Slide # 1
 

Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Kisah wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Secara fitrahnya setiap wanita ingin kelihatan cantik dan berusaha untuk menjadi wanita yang paling cantik di dalam dunia. Tetapi definasi tentang cantik adalah sangat subjektif untuk ditafsirkan. Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri dan mungkin berbeza dengan orang lain. Cantik pada pandangan kita belum tentu cantik pada pandangan orang lain. Pada pandangan saya biarlah kita menjadi orang yang paling cantik di mata insan yang kita sayang.

Ada wanita memang bertuah kerana dianugerahkan memiliki kecantikan semulajadi. Ada sesetengah wanita pula walaupun sudah sempurna tapi bagaikan tidak berpuas hati dengan apa yang ada sehingga sanggup melakukan pembedahan plastik. Jika ingin kelihatan cantik sekali pun janganlah sampai menyiksa diri.

ratu-cantik-dunia-2013Megan Young, 23 tahun berasal dari Filipina merupakan Ratu Cantik Dunia 2013

Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Bagi golongan wanita di alaf baru, kecantikan itu bagaikan satu keperluan. Terutama golongan wanita yang berkerja tidak kira sama ada dalam bidang korporat, pendidikan, perniagaan dan sebagainya. Suri rumah tangga sepenuh masa pun satu kerjaya juga untuk suaminya. Jadi jangan ingat wanita yang tidak bekerja tak perlu kelihatan cantik dan menarik. Semua wanita berhak untuk menikmati kecantikan dengan cara yang tersendiri.

5 Tips Penjagaan Kecantikan Untuk Wanita Alaf Baru

1. Minum Air Putih Secukupnya

Salah satu rahsia awet muda adalah dengan mengambil air putih sekurang-kurangnya 2L sehari. Apabila jumlah air di dalam badan mencukupi kulit akan terasa lebih lembab dan sekaligus mengurangkan masalah kekeringan kulit.

2. Jaga Diet dan Pemakanan

Cuba seimbangkan pengambilan diet harian dengan mengambil lebih banyak sayuran dan buahan berbanding makananan yang mengandungi banyak lemak. Pastikan jangan lupa mengambil sarapan pagi. Sibuk macam mana kita sekali pun dengan urusan kerja dan sebagainya, sarapan pagi adalah sangat penting untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari

3. Melakukan Senaman

Lakukan senaman 3 kali seminggu selama 10 minit boleh mencegah pelbagai penyakit. Kalau rasa susah nak melakukan senaman cuba pasang radio dan menari ikut rentak lagu. Selepas habis lagu mesti badan akan mengeluarkan peluh. Pasti badan akan terasa lebih segar selepas bersenam.

4. Supplemen untuk kesihatan dalaman

Untuk dapatkan kecantikan luaran, kecantikan dalaman harus lah diutamakan. Oleh itu pengambilan supplemen juga penting untuk menjaga kesihatan dari dalam. Apabila badan mendapat nutrien yang cukup maka kesihatan akan lebih terjaga.

5. Rawatan di pusat kecantikan

Sekali sekala apa salahnya manjakan diri dengan berkunjung ke pusat kecantikan yang digemari untuk mendapatkan penjagaan luaran dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pasti badan akan terasa lebih ringan, segar dan bertenaga.

Anjung Jelita Spa and Beauty Centre

Jika suka dengan tips yang no 5, saya boleh cadangkan pusat kecantikan dan spa yang sangat menarik untuk dikunjungi bagi wanita di luar sana. Anjung Jelita Spa and Beauty Centre menyediakan pelbagai perkhidmatan yang menarik buat pelanggan yang ingin berkujung untuk memanjakan diri. Antaranya ialah urutan badan, rawatan kecantikan muka, penjagaan kuku dan penjagaan badan.

Kepada para wanita di luar sana jangan risau untuk berkunjung ke Anjung Jelita Spa and Beauty Centre kerana ianya diuruskan oleh wanita dan khas untuk wanita sahaja. Oleh itu wanita muslimah akan berasa selesa berada di sana. Antara keunikan spa Anjung Jelita ialah mereka menekankan 3 konsep iaitu Relax, Revive and Rejuvenate. Pasti apabila berada di sana kita akan merasakan suasana yang sangat tenang dan selesa.

