Slide # 1
 

Penjagaan Kulit Lebih Cantik

Siapa yang tidak mahu untuk mendapatkan kulit yang cantik. Pasti semua orang akan berusaha untuk memiliki kulit yang bersih, licin, gebu dan yang penting BEBAS JERAWAT.
jerawat

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Antara faktor tersebut ialah:-

1. Pencemaran udara. Kualiti udara mengandungi sisa toksik yang boleh menyebabkan kulit cepat kotor dan rosak
2. Kurang pengambilan air kosong / air putih. Pengambilan air sekurang-kurangnya 3L sehari dapat menyingkirkan sisa toksik di dalam badan kita
3. Gaya pemakanan yang tidak seimbang. Pengambilan makanan yang sangat berminyak boleh menyebabkan jerawat.
4. Kandungan atau paras hormon di dalam badan yang tidak seimbang
5. Penggunaan alat pencuci muka atau pemakaian make up yang tidak sesuai dengan kulit
6. Kulit yang terlalu sensitif.

Untuk mengatasi masalah jerawat ini kita perlu kenal pasti jenis  kulit yang kita miliki, minum air putih / kosong banyak supaya dapat menyingkirkan sisa toksik di dalam badan serta pastikan pembersihan muka dilakukan 2 kali sehari bagi membuang sisa kotoran yang melekat pada muka.

Bagi merawat kulit yang bermasalah, produk Shaklee menawarkan pelbagai produk yang boleh anda makan dan amalkan. Rangkaian produk Shaklee bukan sahaja sentiasa mesra alam, berkesan malah selamat untuk digunakan. Antara nya ialah Herb-Lax, ESP, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E.

Herb-Lax: Adalah agen ‘detox’ yang  lembut dan selamat pada badan. Boleh diambil pada setiap malam atau pon pada hujung minggu.

Herb-Lax™

Herb-Lax™

ESP: Mengandungi sumber protein yang sangat tinggi sebagai komponen utama dalam pembetukan organ dan  tisu di dalam badan. Ianya dapat meremajakan kulit, membaiki pigmentasi serta membekalkan tenaga.

ESP – Soy Protein Isolate Powder

ESP – Soy Protein Isolate Powder

B-Complex: Mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, acid folic dan biotin. Kesemua komponen ini dapat memberikan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna untuk dimafaatkan sebagai penstabil hormon.

B-Complex

B-Complex

Vitamin C: Seperti yang kita sedia tahu dapat memberikan manfaat untuk kecantikan kulit. Pengambilan vitamin C dalam seharian dapat mencerahkan kulit, melambatkan penuaan serta mengurangkan pigmentasi.

Sustained Release Vita-CTM 500 mg

Sustained Release Vita-CTM 500 mg

Vitamin E: Terkenal sebagai agen anti-oksida yang kuat dan boleh membantu melambatkan proses penuaan, pengurangan garis halus, mengurangkan kesan parut dan memulihkan struktur kulit.

Vita-E Complex®

Vita-E Complex®

Jika anda ingin dapatkan kulit yang cantik, bersih, sihat dan menawan boleh lah amalkan pengambilan vitamin seperti yang dicadangkan. Bagi yang tiada masalah kulit jangan ingat anda tidak memerlukan nya. Anda masih memerlukan vitamin bagi mengekalkan keremajaan kulit supaya kelihatan muda.

Untuk mendapatkan rangkaian produk seperti yang dicadangkan boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya sedia membantu dan memberikan khidmat nasihat mengikut kesesuaian pihak anda.

Credit to: Better You Better World

Disclaimer:
* Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Isikan Komen Anda Disini