Promosi GLA Complex Shaklee Ogos 2014

Salam pembaca,

Selamat datang bulan Ogos 2014! Nak tau apa promosi produk Shaklee untuk bulan ini? Tengok tajuk entri pun dah boleh teka kan. Yup, GLA Complex Shaklee. Haa.. teruja tak? Orang lelaki mungkin lah tak teruja. Tapi kalau orang perempuan memang menunggu Shaklee buat promosi GLA Complex. Memang banyak sangat khasiatnya untuk orang perempuan. Kalau nak tahu apa kebaikan GLA Complex jom saya kongsikan dengan anda semua.

GLA Complex Shaklee

promosi gla complex shaklee 2014

GLA bermaksud gamma-linolenic acid sejenis asid lemak yang memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Kebanyakan suplemen yang mengandungi khasiat GLA yang berada dipasaran diekstrak dari Evening Primrose Oil (EPO). Tetapi GLA Complex Shaklee diekstrak dari minyak bunga borage yang mengandungi 2 kali ganda kandungan GLA berbanding EPO. Kandungan borage juga adalah 3 kali ganda lebih berkesan daripada EPO.

Perbezaan Shaklee ialah bunga borage yang digunakan ditanam secara organik di Saskatchewan, Kanada. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya diformulakan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanannya dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesananya terpelihara oleh Shaklee Guard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Manakala bioavailability pula dibuktikan secara klinikal dimana ianya mampu menyerap kedalam sel dan tisu.

Manfaat GLA Complex

Antara manfaat GLA Complex untuk kesihatan ialah:-

  1. Melambatkan menopaus
  2. Membantu memperbaiki kitaran haid yang tidak teratur
  3. Meningkatkan kesuburan wanita
  4. Melegakan sindrom PMS
  5. Mengawal paras kolestrol dalam darah
  6. Menguatkan sistem imunisasi badan
  7. Mengawal penyakit diabetes
  8. Mengurangkan masalah  sakit kulit seperti ekzema
  9. Mencantikan kulit, menguatkan kuku dan rambut
  10. Mengawal ADD / ADHD
  11. Merendahkan risiko penyakit jantung
  12. Melegakan sindrom penyakit sendi seperti Rhematoid Artritis

Banyak kan manfaat GLA Complex untuk kesihatan. Ramai orang perempuan dapatkan GLA Complex adalah  untuk membetulkan kitaran haid, melegakan PMS dan meningkatkan kesuburan wanita untuk hamil. Saya sendiri pun selepas ambil GLA Complex dah takda masalah period pain. Cuma hamil tu belum ada rezeki lagi. Hehehe.. Tapi ada sorang pelanggan saya selepas sebulan makan GLA berjaya hamil selepas 3 tahun berkahwin. Ada lagi satu customer saya yang ada masalah period tak teratur (setahun tak datang period) kitaran haid kembali normal selepas sebulan ambil GLA. Alhamdulillah.. 🙂

Harga sebotol RM 91.25 untuk 60 kapsul. Tempoh penggunaan 1-2 bulan. Berminat? Hubungi saya untuk HOT CHAT apa sahaja tentang GLA Complex Shaklee.

Nak beli sendiri secara online dan buat pembayaran menggunakan kad kredit? Takda masalah. Klik sahaja ikon di bawah. Selepas membuat pembelian jangan lupa hubungi saya untuk konsultasi panduan makanan vitamin. 🙂

online-shopping-shaklee-esell-gla-complex

 

2 comments to Promosi GLA Complex Shaklee Ogos 2014

  • Strider  says:

    Selamat hari Raya lagi ssekali kak..hehehe 😀 saya nie ketegori duduk rumah bujang jadi biasanya saya tak dpt nak buat rumah terbuka.. 🙁

    Regards,
    -Strider-

  • sobri yaacob  says:

    owh bayaknya kbaikan gla complex ni..
    tambah2 tgh prpmosi ogos.. bgus2..

Isikan Komen Anda Disini