Dari segi penggunaan produk, mereka memilih produk yang berasaskan semula jadi, tanpa bahan pengawet, tiada bahan kimia dan 100% organik. Seperti yang kita tahu produk yang berasaskan organik adalah selamat untuk digunakan. Jadi tak perlu risau tentang kesan sampingan. Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Pakej yang di tawarkan juga sangat menarik dan mampu untuk semua orang menikmati segala kemudahan yang disediakan. Saya sendiri pun teruja untuk mencubanya sendiri. Apa yang meyakinkan saya untuk berkunjung ke tempat ini ialah spa ini khas untuk wanita sahaja, menggunakan produk 100% organik, dekorasi yang menarik dan harga yang berpatutan.

anjung-jelita-spa-and-beauty-center-1Dekorasi ruang menunggu Anjung Jelita Spa yang kelihatan cantik dan kemas

anjung-jelita-spa-and-beauty-center-3

anjung-jelita-spa-and-beauty-center-4

anjung-jelita-spa-and-beauty-center-5

Untuk pengetahuan semua Anjung Jelita Spa adalah penaja bersama untuk program SBBYEOS 2014 yang dianjurkan oleh Denai Hati Network. Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut pakej dan promosi terkini, boleh hubungi mereka seperti di bawah:-

Alamat:

115-1A & 1B, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.
Phone: +6 03 – 8736 4412

Laman web rasmi : Anjung Jelita

Fan Page : Anjung Jelita Spa and Beauty Centre

18 comments to Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

  • sobri  says:

    bagus tips nyasis..lelaki pun apasalahnya..klau nak ikut tips yg dberi..he..he..
    mandi spa..bestnya…x pnah try lagi seumur hdup

    • Cheq Eem  says:

      itu lah.. lelaki pun boleh guna juga tips tuu… universal sebenarnya… hehe… saya pun tak pernah try lagi sobri.. teringin juga nak memanjakan diri pergi pusat spa.. 😀

  • Mizz Aiza  says:

    wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.. dah lama tak manjakan diri di pusat kecantikan..

    • Cheq Eem  says:

      memang itu fitrah wanita… suka berhias dan nampak cantik… ada masa pergilah pusat kecantikan.. dapat refresh badan kita… 🙂

  • Raudzah  says:

    Kita pun dah lama tak gi Spa..facial ok lagilah…nway good luck Cheq Eem!!!

    • Cheq Eem  says:

      kita lagi lah tak pernah pergi spa… pergi urut dekat rumah bidan jer.. haha… teringin sgt nak pergi… hehe… tq yea….!

  • Aku Penghibur  says:

    wahhh bagus untuk wanita… untuk lelaki ? hehehe

    • Cheq Eem  says:

      untuk lelaki pun boleh juga guna tips nie… hehe…

  • hannyabdullahhannyabdullah  says:

    best tau berspa ni..dah lama betul dah tak gi spa

    • Cheq Eem  says:

      tau best… tapi tu lah.. belum berkesempatan lagi nak pergi manja2 kan diri… hehe..

  • Khir Khalid  says:

    Menarik ni.. lelaki pun suka spa ni, tp kenalah yg bersesuaian tempatnya kan.. semoga berjaya Cheq Eem.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      khir pun suka gak pergi spa? tapi susah nak jumpa tempat spa khas untuk lelaki.. hehe… selalunya campur-campur… tq… 🙂

  • Time Traveller  says:

    Dah dua kali comment tapi macam takde pape pun huhuu…
    ok try sekali lagi.. huhuhuuu…

    • Cheq Eem  says:

      maknanya nak kena datang sini komen selalu.. hahaha…. oke2, ada muncul komen awak….. 😀

      • suri  says:

        kita like ini entri year 🙂

        • Cheq Eem  says:

          tq suri…! 🙂

  • suri  says:

    aduh jomlah cantikkan diri bersolek atau tak yang penting kita baik hati dan pandai jaga kecantikan diri. aura tu mesti ada baru semangat cewah..si pergi ker ?

    • Cheq Eem  says:

      betul suri… yg penting hati mesti kena baik.. kalau muka je cantik tapi busuk hati tak guna gak kan… hehehe… haah, saya pergi nanti.. jumpa di sana yea… 🙂

Isikan Komen Anda Disini