Rahsia Wajah Lebih Cantik dan Muda Dengan Shaklee

Salam pembaca,

Promosi Shaklee bulan Oktober nie sangat mengujakan bagi mereka yang OBSES TENTANG CANTIK. Ada yang rasakan perlu tampil cantik untuk nampak lebih berkeyakinan, ada yang perlu kelihatan cantik untuk pikat hati suami, ada yang perlukan cantik demi kerjaya. Agak-agak korang kenapa perlu tampil cantik? Secara peribadi, bagi saya tampil cantik itu penting sama ada cantik  penting dan yang paling penting sekali cantik dalam. Kalau dalam cantik, maka luar pun cantik jugak lah kan.. Betul tak..?

jutawan shaklee

Cantik dalam dari sudut kesihatan boleh di kaitkan dengan sel-sel di dalam badan.  Hampir keseluruhan badan kita diliputi oleh sel antaranya sel kulit, sel otak, sel darah, sel kuku, sel DNA dan lain-lain. Apabila sel-sel badan ini dibekalkan dengan nutrisi yang cukup, berkhasiat dan lengkap maka boleh memberikan kesihatan yang baik. Umpama kita menanam pokok mangga di hadapan rumah (belakang rumah pon boleh, dekat kebun pon boleh… hehe…)  Cuba kita jaga pokok tersebut setiap hari, lepas tu berikan baja yang berkualiti maka hasilnya mesti pokok mangga tersebut akan hasilkan buah yang banyak, elok dan berkhasiat kan.

Begitu juga jika idamkan kulit wajah yang cantik, lembut, gebu, halus, anjal dan cerah. Pengambilan supplement sangat membantu bagi mereka yang merasakan kulit muka tidak seperti zaman muda dahulu. Apabila sel-sel di dalam badan mendapat khasiat dari sumber yang baik, bagus dan berkualiti maka kesan nya kita akan dapat rasa dan lihat sendiri.

Serlahkan Kulit Wajah Yang Sihat dan Cantik Dengan Shaklee

Jika ada yang bertanya produk Shaklee mana yang bagus untuk kecantikan kulit saya akan cadangkan 4 jenis produk  iaitu Energizing Soy Protein, Vitamin C Sustain Release, Collagen Powder dan Vivix. Kenapa 4 produk nie? Produk lain tak berkesan ker? Bukan produk lain tak berkesan.. Berkesan juga.. Produk yang saya cadangkan ini adalah produk keluaran Shaklee yang sangat istimewa yang menggunakan bahan semulajadi dan berkualiti tinggi.

jutawan shaklee

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

Mengandungi khasiat protein dari sumber soya asli (non-gmo soy) di mana protein di perlukan oleh badan kita untuk memelihara otot. Bukan sahaja menjaga otot badan seperti lengan atau pun perut, malah otot muka juga perlu di jaga supaya tidak kendur. Selain daripada itu, ESP juga dilengkapi dengan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan untuk tujuan. Kenapa perlu asid amino? Asid amino lah yang membina otot, memulihkan sel-sel di dalam badan termasuk sel darah, sel kulit, sel rambut, sel kuku dan lain-lain lagi. Sebab itu siapa yang dah mencuba ESP Shaklee sangat berpuas hati. Kenapa? Mereka nampak awet muda sebab kulit lebih lembut, lembab, berseri malah bertenaga.

kebaikan-esp-shaklee

Vitamin C – Sustain Release

Vitamin C di perlukan untuk melindungi dan memelihara sel-sel daripada rosak akibat kesan radikal bebas yang datangnya dari kesan pencemaran alam sekitar. Vitamin C juga menyokong pembentukan kolagen di dalam badan untuk tujuan melambatkan proses penuaan, memperbaiki tisu-tisu badan serta meningkatkan sistem imunisasi badan. Ramai yang gembira dengan perubahan pada kulit wajah mereka selepas mengambil Vitamin C Shaklee. Kenapa ? Sebab nya Vitamin C Shaklee adalah dalam bentuk Sustain Release. Maksudnya di sini, ianya di lepaskan secara perlahan-lahan di dalam badan supaya khasiat vitamin c tersebut di serap oleh tubuh badan secara berterusan sepanjang hari.

jutawan shaklee

Shaklee Collagen Powder

Kandungan utama yang terdapat di dalam Shaklee Collagen Powder ialah di hasilkan daripada sumber sisik ikan merah laut dalam (RSS – Red Snapper Scale) . Tahukah anda kolagen yang terbaik adalah dari sumber ikan air laut dalam berbanding kolagen dari sumber tumbuhan? Ini kerana kandungan kolagen nya adalah lebih tinggi. Ikan air laut dalam juga bebas dari sebarang pencemaran laut. Oleh itu ianya selamat dari sebarang bahan kimia. Selain daripada itu Shaklee Collagen Powder juga di rumuskan sekali dengan bahan lain iaitu kolagen ikan, ekstrak kerangan laut, Lactobacillus acidophilus, vitamin c, vitamin B2 & B6, ekstrak biji camellia japonica dan ekstrak  praffia. Produk yang berkualiti setanding dengan harganya. Walaupun ada orang yang mengatakan kolagen Shaklee mahal, tapi mereka sangat berpuas hati. Mengembalikan keremajaan kulit katanya… Pelaburan yang berbaloi..!

jutawan shaklee

Vivix

Vivix pula dikatakan sebagai tonik anti-penuaan yang terhebat hasil kajian Shaklee. Ini kerana kandungan yang terdapat di dalam Vivix adalah campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Apa itu polifenol? Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Rumusan yang terdapat di dalam minuman Vivix dikatakan berupaya untuk melindungi dan memperbaiki selular DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, meningkatkan tenaga sel serta melambatkan pembentukan protin AGE. Oleh kerana Vivix telah diuji secara klinikal, oleh itu ianya merupakan supplement anti-penuaan terbaik di dunia.

jutawan shaklee

Jadi tepuk dada tanya selera, bukak wallet tengok duit.. Hehehe… Walaupun ada yang kata barang Shaklee nie mahal, tapi bagi saya harga nya mampu milik dan setanding dengan kualiti nya. Ada orang yang memang sanggup berlabur untuk cantik mengatakan harga produk Shaklee tidak mahal dan tidak murah berbanding dengan keluaran syarikat lain. Dan mereka yakin dengan produk Shaklee kerana Shaklee telah bertapak lebih 50 tahun di dalam industri makanan tambahan termasuk mempunyai pusat R&D sendiri, di samping menjalani ujian klinikal serta setiap produk yang dihasilkan di pantau secara teliti bermula pembuatan hingga di pasarkan ke tangan pengguna.

Tak berminat dengan produk nie? Takpe, ada banyak lagi produk Shaklee yang best dan menarik. Klik SINI untuk senarai set yang ditawarkan. Atau pun boleh klik SINI untuk lihat senarai harga bagi setiap barang. Dan klik SINI untuk order secara online.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan insya-Allah saya sedia membantu. 🙂

Follow Cheq Eem on Google+!

Disclaimer:
* Segala kenyataan di dalam blog ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Isikan Komen Anda Disini