Slide # 1
 

Pengalaman Diserang Gastrik Bulan Puasa Dan Tips Yang Saya Amalkan

Salam pembaca,

pengalaman-dan-rawatan-sakit-gastrik-1

Pada ramadhan tahun ini, saya diuji bila diserang gastrik yang sangat teruk. Kejadian berlaku pada minggu pertama berpuasa. 2,3 hari sebelum diserang sakit gastrik saya memang dah terasa pedih pada ulu hati setiap kali selepas waktu berbuka. Kadang-kadang waktu sahur pun terasa juga. Saya ingatkan gastrik yang biasa-biasa sahaja. Saya cuma makan Peppermint Ginger Plus selepas makan. Kebiasaanya selepas makan Peppermint Ginger Plus rasa sakit akan terus hilang.

Tapi pagi tu bila sampai sahaja di ofis, masih terasa lagi angin kembung perut. Tekak pun rasa loya. Saya tak tahan terus muntah. Saya bila dah muntah memang tahu bukan sekali. Mesti akan berkali-kali. Terus saya pergi ke klinik panel untuk dapatkan rawatan dan cuti sakit. Sementara tunggu doktor panggil sekali sekala sakit pada bahagian perut makin teruk. Terasa seperti dicucuk jer. Pedih yang teramat sangat.

Alhamdulillah.. Selamat sampai dirumah walaupun dalam keadaan sakit. Saya terus berbuka puasa minum air milo dan makan roti wholemeal. Lepas makan ubat saya pun rehat dan tidur. Saya ingatkan selepas makan ubat rasa sakit itu akan hilang. Rupanya tidak. Baru jer rehat dalam 1 jam masih terasa lagi angin dalam perut. Saya muntah sekali lagi. Bermula dari saat itu, apa sahaja makanan dan minuman yang saya ambil mesti akan keluar balik. Perut saya langsung tidak boleh menerima apa sahaja makanan. Walaupun saya cuma makan kismis dan minum air, tetap akan keluar semula.

Apabila suami sampai di rumah, dia terus bawa saya ke klinik panel untuk kali ke dua. Kali ni doktor bagi ubat cucuk melalui bontot untuk merendahkan paras asid di dalam perut. Semasa rawatan doktor ada bagi tau dalam tempoh 4-5 jam sepatutnya perut saya akan ok dan selera makan sudah ada. Disamping tu saya kena jaga makan. Malam tu saya cuma makan bubur sahaja. Alhamdulillah.. Takda lah muntah selepas makan bubur. Rasa senak angin dalam perut pun berkurangan selepas makan ubat.

Tapi selepas beberapa jam kemudian perut mula terasa sakit dan pedih. Kembali seperti asal. Habis segala isi makanan keluar semula. Malam tu sahaja dah 2-3 kali muntah. Aduhh…. rasa lemah betul badan. Kali ni badan betul-betul dehydrated. Mana taknya.. Daripada siang sampai ke malam saya asyik muntah.

Keesokan paginya husband bawa saya pergi semula ke klinik yang sama. Kali ni doktor bagi surat untuk rujuk ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut. Terus kami ke Hospital KPJ Selangor. Sampai sana doktor bagi tau dia akan buat ujian ultrasound di bahagian perut dan ujian darah. Kalau perlu mungkin akan buat endoscopic dalam perut untuk lihat sekiranya jika ada ulser dalam perut.

Selesai urusan pendaftaran dan masuk wad saya dibawa ke bilik radiology untuk lakukan ultrasound. Tujuan ultrasound ni dilakukan ialah untuk periksa bahagian hempedu. Salah satu punca sakit perut yang teruk apabila hempedu pecah.

Kemudian saya kembali semula ke wad. Kali ni nurse datang ambil darah untuk diuji. Orang kecik macam saya ni memang susah untuk cari urat untuk ambil darah. Jenuh juga nurse tu cari urat pada tangan saya sampai terpaksa panggil senior nurse. Sudahnya bengkak urat tangan saya ni bila mereka cucuk ambil darah. Nasib baik bila doktor cucuk jarum untuk masukkan air dan ubat tak berapa sakit sangat. Saya rasa sakit bila ubat dimasukkan melalui jarum tersebut. Terasa kebas tangan.

pengalaman-dan-rawatan-sakit-gastrik-dengan-shaklee-2Susah sangat carik urat untuk ambil darah.

