Panduan Mendaftar Blog Anda Untuk Maybank2u Pay

Salam kepada pembaca,

Entri ini sekadar untuk berkongsi dengan rakan-rakan Shaklee ataupun dengan pemilik-pemilik blog yang bertemakan blog bisnes. Saya juga sering mendapat pertanyaan tentang cara untuk mendaftarkan blog di Maybank untuk mendapatkan kemudahan Maybank2u Pay di blog mereka. Banyak juga blog-blog bisnes sekarang menggunakan perkhidmatan Maybank2u Pay kerana ini akan memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran kepada mereka.

Syarat yang pertama dan yang paling penting adalah anda perlu mempunyai akaun Internet Banking Maybank2u dengan pihak Maybank kerana perkhidmatan ini adalah khas untuk pelanggan Maybank2u.

Jom baca cara-cara untuk mendapatkan perkhidmatan Maybank2u Pay:

Langkah 1: Pendaftaran di Maybank2u

Login ke akaun Maybank2u anda dan klik pada link Maybank2u Pay di laman utama Maybank2u anda. Sila lihat gambar-gambar screenshot dibawah.

vitamin4kesihatan-maybank2upay-01Step 1: Klik pada link Maybank2u Pay untuk ke screen seterusnya

vitamin4kesihatan-maybank2upay-02Step 2: Di screen ini anda perlu klik pada link ” Apply for Maybank2u Pay” untuk mendaftarkan Blog anda.

vitamin4kesihatan-maybank2upay-03Step 3: Anda perlu tick untuk bersetuju dengan Syarat Maybank2u Pay (Digalakkan baca dahulu term anda condition Maybank2u Pay) dan klik pada button Continue.

vitamin4kesihatan-maybank2upay-04Step 4 : Screen ini akan dipaparkan, disini anda perlu mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pihak Maybank. Blogshop Name tidak boleh mengandungi nombor cuma huruf sahaja, pihak Maybank akan reject jika ada nombor di Blogshop Name anda atau anda boleh masukkan nama anda sahaja (Ada juga yang buat camni). Selepas selesai isi maklumat klik pada button Continue.

vitamin4kesihatan-maybank2upay-05Step 5: Anda perlu mohon TAC Number untuk meneruskan pendaftaran. Masukkan TAC anda dan klik pada button “Confirm”. Selesailah sudah pendaftaran Maybank2u Pay anda. Mudah bukan? dan selepas pendaftaran ini anda perlu tunggu panggilan telefon daripada Maybank untuk pengesahan pendaftaran anda dalam masa 24 jam. Anda perlu tunggu pihak Maybank meluluskan pendaftaran anda sebelum ke Langkah seterusnya.

Langkah 2: Masukkan “Source Code” dan “Logo Maybank2u Pay” di Blog anda

Selepas pihak Maybank telah meluluskan permohonan anda, pihak Maybank akan menghantar message ke akaun Maybank2u anda. Anda perlu login ke akaun Maybank2u untuk melihat message tersebut. Message ini mengandungi source code dan logo Maybank2u Pay untuk dimasukkan ke Blog anda bagi membolehkan anda menggunakan perkhidmatan ini. Sila lihat gambar dibawah:

vitamin4kesihatan-maybank2upay-06Klik untuk membuka Inbox anda

vitamin4kesihatan-maybank2upay-07Klik pada message tersebut dan message daripada Maybank2u akan dipaparkan seperti screen dibawah yang menunjukkan logo yang anda perlu download dan juga source code yang perlu dimasukkan ke Blog anda.

vitamin4kesihatan-maybank2upay-08

Anda perlu download logo terlebih dahulu untuk diuploadkan ke blog anda. Source Code tersebut anda perlu masukkan ke blog anda. Saya nasihatkan supaya source code tersebut dimasukkan ke sidebar blog anda supaya logo Maybank2u Pay akan sentiasa Statik di blog anda. Source Code di dalam gambar diatas diblurkan untuk tujuan keselamatan blog kami. Setiap Blog akan mempunyai Source Code yang berbeza mengikut akaun Maybank pemiliknya.

Anda perlu uploadkan logo Maybank2u Pay ke blog anda melalui file transfer ke hosting anda atau cara-cara yang digunakan untuk blog anda seperti blogspot, wordpress atau pun blog engine yang lain. Cara ini berbeza setiap blog yang anda gunakan dan saya tidak boleh menerangkan dengan lebih lanjut disini. Anda sepatutnya tahu mengenai blog anda. Apabila gambar logo tersebut telah diupload, anda perlu dapatkan url address bagi image atau gambar logo tersebut contohnya : http://www.alamat_blog_anda.com/images/Maybank2uPay_logo.png (nama logo tersebut, jgn tukar nama logo yang diberi oleh Maybank). Url link image ini mungkin akan berbeza bagi setiap blog.

Jikalau anda guna WordPress, Blogspot, Blogger atau blog engine yang lain, saya pasti semuanya ada widget untuk Sidebar ataupun Footer di mana anda boleh masukkan maklumat-maklumat untuk dipaparkan di Sidebar anda. Saya nasihatkan supaya Source Code tadi dimasukkan di Sidebar anda supaya ia akan menjadi statik di blog anda kerana main content anda akan sentiasa berubah tetapi sidebar akan statik. Anda boleh menggunakan widget seperti text ataupun plugin yang sesuai di blog anda. Anda perlu copy and paste Source Code tadi ke widget text di sidebar anda dan anda hanya perlu tukarkan link dibawah ke url logo Maybank2u anda tadi. Pastikan jangan buang src=” dan “>, anda cuma perlu tukarkan perkataan Insert Your Image Source URL Here kepada url address logo Maybank2u Pay anda sahaja. Sila lihat gambar dibawah:

vitamin4kesihatan-maybank2upay-09

Jikalau cara anda betul dan url link logo Maybank2u anda betul, anda pasti boleh melihat logo Maybank2u Pay di sidebar anda. Sekiranya proses anda berjaya, apabila anda klik pada logo tersebut, skrin Maybank2u akan dipaparkan seperti di Entri Panduan Pembayaran Maybank2u Pay saya. Saya nasihatkan supaya anda cuba membuat pembayaran ke akaun anda sendiri untuk memastikan duit tersebut masuk ke akaun anda dan bukan ke akaun orang lain.

Saya harap anda jelas dan faham serba sedikit tentang proses ini, sekiranya anda mempunyai soalan atau masih kurang jelas, bolehlah hubungi saya melalui email [email protected] . Saya dan isteri saya a.k.a Cheq Eem sudi membantu, apalah gunanya ilmu itu jika tidak dikongsi. betul tak?…

Admin www.vitamin4kesihatan.com

Find eshamz halim on Google+!

Cheq eem & Norhisham
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

4 comments to Panduan Mendaftar Blog Anda Untuk Maybank2u Pay

  • hafizmd  says:

    As salam
    Terima kasih cheq eem! Mmg lengkap tutorial ni..senang nak refer nanti bila tiba waktunya…

    • Cheq Eem  says:

      salam hafiz… sama2.. sambil kita sharing tips kesihatan, sharing jugak info lain..

  • Eshamz Halim  says:

    Kalau saper2 ada soalan pasal register maybank2u pay ni…leh ler tanya kat sini, saya akan cuba jawab….ekekeke..boleh la share ngan kawan-kawan ….

  • vitaminutrisikeluarga  says:

    terima kasih cheq emm… sangag menarik blog dan info2 yg sgt best…

Isikan Komen Anda Disini