Slide # 1
 

Diving Log: Pengalaman Mengambil PADI Open Water Diver Course

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Dah berjaya mendapatkan lesen menyelam dengan PADI di Pulau Tioman akhir bulan lepas. Seramai 12 orang yang menyertai trip ke sana, 8 orang perempuan dan 4 orang lelaki termasuk 2 orang instructor. Sesi kali ni GIRL POWER sebab ramai perempuan. Hehe.. Cuma 6 orang sahaja termasuk kami berdua yang baru nak ambil lesen Open Water Diver Course, 1 orang ambil Advanced Open Water Diver Course, 3 orang buat Fun Dive dan lagi 2 orang ialah instructor.

Kami sampai jam 4.30 pagi di stesen bas Mersing, Johor. Dari stesen bas ke jeti feri, kami jalan kaki sahaja. Feri bertolak jam 6.30 pagi dan sampai di jeti Kg. Salang, Pulau Tioman jam 8.30 pagi. Sampai sahaja di sana, terus check-in bilik dan sarapan pagi. Kemudian instructor bagi sedikit penerangan apa aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut. Jadi pukul 10.00 pagi dah kena bersedia untuk buat sesi menyelam yang pertama. Tak sempat rehat ok. Penat sebab tak cukup tidur tak hilang lagi. Tapi demi kesungguhan nak ambil lesen, kami gagahkan jugak. 😀

Dalam pukul 12.30 tengah hari, selesai sesi yang pertama dengan kedalaman sehingga 10m. Kemudian kami rehat sekejap dan makan tengah hari. Jam 3.00 petang kami berkumpul sekali lagi untuk sesi yang ke dua pula. Lokasi dan cara masih sama lagi iaitu masuk melalui tepi pantai. Kali ni kedalaman cuma 9m sahaja. Lepas selesai sesi ke dua, saya nak berjalan kaki balik ke dive center dah tak larat. Penat dan letih yang teramat sangat. Hanya mampu bawa tangki gas separuh jalan jer, kemudian instructor kesian tengok agaknya. Jadi tolong angkat kan. Huhu.. Penat wehh…

Pada waktu malam, kami diberikan buku log dan penerangan bagaimana untuk mengisi buku tersebut. Ala-ala diari seorang penyelam gitu. Setiap kali menyelam, segala aktiviti yang telah dilakukan perlu direkodkan. Jadi buku ni tak boleh hilang dan perlu dibawa jika ingin menyelam.  Malam tu takda feeling nak lepak tepi pantai lama-lama. Lepas habis jer tulis buku, masuk bilik terus tidur. Sedar-sedar dah pagi. Hahaha…

scuba-diving-divers-log

Keesokannya, kami teruskan lagi untuk sesi yang ke tiga. Kali ni lebih bersemangat dan badan pun rasa segar berbanding semalam. Almaklumlah, malam tu sebelum tidur amik Ostematrix Shaklee. Jadi seperti biasa kami semua berkumpul jam 10.00 pagi, pasang dan periksa semua peralatan. Kemudian kami jalan kaki dari dive center ke jeti sambil bawa tangki gas oksigen. Nak patah pinggang rasanya berjalan hampir 1km. Kali ni takda siapa yang tolong, kena berdikari bawa sendiri. Untuk sesi ke tiga ni seronok sikit sebab buat skill Giant Stride Entry dari jeti. Macam mana tu? Tengok gambar di bawah.

giant stride entry scuba divingIni bukan kami. Tapi sumber gambar dari google. Hehe..

Pukul 12.00 tengah hari tamat sesi yang ke tiga dengan kedalaman menyelam sehingga 16m. Masa ni boleh tahan juga nak kawal pressure telinga dan jangan turun dengan laju. Kalau tak boleh sakit telinga woo.. Alhamdulillah, nasib baik bila dah berada di atas darat telinga ok.

Tapi untuk sesi ke tiga ni saya ada masalah gagal kawal buoyancy. Bila dah berada di bawah tu tiba-tiba badan saya naik ke atas. Saya struggle untuk cuba buang angin dalam BCD dan hembus nafas sekuatnya, tapi tak berjaya. Tiba-tiba saya rasa ada orang tarik kaki saya ke bawah. Siapa lagi kalau bukan instructor. Memang panik seketika masa tu, tapi dia berjaya kawal dan tenangkan saya. Fuhh, risau sebenarnya bila tiba-tiba naik ke atas. Nak tau kenapa? Apabila kita naik secara tiba-tiba paru-paru akan mengembang dan penuh dengan udara dan ianya boleh menyebabkan paru-paru pecah.

