Slide # 1
 

Panduan Beli Barang Shaklee Secara Online Dengan E-Sell

Salam pembaca,

Alhamdulillah. Dengan adanya sistem pembelian secara online dari Shaklee iaitu E-Sell lebih memudahkan pengguna. Kalau sebelum ni bila ada pelanggan yang ingin membayar menggunakan kad kredit, saya ada menyediakan kemudahan Paypal. Tetapi sekarang tak perlu lagi gunakan perkhidmatan Paypal. Hanya gunakan sistem E-Sell pelanggan boleh buat pembayaran menggunakan kad debit atau kad debit. Jimat! Tak perlu bayar servis charge Paypal. 😀

Tapi saya tahu ada yang masih lagi ragu-ragu atau pun tidak tahu bagaimana untuk menggunakan sistem E-Sell. Jangan risau, saya kongsikan di sini panduan untuk beli barang Shaklee secara online.

Apa yang anda perlukan ialah:-

1. Komputer / Laptop
2.Talian internet yang stabil dan laju
3. Kad debit / kad kredit.
* Untuk kad debit pastikan kad tersebut telah diaktifkan terlebih dahulu dengan pihak bank untuk pembelian barang secara online dan perlu tahu jumlah limit untuk setiap transaksi.

3 perkara di atas adalah WAJIB ada. Kalau tak bukan lah namanya pembelian online. Hehehe.. Seterusnya boleh ikut langkah-langkah seperti di bawah.

Selalunya blog pengedar Shaklee akan letak ikon-ikon comel seperti di bawah ni. Anda cuma perlu klik pada ikon tersebut.

order-barang-shaklee-online

1. Lepas dah klik ikon comel tu, anda akan lihat paparan skrin seperti di bawah. Klik Agree, kemudian klik Next.

cara-pembelian-shaklee-secara-online-esell-1

2. Anda akan dapat lihat senarai produk Shaklee yang ditawarkan. Sekiranya berminat untuk membeli semua barang pastikan semua kotak ditandakan, jika tidak hanya tandakan barang yang ingin dibeli sahaja. Begitu juga dengan kuantiti. Sekiranya hendak membuat pembelian lebih daripada satu barang, sila tukarkan bilangan kuantiti. Bila dah berpuas hati dengan jumlah barang yang ingin dipesan, klik Checkout.

cara-pembelian-shaklee-secara-online-esell-2

3. Kemudian anda perlu isikan maklumat untuk proses penghantaran. Sila isikan dengan lengkap dan betul untuk elakkan sebarang masalah. Pihak Shaklee menggunakan perkhidmatan kurier GDex dan City Link.

cara-pembelian-shaklee-secara-online-esell-3

4. Sila periksa sekali lagi segala maklumat pesanan dan maklumat penghantaran. Kos penghantaran cuma RM10 sahaja untuk Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak adalah RM20.

cara-pembelian-shaklee-secara-online-esell-4

5. Kemudian masukkan pula maklumat kad kredit/kad debit untuk meneruskan proses pembelian.

cara-pembelian-shaklee-secara-online-esell-5

6. Akhir sekali anda akan terima satu salinan pesanan yang akan dihantar terus ke dalam email. Proses penghantaran mengambil masa 1-3 hari mengikut kawasan. Harap sabar menunggu. 🙂

cara-pembelian-shaklee-secara-online-esell-6

Amacam? Senang jer kan nak gunakan sistem pembelian online E-Sell Shaklee ni kan? Nak beli barang bila-bila masa pun boleh.

Jangan lupa hubungi pengedar Shaklee selepas terima barang. Setiap pengedar perlu bagi panduan cara makan dan konsultasi yang tip top. Kalau pengedar tak bagi panduan jangan beli dengan dia dah! Hahah.. Eh, betul lah.. Setiap pengedar patut bertanggungjawab sebenarnya. Nanti kalau pelanggan salah makan, ada masalah healing crisis, lepas tu makan pula ikut suka hati dah rasa produk Shaklee ni tak berkesan, testimonial menipu dan sebagainya. Sedikit peringatan untuk pengedar lain, jangan kejar untung sahaja tau. 🙂

Berminat untuk dapatkan produk Shaklee tapi tak pasti produk mana yang bersesuaian? Boleh hubungi saya untuk HOT CHAT produk hot Shaklee.

4 comments to Panduan Beli Barang Shaklee Secara Online Dengan E-Sell

  • Raudzah  says:

    Ohsem.memang memudahkan cheq eeem…

    • Cheq Eem  says:

      memang ohseemmm..! hehe…

  • sensasi2020  says:

    Semakin mudah nak beli produk Shaklee sekarang ini hanya melalui online spt bayaran secara e-sell.

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah… memang senang pun..

Isikan Komen Anda Disini