Slide # 1
 

Nak Kurus Perlukan Supplemen Atau Tidak

Salam pembaca,

Setiap kali diaju soalan macam nie dalam hati serba salah nak jawab macam mana dengan bakal pengguna. Nak jawab YA, lepas dia cuba tak berjaya salahkan kita pula. Nak jawab TAK macam mana pula dengan testimonial orang yang dah berjaya kurus. Kalau diikutkan memang ada pengguna yang berjaya turunkan berat badan dengan bantuan produk Shaklee. Dan ada juga yang tak berjaya. Agak-agaknya kenapa eh?

Boleh kurus ke kalau makan Shaklee?

Kalau ambil set kurus ni boleh turun berat tak?

Ada tak produk Shaklee yang boleh turunkan berat badan?

set kurus shaklee

Contohnya kisah si A dan si B membeli bahan yang sama untuk buat kek. Kalau diikutkan hasilnya mestilah kek si A dan si B tersebut menjadi, betul tak? Tetapi hanya kek si A yang menjadi dan sedap, manakala kek si B pula tak jadi. Keras pula tu. Bila campak ke dinding, dinding pun retak. (Ok, ini contoh jer.. hehe..). Agak-agak salah siapa sebenarnya? Bahan tersebut atau orang yang membuat kek? Mungkin si A membuat kek tersebut dengan cara yang betul tetapi si B pula tak tahu mana silapnya kek tersebut tak menjadi.

Begitu juga lah dengan mereka yang sering mencari produk untuk kuruskan badan. Jika memilih Shaklee, saya tak boleh jamin bila makan set kurus Shaklee boleh kurus. Keberkesanan adalah bergantung pada individu tersebut. Ada orang yang berjaya turun 4kg dalam sebulan, ada yang turun 5kg sebulan dan ada juga hanya turun 1kg dalam masa 1 bulan.

testimonial-set-kurus-shaklee-zaimah-1Customer saya yang berjaya turun 4kg dalam masa sebulan. Best kan? 😀

Matlamat untuk menurunkan berat badan sebenarnya adalah terletak pada individu tersebut.  Daripada 100% komitmen untuk berdiet, 80% adalah datang dari individu tersebut, manakala 20% lagi adalah dari produk kesihatan. Keazaman, disiplin serta kekuatan mental memainkan peranan penting untuk menurunkan berat badan.

Jadi adakah perlu ambil supplemen untuk turun berat badan? Terpulang pada individu. Saya bagi contoh perbezaan pergi ke Langkawi menaiki kereta dengan kapal terbang. Yang mana akan sampai dengan cepat? Kapal terbang kan. Matlamat dan tujuan adalah untuk pergi ke Langkawi. Tapi masa yang diambil dengan menaiki kapal terbang adalah lebih cepat berbanding kereta. Begitu juga fungsi supplemen dalam menurunkan berat badan. Ianya ibarat booster yang mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

Ada kawan saya pernah bercerita dia berjaya turunkan berat badan saya tak ingat berapa kg dalam masa 2 bulan selepas mendapatkan konsultasi dari klinik. Lihat gambar dia sebelum dan selepas memang terkejut sangat sebab saya kenal dia adalah selepas kurus. Dia bagi tau dia bayar lebih kurang dalam RM 400 sebulan (set kurus Shaklee bawah RM400 jer) untuk khidmat konsultasi dan segala jenis pil. Bila tanya pil apa doktor bagi dia tak tau pula, dia makan jer. Haha.. Dari segi jadual makan pula doktor menekankan diet protein. Dan jumlah air kosong yang dia ambil dalam sehari sebanyak 4L disamping bersenam melakukan aktiviti outdoor. Motivasi dia untuk kurus ialah dia nak daki Gunung Kinabalu. Dan dia berjaya capai impian dia untuk daki Gunung Kinabalu dan berjaya menurunkan berat badan dan konsisten sehingga ke hari ini. Sangat inspirasi!

Kesimpulannya dalam diet kita masih lagi perlu bersenam, kawal pemakanan dan makan dengan seimbang. Jika 3 perkara asas ni boleh diamalkan insya-allah cepat atau lambat pasti berjaya. 🙂

p/s: Kalau anda dah ada target untuk turun berat dalam masa 3 bulan apa salahnya menggunakan supplemen sebagai booster. 🙂

12 comments to Nak Kurus Perlukan Supplemen Atau Tidak

  • akupenghibur  says:

    alhamdulilah terima kasih ilmunya.. banyak maklumat yang acik dapt

    • Cheq Eem  says:

      sama-sama acik… mana yang saya tau dikongsikan bersama.. jika apa yg disampaikan bermanfaat alhamdulillah…

  • Prof Hariz  says:

    Boleh je tanpa supplemen. Kalau ada lagi cantik 🙂

    • Cheq Eem  says:

      betul tu… takda paksaan kalau nak kurus tanpa supplemen… 🙂

  • sobri  says:

    setuju sis.. usaha di samping tawakal.. insaallah akan berjaya 😛

    • Cheq Eem  says:

      yang penting jangan biarkan penyakit ‘M’ menguaasi diri.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Perkongsian yg bermanfaat.. usaha perlu ada dari pelbagai sudut asalkan tidak memudaratkan.. t kasih Cheq Eem.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      hehe… itu lah.. kena pilih cara yang betul dan jangan sampai menyiksa diri.. sama2 khir.. 🙂

  • raudzah  says:

    betul tu Cheq Eem..kesan ubat tau suplemen bergantung kepada individu. Lain orang lain kesan dia walau ambil suplemen yang sama dengan quantum yang sama..selalunya bila jadi macam ni ramai yang give up kan…

    • Cheq Eem  says:

      orang yang turunkan berat badan kene komited dengan apa yang dia nak capai… kalau tak tau, tanya pada yang tahu.. dan kena lebih rajin membaca.. kena berusaha…! caiyokk… 😀

  • PakcikLie PCL  says:

    sy xnak kurus sangat nanti kena tiup angin pun melayang.. ; cuma nak dapatkan BMI ideal..cuma perlu usaha sikit je..tapi masalahnya disiplin tu kurang sikit sejak akhir2 ini…

    acener tu cheq emm.

    • Cheq Eem  says:

      bila sebut disiplin macam keras sangat bunyi nya kan? apa kata tukar kepada perkataan ‘istiqamah’ dalam melakukan sesuatu perkara.. lembut tapi tegas.. insya-allah mesi boleh punyalah PCL capai BMI yg ideal.. caiyokkk…!! 🙂

Isikan Komen Anda Disini