Slide # 1
 

Rahsia Resepi Masker ESP – Kulit Lembut, Halus dan Cantik

Salam pembaca,

Tahu tak yang ESP Shaklee bukan sekadar untuk diminum, malah boleh juga dibancuh untuk dibuat masker? Salah satu keistimewaan ESP ialah ianya boleh dibancuh dijadikan masker muka supaya wajah lebih cerah, lembut dan bersih.

Dari dulu lagi saya amalkan penggunaan masker sekali seminggu. Lepas pakai masker jenama X, kulit rasa macam biasa jer dan tetap kering. Tak rasa perbezaan pon bila lakukan facial sendiri di rumah. Tapi lepas menggunakan masker ESP memang terasa sangat perbezaannya. LEMBUT, LICIN dan BERSIH!

Tak seronok rasanya tahu kebaikan tapi tak dikongsi kan bersama. Jadi saya kongsi resepi ESP masker so korang boleh cuba sendiri di rumah.. 🙂

masker esp shaklee

Bahan-bahan:

1 sudu kecil ESP

1 sudu kecil plain yogurt

Sedikit madu asli

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan sehingga rata.

Sapukan pada seluruh wajah, kecuali bahagian mata dan mulut.

Biarkan 10-15min atau sehingga kering.

Bilas dengan air bersih.

Nota:

1. Jika ada lebih, simpankan di dalam bekas dan masukkan dalam peti ais. Tahan dalam seminggu.

Sambil tengok tv, sambil baca majalah atau sambil layan Instagram jom kita bermasker. Tak lama pun, cuma 15 min saja. Hasilnya korang mesti puas hati..

Apa KELEBIHAN masker ESP yang buat saya suka sangat?

1. Murah dan senang

2. Menjadikan kulit lebih lembut dan licin

3. Mengekalkan kelembapan kulit muka

4. Menegangkan kulit wajah

5. Membantu kecutkan jerawat

6. Mengurangkan parut kesan jerawat

7. Menjadikan kulit lebih sihat dan bersih

8. Sesuai untuk semua jenis kulit

Apa tunggu lagi. Bagi mereka yang memang dah ada stok ESP di rumah, boleh lah mencuba masker ESP. Bagi mereka yang berminat untuk mencuba cepat-cepat hubungi saya.

ESP Shaklee best selling item!! Cantik dalam kita minum, cantik luar kita bermasker.. Ramai yang dah cuba mesti repeat order. PM cepat kalau nak cuba, BEST PRICE untuk pelanggan saya.. Rugi sangat kalau tak cuba.. 🙂

 Sharing is caring!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Isikan Komen Anda Disini