Olive Oil Serum Untuk Rambut Lembut, Berkilat dan Sihat

Salam pembaca,

Entri kali ni takda kene mengena dengan produk Shaklee.. Apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca ialah produk penjagaan rambut dari Watson iaitu Olive Hair Serum.. Produk ni dah guna lebih dari sebulan, dan hasilnya memang tak mengecewakan dan sangat berpuas hati.. Dah lah murah, berkesan pula tu.. Siapa cakap produk murah tak berkesan dan tak bagus..? Yang penting sesuai dengan kita.. No harm to try betul tak..? Kalau tak sesuai bagi lah kat adik beradik.. Hehehe….

olive oil 2
Ingredients

–  Contains Sunflower Oil & Vitamin E to revitalise abd maximise shine, while retaining the moisture in your hair.
–  It can be applied to wet or dry hair, with no rinsing required.

Pack Size
100ml

Product Features
Naturals by Watsons Olive Hair Serum with USDA Certified Organic Olive Oil from Italy and Natural Grape Seed Oil helps to revitalise hair and retain moisture. Paraben free, it also contains Sunflower Oil and Vitamin E to nourish hair and boost shine, leaving your hair smooth and tangle-free after use.

Product Usage

Naturals by Watsons Olive Hair Serum can be used in 2 ways:

1. After shampooing gently pat your hair dry with towel. Apply 1-2 pumps of hair serum evenly onto your hair. No need to rinse.
2. Use on dry hair for smoothing & intense hair shine. No need to rinse.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat di sini

Saya mempunyai masalah rambut yang kering setiap kali lepas shampoo rambut.. Walaupun dah guna conditioner tapi tetap sama.. Rambut bila dah kering faham-faham je lah kan.. Nak sikat pun susah, mengerbang semacam, belai rambut pun tak best.. Nak tukar jenama shampoo malas.. Sebab shampoo yang pakai sekarang nie dah ok.. Kelemumur dah hilang.. Cuma ada masalah rambut jadi kering..

Jadi kakak saya pun perkenalkan hair serum nie.. Dia cakap busuk sikit.. Tapi lepas saya cuba ok jer.. Takda pun bau busuk.. Macam wangi jer rambut bila pakai.. Hehe…

Sebelum ni kalau pakai hair treatment jenama lain lepas balik kerja buka tudung terasa kulit kepala berminyak dan gatal..  Tapi dengan Olive Hair Serum nie rambut lebih lembut, licin dan yang penting tiada kelemumur.. Best sangat..!!

Selalunya saya akan pakai lepas rambut dah kering atau pun sebelum tidur setiap hari.. Bila bangun esok pagi, takda lah serabai sangat.. Lembut dan mudah diurus gitew…. Ekekeke… Alhamdulillah sejak guna produk nie rambut pun dah kurang gugur, akar rambut bertambah kuat, rambut nampak berkilat dan sihat.. Almaklumlah minyak zaitun, vitamin E dan minyak bunga matahari memang bagus untuk penjagaan rambut..

tips penjagaan rambut

Kalau ada sesiapa yang ada masalah rambut kering macam saya nie boleh lah cuba.. Tak ingat harganya berapa.. Rasanya bawah RM 20… Kalau Watson tengah buat sales mesti lagi jimat.. Selamat mencuba…!!

p/s: review produk sebab rasa best dan nak berkongsi dengan orang lain.. :)

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

2 comments to Olive Oil Serum Untuk Rambut Lembut, Berkilat dan Sihat

  • Strider  says:

    thanks 4 sharing…fames gak produk nie sekarang…

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      oh ye ker… tak tau plak tgh femes … 🙂

Isikan Komen Anda Disini