Dan untuk sesi yang terakhir sekali iaitu yang ke empat, kami pergi ke sebuah pulau kecil yang berhampiran untuk melakukan boat dive. Nama pun boat dive, jadi kami perlu pasang semua peralatan dalam boat. Dah lah boat kecik, terkial-kial juga nak memasangnya dengan keadaan bot yang bergoyang-goyang akibat ombak. Masa pasang peralatan saya perasan tangki gas yang saya dapat ada masalah gas bocor. Jadi saya pun bagi tau lah dekat instructor masalah tersebut dan memang betul. Dia gantikan dengan tangki lain. Sebab tu sebelum menyelam wajib buat safety check.

Satu lagi masalah yang saya alami untuk sesi yang ke empat ialah bila arus kuat dan saya hanyut di bawa arus. Bayangkan saya sorang je di tengah laut sedangkan kawan-kawan lain dah berada di kawasan lain. Dengan kudrat yang ada, saya berenang juga ke arah mereka dan melawan arus. Rasa macam dah berenang lama dan patut dah dekat dengan mereka, bila tengok jauh lagi. Ya ampun.. Dugaannya. Boleh dengar mereka terjerit-jerit dan mintak saya berenang ke arah mereka. Saya fokus dan tendang kaki sekuat mungkin sambil menghayati keindahan dasar laut. Dan saya berjaya bila lihat dah semakin hampir berada dengan mereka. Kemudian saya nampak instructor datang menuju ke arah saya dan tarik saya. Fuhh selamat juga akhirnya. Ini memang satu pengalaman yang tak boleh saya lupakan sampai bila-bila.

Akhirnya lengkap sudah 4 selaman yang berjaya kami lakukan. Setiap sesi kami perlu tunjukkan skill yang telah dipelajari sebelum ini. Untuk sesi yang pertama kami perlu buat regulator exchange, diver cramp removable dan tired diver tow. Sesi yang ke dua pula remove and replace scuba unit at surface level, surface compas swim, underwater compass reciprocle swim dan oral BCD inflate. Manakala sesi yang ke tiga pula ialah CESA (Control Emergency Swimming Ascent). Dan akhir sekali untuk sesi yang ke empat ialah  safety stop dan hovering.

Bagi meraikan kami selesai melakukan 4 selaman, maka makan besar malam tu. Hahaha.. Kalau dah pergi pulau kalau tak makan bbq seafod tak sah lah kan. Jadi kami pesan sotong bakar, pari bakar, ayam bbq, sayur campur dan telur dadar. Air pula jus dragon fruit dan jus mangga. Masakannya memang sedap dan air pula memang fresh habis. Terserlah muka semua orang puas hati dapat makan sedap dan kenyang. Malam tu kami borak-borak lagi macam dah kenal lama. Padahal masing-masing baru kenal. Hehehe.. Seronok dengar instructor dan mereka yang memang dah ada lesen bercerita pasal pengalaman masing-masing. Ada sorang tu baru je balik dari menyelam di Pulau Maldives. Dia tunjukkan video dan gambar semasa mereka di sana. Terpegun tengok mereka berenang bersama-sama dengan whale shark, stingray dan macam-macam lagi jenis ikan. Banyak pulak tu. Orang cakap Pulau Maldives adalah syurga bagi divers. Terus rasa nak kumpul RM10k untuk menyelam kat sana. Eh.. :p

Malam tu sesi penyerahan sijil dan lesen sementara yang valid untuk 3 bulan sahaja. Ala-ala majlis konvokesyen pula sebab tamat belajar dan dapat lesen. Terima kasih pada K.E yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan jaga kami sepanjang 3 hari 2 malam di sana. Dia memang seorang instructor yang sangat cool dan best..! Lepas balik dari trip tu, ada juga dia sms tanya khabar dan ajak datang minum kalau ada masa free. Memang dia seorang yang caring dan sentiasa keep in touch dengan studentnya. Next time kalau nak ambil lesen Advanced Open Water boleh lah dengan dia juga. 🙂

Gambar dalam laut menggunakan kamera sendiri takda pun. Tak berani nak bawa kamera walaupun ada kamera GoPro. Lagi pun instructor dah pesan awal-awal jangan bawa. Biar fokus untuk dapatkan lesen. Tapi ada juga lah gambar kami dari kamera orang lain. Cuma belum dapat lagi. Nasib baik ada member yang sudi ambil kan gambar. Agaknya mereka pun tahu kot kalau first time ambil lesen memang tak boleh bawa kamera. Ekekeke…

Siapa-siapa yang berminat nak ambil lesen menyelam jangan takut atau pun risau. Mesti boleh punya. Yang penting yakin dengan diri sendiri..!