Petang tu doktor datang melawat saya bersama dengan keputusan ujian. Alhamdulillah.. dia bagi tau hasil pemeriksaan ultrasound perut saya takda masalah dan keadaan hempedu ok. Begitu juga dengan hasil ujian darah. Semuanya ok. Cuma ada sedikit blood infection. Doktor ada bagi tau lagi kalau nak buat pemeriksaan yang lebih tepat dibahagian perut kena buat endoscopic.

Saya tanya doktor apa benda endoscopic tu? Dia cakap minor operation. Nanti dia masukkan camera kecik ke dalam perut melalui dari mulut. Dari situ doktor boleh periksa sama ada saya ada masalah ulser perut atau pun tidak. Huhh.. macam mengerikan pulak. Doktor cakap endoscopic tu optional. Nak buat atau tidak terpulang. Kalau nak buat esok pagi dia akan lakukannya. Hmmm….

pengalaman-dan-rawatan-sakit-gastrik-dengan-shaklee-1Masuk ubat ikut jarum sakit wooo…. Tapi cepatlah baiknya. 

Keesokan harinya doktor datang melawat waktu pagi. Saya bagi tau saya tak nak buat endoscopic. Doktor cakap ok. Keadaan saya pun dah beransur sihat dan saya dah boleh discharge. Yeaahhhh…

Bila difikirkan balik punca yang menyebabkan saya sakit perut saya pun tak pasti. Masa awal puasa saya tak pernah beli makanan untuk berbuka di luar. Setiap hari saya akan masak. Masak pun takda lah lauk yang pedas-pedas sangat. Waktu sahur pula saya makan macam biasa. Sama ada makan nasi atau pun cereal koko krunch dan minum susu ESP Shaklee.

Kalau benda nak jadi, jadi jugak lah kan. Saya anggap itu adalah sebahagian daripada ujian yang diturunkan oleh-Nya. Sekurang-kurangya saya dapat rasakan bagaimana pesakit gastrik yang tegar menghadapi cabaran ketika berpuasa. Memang teruk rupanya menahan sakit perut sampai berguling-guling.

Dalam 2 minggu saya berpantang bab makan dan minum. Alhamdulillah.. Saya boleh berpuasa seperti biasa. Sekali sekala terasa juga pedih perut tapi sakit sikit jer. Saya kongsikan beberapa tips cegah gastrik yang saya amalkan selama 2 minggu ini:-

1. Elakkan makanan yang bergoreng dan banyak minyak semasa bersahur dan berbuka
2. Elakkan makanan yang pedas semasa bersahur dan berbuka
3. Elakkan makan daging atau ayam
4. Lebihkan makan ikan
5. Elakkan minum ais terutama ketika berbuka
6. Elakkan makanan yang masam, mengandungi cuka serta berlemak
7. Lebihkan minum air suam terutama semasa sahur dan berbuka
8. Jangan minum minuman yang bergas
9. Jangan makan buah yang mengandungi asid seperti buah oren, lemon, mangga dan sebagainya
10. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh selepas berbuka
11. Minum Yakult atau Vitagen supaya bakteri baik dapat bantu penghadaman
12. Elakkan makan terlalu kenyang semasa berbuka
13. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap selepas berbuka
14. Kunyah makanan lebih lama untuk mengurangkan beban proses penghadaman
15. Minum susu soya sebelum tidur

pengalaman-dan-rawatan-sakit-gastrik-dengan-shaklee-3Kali pertama kita orang buka puasa di hospital. Terima kasih untuk suami sebab sentiasa ada bersama waktu sihat dan sakit.

 

3 comments to Pengalaman Diserang Gastrik Bulan Puasa Dan Tips Yang Saya Amalkan

  • Fatin  says:

    Masa bulan puasa ni kena jaga kesihatan lebih sikit kan

  • musadun  says:

    terima kasih atas tips..saya pun kadang-kadang gastrik juga bila berpuasa.

  • Afif Rayyan  says:

    Perkongsian yang menarikkk

Isikan Komen Anda Disini