Rindu Dengan Kenangan Zaman Sekolah

Salam pembaca,

Orang cakap zaman sekolah adalah zaman yang paling best dalam hidup. Masa tu tak payah nak fikir apa-apa pun. Pergi sekolah, balik sekolah, makan, main dan tidur. Hahaha.. Takda runsing nak pikir nak cari duit bayar hutang, stress dengan kerja-kerja dekat ofis, kalau dah berkeluarga pula dengan hal anak-anak pula. Kalau ada masalah pun cinta monyet jer kot.. Frust sebab orang yang kita suka dah ada yang punya.. Tak sesuai tau.. Hahaha.. Nasib baik zaman sekolah dulu saya tak reti nak bercinta.. Ekekeke..

Baru-baru ni ada kawan sekolah lama merangkap kawan baik tag saya dengan satu gambar masa zaman sekolah menengah. Bila tengok gambar tu macam tak percaya pula. Sebabnya gambar tu siap keluar dalam surat khabar lagi. Gambar lama yang di ambil pada  tahun 1995.. Fuhhh, dah lebih daripada 10 tahun.. Tak tau siapa pengirim gambar tersebut. Yang pasti bila tengok gambar tu memang teringat balik zaman sekolah. Rindunya nak pegang kayu hoki dan dribble bola atas padang turf.

gambar-kenangan-pemain-hoki-sekolah-tahun-1995Pasukan hoki wanita SMK Khir Johari, Sg Sumun. Walaupun baru tingkatan 1 berjaya terpilih untuk jadi pemain hoki sekolah. Saya selalu diletakkan di bahagian penyerang sayap kanan. 😀

Memang sejak zaman sekolah lagi saya seorang yang aktif dan rajin terlibat dengan sukan. Selain main hoki, saya masuk acara olahraga dan juga bola jaring. Kalau unit beruniform pula saya masuk pengakap. Tapi sukan hoki lah sukan yang paling saya suka sangat masa tu. Boleh dikatakan setiap hari saya akan stayback dekat sekolah untuk datang latihan hoki pada sebelah petang. Sampai mak pun bising lah saya asyik dengan sukan hoki jer. Tapi saya ni jenis yang degil. Ekekeke.. Tetap datang juga latihan seperti biasa.. Dan kalau coach ada buat perlawanan persahabatan di luar, saya mesti pergi.. Walaupun mak izinkan, tapi saya tau disudut hati dia tak suka. Hehehe..

Tapi kenangan ni cuma sampai tingkatan 3 sahaja. Masuk tingkatan 4 saya pindah sekolah dan tinggal di asrama. Sedih juga nak tinggal sekolah, kawan-kawan dan sukan hoki. Bila mak dapat tahu saya dapat tawaran untuk tinggal di asrama, saya lihat muka dia penuh dengan kegembiraan.. Terpaksalah ucapkan ‘sayonara’ pada sukan hoki, coach kesayangan dan kawan-kawan sekolah.

memori-dan-kenangan-pemain-hoki-sekolah-2Kenangan bermain hoki atas padang turf di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah

kenangan pemain hoki malaysia mirnawan dan chua boon huatAntara pemain hoki yang menjadi pujaan pada masa tu. Mendiang Chua Boon Huat dan Mirnawan Nawawi

Boleh dikatakan semua pemain hoki saya minat lah. Antaranya Mirnawan Nawani, mendiang Chua Boon Huat, Keevan Raj, Logan Raj, Azlan Jamaludin, Nor Saiful Zaini dan semua pemain Malaysia.. Dulu-dulu  kalau beli surat khabar ada gambar mereka ni mesti saya gunting, tampal dan simpan.. Dalam majalah hiburan pun banyak juga poster pemain hoki. Masa tu memang mereka semua ni idola lah.. Boleh dikatakan saya simpan semua poster dan gambar pemain hoki.. Hahaha… Tapi bila dengar berita kematian mendiang Chua Boon Huat yang terlibat dalam kemalangan di Kelana Jaya saya rasa sedih sangat. Dia memang seorang pemain hoki yang sangat berbakat.

Sekarang ni minat saya dah bertukar pada sukan bola pula. Tak lama lagi World Cup 2014 dah nak bermula. Kenalah standby subscribe semula saluran sukan di Astro. Nak tengok dan sokong pasukan kegemaran saya iaitu Spain. Mungkinkah sejarah tahun 2010 berulang kembali? Yeaahhh, viva Espana.. 😀

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

6 comments to Rindu Dengan Kenangan Zaman Sekolah

  • Khir Khalid  says:

    Wahh hoki.. best!! Saya dari darjah 6 hingga form 5 main hoki sekolah, pernah juga wakil daerah tp utk wakil negara saya tolak sbb bagi peluang kpd yg lain huhu.. 😀
    Zaman sekolah mmg paling best, yg tak best bila waktu tak siap kerja atau terlibat dgn kesalahan yg confirm tau nak kena hukum time ke sekolah esok.. mlm2 boring je.. takut hehee..
    Mmg bnyk kenangan zaman persekolahan kan… Nostalgia.. bila teringat kdg2 boleh timbul sayu… 🙂

    • Cheq Eem  says:

      wakil negara tak tahan tuu.. hahaha…. saya pun sama gak khir.. kalau tak disebabkan mak suruh masuk asrama saya pun jadi pemain negara juga.. 😀
      itu lah, masa zaman sekolah tak payah nak pikir pape pon.. saya dulu nakal sikit kat sekolah.. selalu ponteng kelas dan tidur dekat bilik rehat.. hehehe…. bila jumpa kawan lama mesti bukak topik zaman sekolah.. haihhh… rindunya lah… 🙂

  • sobri  says:

    yg point mak x suka tapi redha je lah dgn minat anak…sweetkan. 🙂 happy mother day..tetiba..
    wah sis bermain hoki..form 1 dah jdi wakil skolah..saya sukan hoki seumur hdup x pnah main..sebab skolah menengah n rendah..sukan hoki prempuan main..lelaki jarang sangat nak main.. kbyakan main bola.. futsal n bola tambar 😛 kayu hoki pegang tapi buat main randos …

    memng nostagia baca tulisan sis..sekolah adalah zaman yg terbaik 🙂

    • Cheq Eem  says:

      hehehe.. t.kasih sbb ingatkan.. walaupun mak halang saya tetap degil jugak..masa tu jiwa remaja lah katakan.. hehehe…
      lepas tak pegang kayu hoki, saya main futsal pulak masa dah start kerja.. hahaha…
      itu lah, sekali sekala ingat semula zaman sekolah memang best kan… 🙂

  • syaifuddin alias  says:

    saya memang rindu zaman sekolah ..emmm nak nangis.. cewahh..ehhehe

    • Cheq Eem  says:

      nak nangis? ini semua poyos… hehehe.. yea, semua orang mmg rindu dengan zaman sekolah.. sob.. sob….

Isikan Komen Anda Disini