National Conference Shaklee Sesi 2012/2013

Salam pembaca,

Alhamdulillah Sabtu lepas (08,June 2013) telah berlangsungnya majlis yang penuh gilang gemilang Shaklee iaitu National Conference Shaklee bagi sesi 2012/2013 di Sunway Resort Hotel and SPA, Selangor, Malaysia. Majlis tahunan ini diadakan pada setiap tahun untuk meraikan kejayaan pengedar-pengedar Shaklee yang telah berjaya membuat jualan yang sangat cemerlang sepanjang sesi 2012/2013.Lebih kurang 3000 warga Shaklee dari seluruh Malaysia berkumpul pada hari tersebut termasuk wakil penjual, pakar nutrisi, staff dari semua cawangan Shaklee dan yang paling istimewa ialah tetamu yang di datangkan khas iaitu Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson dan Cindy Latham, Senior Vice President Global Marketing Shaklee Corporation.

Antara agenda utama yang saya suka pada hari tersebut ialah pengiktirafan yang diberikan oleh pihak Shaklee kepada semua pengedar yang telah berjaya membuat jualan dengan cemerlang. Pada saya ini lah yang diinginkan oleh semua wakil pengedar. Penghargaan dari pihak atasan membakar semangat bagi setiap pengedar untuk mencipta kejayaan demi kejayaan termasuk saya yang baru sahaja mendaftar sebagai pengedar Shaklee yang sah pada Januari 2013. Setiap pengedar yang berdaftar layak untuk mendapatkan penghargaan 3C’s (Car, Cash, Convention) selain daripada sesi penghargaan sebegini yang dianjurkan pada setiap tahun.

Peluang menghadiri majlis sebegini memberikan saya semangat untuk terus lebih maju dalam perniagaan Shaklee. Ditambah pula dengan barisan leader yang sangat hebat, komited, sudi berkongsi ilmu dan memberi latihan dan sebagainya. Apa yang buat saya gembira di dalam perniagaan Shaklee ini ialah dapat membantu mereka yang memerlukannya untuk hidup lebih sihat dan gembira. Selain daripada itu saya juga dapat menjana pendapatan tambahan untuk membantu keluarga, mencapai cita-cita dan impian.

Jom kita layan pula gambar-gambar sekitar majlis National Conference Shaklee sesi 2012/2013.

shaklee conference 8

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson

shaklee conference 7

Cindy Latham, Senior Vice President Global Marketing Shaklee Corporation.

shaklee conference 9

Pelancaran produk terbaru CoQ Health

shaklee conference 3

Barisan Master Coordinators yang diiktiraf pada hari tersebut

shaklee conference 2

Wakil pengedar Shaklee dari seluruh Malaysia datang berkumpul dan meraikan majlis tersebut

shaklee conference 1

Ini adalah 1st upline saya yang banyak memberi tunjuk ajar

shaklee conference 13

Bersama dengan upline iaitu Master Ida Khairani dan Master Lyna Noh.

shaklee conference 12

Group Leader yang banyak beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu iaitu Lyna Noh. shaklee conference 4

Insya-Allah.. Suatu hari nanti gambar saya akan ada di wall of fame Shaklee seperti Master Lyna.

Kalau berminat nak buat bisnes Shaklee dengan saya bersama barisan group leader yang hebat, boleh hubungi saya ok. Nak tahu cara dan keistimewaan menjadi ahli, boleh klik sini. Jom jana pendapatan 2,3,4,5,6 angka dengan Shaklee..!!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Isikan Komen Anda Disini