Jom layan gambar sikit..

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography-03

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography-06

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography-05

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography-01

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

15 comments to Diving Log: Pengalaman Mengambil PADI Open Water Diver Course

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum korang, bestnya. adoiiii sheila ni tak berani nak berenang sebab tak reti… haha setakat snorkelling bolehlah. kagum siot tengok suami isteri amik lesen dive ni.. ehehhee

    • Eshamz Halim  says:

      Sheila, kitaorg pon bukan nyer reti berenang sgt tp boleh ler setakat kuak2 itik tuuu… scuba mcm snorkeling juga cuma kita bernafas guna tank oksigen dlm air…. org hebat swimming pon biler scuba diving tak pakai pun skill swimming…. sbb guna kaki jer untuk bergerak… ekekekeke… tp mmg satu pengalaman yang menarik sbb aku pun tak pernah terpikir tuk amik lesen scuba diving….tertiba jer rasa nak amik lesen….ekekekeke 😀 pasni ni rasa2 cam nak cuba sky diving lak…ekekekekeke….

    • Cheq Eem  says:

      w’salam… kita orang pun tak berani gak… tau berenang sikit2 jer.. bila dah buat training kat swimming pool baru ada konfiden.. hehehe….

  • Raudzah  says:

    Wah bestnya..tahniah Cheq Eem…

    • Cheq Eem  says:

      hehehe…. tq raudzah…! boleh lah pergi diving kat pulau lain pulak…. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Fuhh mmg syoklah.. menyelam di kawasan spt tu mmg trill tapi menyeronokkan. Menikmati keindahan laut. Gambar pun cantik… suka tngok gmbr sampan tu terapung atas air yg jernih.
    anyway, congratulations… have fun & all the best ye.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      memang syiok dan feel habis dapat tengok underwater world… rasa nak explore dekat sabah pulak.. tapi kena kumpul duit dulu.. ekekeke… sy pun tak sangka dapat ambil gambar sampan yg cantik tu.. main ambil jer.. tak sangka lawa betul.. hehe… tq khir…! 🙂

  • suriaamanda  says:

    cantiknya pulau tioman…..

    • Cheq Eem  says:

      haah kak… cantik betul masa saya pergi aritu….

  • kerol  says:

    Fuhh.. berapa ye harga semua tu? Agak2 tak pernah diving ni boleh terus ke amek lesen ni??

    • Cheq Eem  says:

      standby lah dalam 1k untuk kos semua tuu.. saya pun tak pernah diving gak, sbb tu gi ambik lesen..hehe.. sy cdgkan awak pergi buat discover scuba diving dulu untuk mencuba.. kalau rasa confident boleh buat, teruskan ambil lesen pulak…. best wooo….. 😀

  • shafiq  says:

    Assalamualaikum.. mmg best dpt diving nie. Boleh tgok mcm mne cantik nya alam dalam air.saya mmg minat dgn aktiviti scuba nie dari zaman sekolah, dulu belum ade duit, skrg dh kerja boleh lah pergi apply lesen.. Shafiq and the geng bercadang bulan 3 nie nak pergi ambil lesen, dan nak tanya lah sekali number fhone di atas tu number instuctor ke mcm mne..? Harap dapat maklum balas. Tq

  • khairul  says:

    Mcm nak keja menyelam balk je…nak ambik lesen dia murah x

  • Fizul  says:

    Salam.. Nak tnye padi hantar lesen gune currier ape smpai kat kite?? Nak track la.. Die kate da hantar tahun lepas tapi x dapat2.. Thanx

  • [email protected] 016398  says:

    Assalam…saya ketinggalan.sy mmg minat sgt.kos belajar still sama x rm999.puas sy cari area johor.boleh saya dapat kan maklumat.

Isikan Komen Anda Disini