Pameran Kesihatan Jantung Terbesar di Malaysia

Salam pembaca,

Bila last korang buat medical check up? Saya last buat masa nak masuk keje 3 tahun lepas. Itu pun sebab company requirement. Hahaha…. Kebetulan  suami bagi tau ada event dekat Mid Valley mengenai kesihatan jantung. FREE entrance dan FREE medical check up. Memandang kita orang takda agenda apa-apa pada hari tersebut, jadi boleh lah pergi join aktiviti sebegini. Lagi pun FREE kan.. Ekekeke… Tapi saya tau mesti ada banyak maklumat yang boleh saya dapat mengenai kesihatan jantung. Dapat juga tambah ilmu tentang kesihatan ni dan kongsikan dengan customer dan bakal customer saya. Al-maklumlah menjadi seorang SID (Shaklee Independent Distributor) harus kene mantap dengan ilmu supaya dapat beri konsultasi yang tip top. 🙂

Sebenarnya ada banyak  benda yang saya nak share dengan follower. Terutama kesedaran mengenai betapa pentingnya gaya hidup kita hari ini memberi kesan ke atas jantung. Insya-Allah entri akan datang saya akan kongsikan sedikit demi sedikit maklumat yang saya dapat  untuk manfaat kita bersama. Untuk entri kali nie saya kongsi pasal aktiviti pada hari tersebut.

The Heart Exhibition – Mid Valley

Pameran ini diadakan di Mid Valley Exhibition Center selama dua hari iaitu 28 – 29 September 2013 bermula jam 10.30 pagi hingga jam 7 petang. Ianya adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak penganjur iaitu Institut Jantung Negara dan Yayasan Jantung Negara. Pameran kesihatan jatung yang terbesar di Malaysia ini diadakan sempena Hari Jantung Sedunia yang disambut setiap tahun pada 26 September. Haa… jantung pun ada hari yang special jugak tau. Sebab itu  kita selalu dingatkan dengan kempen  ‘SAYANGI JANTUNG ANDA‘.

keahlian shaklee

Nampak tak special appearance? Ada Kak Adibah Noor… Hehe

keahlian shaklee

Ruang legar pameran

keahlian shaklee

Suami beratur untuk dapatkan goody bag.. 😀

Pada hari tersebut ada macam-macam aktiviti yang disediakan.Antaranya pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah, permainan, pameran kesihatan dan macam-macam lagi. Tapi yang paling saya suka ialah pemeriksaan kesihatan iaitu periksa tekanan darah, tahap kolestrol, bacaan gula dan B.M.I. Nak jugak tau selama nie selalu jaga makan dan minum betul ker kesihatan memang terjaga. Walaupun result nie bukan 99%, tapi menurut nurse yang bertugas 80-90% boleh dipercayai. Kalau nak tau keputusan yang paling tepat ialah dengan mengambil ujian darah. Ada masa nanti nak buat juga lah ujian darah. Hehe….Oh yea, pemeriksaan kesihatan nie dilakukan oleh jururawat dari Institut Jantung Negara. Peramah dan cantik-cantik. 🙂

keahlian shaklee

Kaunter periksa tekanan darah.

keahlian shaklee

Sambil periksa sambil berborak. Nurse peramah.. 🙂

the-heart-exhibition-shaklee-vitamin4kesihatan-06

Nampak itu nurse pegang apa? Itu lah alat untuk periksa tahap kolestrol .

keahlian shakleeYang nie plak, periksa bacaan gula.

keahlian shaklee

Peace..!!

keahlian shaklee

Ukur tinggi dan berat dapat lah tau B.M.I.

keahlian shaklee

keahlian shaklee
Tadaaaa…..!! Inilah keputusan nya..

Nampak tak hasil ujian semua tu.? Tekanan darah, paras kolestrol, bacaan gula, B.M.I semua nya ok. Pagi tu sanggup tak sarapan semata-mata nak buat semua pemeriksaan ni tau. Haha.. Alhamdulillah kolestrol di tahap yang baik, bacaan gula pun rendah. Dan tak sangka juga berat badan maintain 45kg. Masa bulan puasa hari tu berat turun dari 49kg – 45kg. Nampaknya walaupun dah 2 bulan berlalu, berjaya maintain berat badan walaupun suka makan. Ekekeke… Makan produk Shaklee lah katakan.. Itu yg berjaya maintain.. 🙂

Pada hari tersebut sempat juga buat pemeriksaan Body Composition Analysis. Hasil dari pemeriksaan tersebut dapat lah kita tau kandungan protein, lemak, otot, kalsium dan air dalam badan sama ada terlebih atau pun terkurang. Begitu juga dengan keperluan dan kalori dan kadar metabolisme badan. Bagi yang nak turunkan berat badan atau nak naik kan berat badan analisis macam nie memang sangat-sangat membantu. Hasil fitness score ialah 69. Kategori Normal ataupun dapat B. Yang paling ideal ialah  70 keatas.

Dah penat beratur buat check up, pusing-pusing tengok pameran, main game, tengok persembahan dari Adibah Noor akhirnya perut pun berkeroncong sebab lapar. Dari pukul 10.30 pagi sampai pukul 2.00 petang baru balik. Lama kan.. Hahah….

Kesimpulannya aktiviti sebegini patut mendapat lebih sambutan dari orang ramai. Agak sedih juga sebab tak berapa ramai orang yang datang. Tapi mungkin juga sebab saya datang pada hari pertama dan awal pagi, mungkin petang baru ramai orang kot. Hehe…  Papehal pun mari kita sama-sama tingkat kan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia betapa penting nya menjaga kesihatan. Your health Your wealth…!! 🙂

p/s: Jom baca entri pasal aktiviti ini dalam blog suami saya iaitu Eshamz Halim Photography

keahlian shaklee

Macam gaya seorang student medic plak.. Hehe….

keahlian shaklee

Main Xbox game bowling.. Pelik plak rasanya, tapi syok… hehe…

harga ahli shaklee

Ada dua pusat pemeriksaan kesihatan. Dekat sini pun check jugak..

keahlian shaklee

Jom eksesais kengkawan…

keahlian shaklee

Persembahan istimewa dari kak Adibah Noor. Suara dia masa live memang power…

keahlian shaklee

Balik dulu… Jumpe lagi taun depan…  🙂

 

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

4 comments to Pameran Kesihatan Jantung Terbesar di Malaysia

Isikan Komen Anda Disini