Salam Maulidur Rasul 1435H

Salam pembaca,

Hari ini 14 Januari 2014 bersamaan dengan 12 Rabiulawal adalah ulang tahun kelahiran junjungan besar nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Alhamdulillah  masih dipanjangkan umur untuk menyambut kelahiran Rasullullah bersama umat islam di seluruh dunia..

Tema sambutan Maulidur  Rasul peringkat kebangsaan pada tahun 2014/ 1435H, ialah “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah“.. Jika dilihat pada pemilihan tema pada tahun ini amat besar maknanya.. Wassatiyyah mengikut keterangan al-quran bermaksud kesederhaan, keadilan dan jauh daripada melampau.. Sekiranya konsep wassatiyah diamalkan di dalam kehidupan seharian, Insya-Allah umat islam di seluruh dunia akan bersatu dalam memperjuangkan agama Islam..

Ingin saya kongsikan di sini dengan pembaca ulasan pemilihan tema sambutan maulidur rasul pada tahun ini..

Ulasan tema “Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah”

1.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
2.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.
3.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” bukan pula bermaksud sama rata, tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.  Ia juga bukanlah  duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.
4.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”juga  memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.
5.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.
6.         Allah SWT telah menggariskan satu panduan dalam kita menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:
Maksudnya:Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
7.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  adalah mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang menjadikan pola kehidupan masyarakat Madinah sebagai contoh terbaik sebagai masyarakat madani. Malah hasil daripada sikap kesederhanaan inilah telah membuka hati ramai penduduk Arab di seluruh Semenanjung Arab memeluk Islam dan membentuk satu ummah.  Kebijaksanaan inilah yang amat diharapkan akan terus wujud dalam rakyat Malaysia yang akan menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi Negara Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.
Sumber : JAKIM
________________________________________________________________________________

Jom Kita Berselawat

Sebagai tanda cinta dan sayangnya  kita pada Rasulullah, jom kita berselawat .. Kalau boleh setiap hari yea… 🙂
selawat nabi

 

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

8 comments to Salam Maulidur Rasul 1435H

  • Khir Khalid  says:

    Selamat menyambut Maulidurrasul buat Cheq Eem sekeluarga.. selawat & salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      salam maulidur rasul juga buat khir dan sekeluarga…. 🙂

  • Pha Is  says:

    salam maulidur rasul..

    • Cheq Eem  says:

      salam maulidur rasul pha is…. 🙂

  • ZaCk hOyA  says:

    Salam maulidur rasul. =)

    • Cheq Eem  says:

      salam maulidur rasul Zack…. 🙂

  • Strider  says:

    Salam maulidur rasul…

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      salam maulidur rasul strider… 🙂

Isikan Komen Anda Disini