih, usaha lebih yeahh

    • Cheq Eem  says:

      insya-allah…. kena lebih berusaha dan fokus…! 🙂

  • mazlina  says:

    suka2.. jom la eemm cabar diri sendiri untuk rajin kan diri mengarang..haha

    • Cheq Eem  says:

      best kan maz…. jom kita jadi lebih rajin bulan nie… membebel dlm blog pulak.. haha…

  • hannyabdullah  says:

    Moga berjaya sahut cabaran ni.

    Cantik gak jam2 tu ekk..:)

    • Cheq Eem  says:

      itu lah… harap2 berjaya dan bersaing cara sihat….
      mmg cantik, itu yg buat lebih teruja.. 😀

  • ikhairaniwp  says:

    Eh, sapa kata dapat gambar tu? itu replika ja… haha!! Kalau dpt sahut cabaran naik rank sekali, itu boleh demand!

    • Cheq Eem  says:

      bukan eh… maknanya lagi best lah kan..? heheh… insya-allah.. aminn… 😀

  • Raudzah  says:

    cantik…good luck cheq eem..

    • Cheq Eem  says:

      tq raudzah…!

  • hafizmd  says:

    yeyah! mesti boleh punyalah…banyak benda dan perkara boleh ditulis dalam blog cheq eem yg berniche health ni…

    selamat berjaya yer…

    • Cheq Eem  says:

      memang banyak benda boleh tulis.. tapi nak cari masa tu agak limited edition sikit.. hehe.. insya-allah.. berusaha..!

Isikan Komen Anda Disini