Slide # 1
 

Promosi Buffet Ramadhan Terbaik Ala Kampung di Royale Bintang Kuala Lumpur

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Tanggal 29 Jun 2014 umat Islam seluruh Malaysia akan menjalani ibadah berpuasa. Apabila tiba sahaja bulan ramadhan antara perkara yang selalu disembangkan ialah juadah untuk berbuka puasa. Ada yang suka mengunjungi bazar ramadhan kerana pelbagai pilihan makanan yang menarik. Ada juga yang suka memasak sendiri dengan menu-menu baru untuk hidangan keluarga. Dan tak lupa juga ada yang memilih untuk berbuka puasa di luar seperti di restoran atau hotel yang menyediakan hidangan buffet yang menarik. Apa sahaja pilihan kita untuk berbuka asalkan ianya menepati selera masing-masing.

Ramadhan-e-newsletter-buffet-shamphotography-bulan-puasa

Bercakap pasal hidangan buffet ni saya boleh cadangkan satu lokasi berbuka puasa yang memang menarik terutama bagi mereka yang gemar masakan ala kampung. Tempat tersebut ialah The Royale Bintang Kuala Lumpur. Sepanjang bulan ramadhan ini, Sunflower Brasserie menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa dengan lebih 100 jenis sajian yang berkonsepkan citarasa ala kampung. Antara menu yang pasti buat  anda teringat suasana di kampung ialah Masak Lemak Ikan Masin Belimbing Besi, Siput Manis Rendang Pedas, Gulai Tulang Kambing dengan Pisang Muda, Lemak Cili Padi Salai, Ikan Bakar Daun Pisang, Ayam Percik Dengan Lemang dan banyak lagi menu-menu yang menarik.

Bukan itu sahaja, manisan tradisional seperti Bubur Cha Cha, Pengat Pisang, Kuih Lapis, Pulut Panggang dan macam-macam lagi turut disediakan. Bagi penggemar sup pula antara hidangan sup yang disediakan ialah Sup Kambing Berempah, Sup Cendawan, Sup Ekor Limau Nipis, Sup Isi Ketam dan pelbagi jenis sup yang pastinya membuatkan kita puas hati bila dimakan bersama dengan roti paun.

Pencuci mulut omputih takda ker? Hehehe… Mana boleh takda. Mestilah ada disediakan walaupun buffet ramadhan konsep ala kampung. Antara hidangan pencuci mulut yang pasti buat anda berebut untuk makan ialah Cream Caramel, Mousse Cake Perisa Tiramisu dan Chocolate, Assorted Jelly in Glasses, Bread Butter Pudding dan macam-macam lagi.

Menarik kan? Jadi bagi mereka yang tinggal di bandar dan tidak dapat pulang ke kampung untuk menikmati hidangan berbuka puasa berkonsepkan ala kampung boleh lah berkunjung ke The Royale Bintang Kuala Lumpur. Saya pasti setiap hidangan juadah berbuka puasa yang disediakan membuatkan anda gembira dan berpuas hati.

Kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya sendiri telah dijemput oleh pihak The Royale Bintang bersama rakan blogger yang lain untuk mencuba hidangan  yang disediakan. Memang sedap masakan yang disediakan oleh chef Royale Bintang. Pada hari tersebut menu yang paling saya suka pastinya kambing panggang. 🙂

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography-09

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography-03

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography-10

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography-02

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography-08

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography-07

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography-06

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography-05

buffet-ramadhan-the-royale-bintang-kuala-lumpur-food-review-shamphotography-04

Pada mereka yang ingin berbuka puasa berkonsepkan buffet menu kampung, boleh lah berkunjung ke The Royale Bintang Kuala Lumpur. Promosi menarik ini bermula pada 02 July sehingga 25 July bermula dari jam 7.00 petang hingga 10.30 malam. Harga bagi orang dewasa ialah RM85++, manakala kanak-kanak yang berumur 6 – 12 tahun dan warga emas pula RM 45++

Untuk pengetahuan semua, pihak Royale Bintang menyediakan hidangan menu yang berbeza setiap hari. Boleh download dan lihat menu lengkap yang ditawarkan sepanjang promosi berlangsung.

Ramadhan-e-newsletter-buffet-shamphotography

Ruang solat turut di sediakan bagi para muslimin dan muslimah.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian 03 2143 9898 sambungan 4809.

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:

Syikhah Manaf
Marketing and Communication Manager
The Royale Bintang Kuala Lumpur
Tel : 603 – 2143 9898 ext. 3805
Fax : 603 – 2162 8644

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s: Photo kredit semestinya dari blog suami saya iaitu Eshamz Halim Photography 🙂

Follow Cheq Eem on Google+!

14 comments to Promosi Buffet Ramadhan Terbaik Ala Kampung di Royale Bintang Kuala Lumpur

  • Raudzah  says:

    Not bad…Boleh cuba ni…Salam Ramadhan Cheq EEm..

    • Cheq Eem  says:

      yup.. jangan lupa ajak kengkawan datang sini… salam ramadhan juga untuk awak…. 🙂

  • sobri yaacob  says:

    cantik gambar2 makanan tu..mesti rasanya pun sdap..
    harga pun oklah sesual dgn lokasinya
    mngkin bleh cuba satu hari nanti…
    thank sharing sis

    • Cheq Eem  says:

      harga yang ditawarkan memang berpatutan… sekali sekala berbuka dengan rakan di sini apa salahnya… hehe…

  • Khir Khalid  says:

    Wahh.. mmg menariklah.. sesuai utk bersama rakan kerja atau sekeluarga.. thanks sharing info Cheq Eem.. Salam Ramadhan.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      sekali sekala berbuka puasa di luar dengan rakan apa salahnya kan… salam ramadhan Khir… 🙂

  • aku penghibur  says:

    wow memang terbaik… boleh cuba nie

    • Cheq Eem  says:

      memang terbaek…. boleh achik pergi dengan kawan-kawan nnt.. hehe…

  • Riri  says:

    selamat tengah hari, sudah lama tidak berkunjung ke mari, bagaimana khabarnya sihat kan? selamat menunaikan ibadah puasa

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah.. sihat.. terima kasih kerana sudi datang jenguk blog saya… salam ramadhan juga buat riri…. 🙂

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum awak, haii laaa sedapnya tengok gambar2 makanan ni. Salam Ramadhan buat awak sekeluarga ye cheq Eem.. hihiii

    • Cheq Eem  says:

      walaikumsalam sheila…. sabar yea..nanti dah habis pantang boleh lah makan semua… ekekeke… Salam ramadhan juga buat awak sekeluarga.. peluk cium sikit utk baby… 😀

  • Strider  says:

    geramnya tengok gambar2 nie…tahun nie nekad nak try makan kat sini laa..tahun lepas asyik tak sempat jer…hehee

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      jangan smpi batal puasa pulak Lan tengok gambar makanan nih…. klu macam tu tahun ni kena set tarikh cepat2 untuk pergi…. hihi…

Isikan Komen Anda Disini