Sambutan Hari Jantung Sedunia 2014 di Mid Valley

Salam pembaca,

pameran-jantung-kesihatan-malaysia-mid-valley-4

Tahu tak setiap tahun ada sambutan untuk hari jantung yang diadakan diseluruh negara? Tujuan sambutan ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan jantung. Untuk tahun ini hari jantung sedunia disambut pada 29 September 2014. Untuk tahun ni Yayasan Jantung Malaysia, Institut Jantung Negara, Woman’s Heart Health Association dan NHAM (National Heart Association Malaysia) bersama penaja bersama telah mengadakan pameran kesihatan jantung bertempat di Exhibition Center, Mid Valley Megamall pada 27-28 September 2014.

Kalau tahun lepas dah pergi, tahun ni pergi lagi. Ehh, dah jadi macam aktiviti tahunan pulak. Hahah.. Seronok apa pergi pameran kesihatan macam ni. Dapat belajar banyak benda baru disamping tingkatkan kesedaran pentingnya jaga kesihatan terutama jantung. Dan masa ni lah kita boleh buat ujian saringan kesihatan secara PERCUMA! πŸ˜›

Ada banyak aktiviti yang disediakan pada hari tersebut. Ada pemeriksaan kesihatan, ujian ECG, ujian kecergasan, demonstrasi CPR, cabutan bertuah, permainan, jualan produk kesihatan, ceramah kesihatan dari pakar nutrisiΒ  dan macam-macam lagi.

pameran-jantung-kesihatan-malaysia-mid-valley-2Tunggu giliran untuk periksa gula dan paras kolestrol dalam darah. Lepas dapat keputusan ada konsultasi tentang panduan kesihatan dan tips pemakanan.

Antara pengalaman baru yang dapat saya belajar pada hari tu ialah CPR. Dengan rela hati saya dan suami sudi jadi peserta untuk belajar cara melakukan CPR. Hehehe… Abis tu dah takda orang nak tawarkan diri jadi kita orang pun cuba lah. Lepas cuba terus kita orang rasa nak pergi belajar tentang CPR.Β  Mana lah tahu tiba-tiba kita berhadapan dengan situasi dengan orang yang memerlukan bantuan CPR, sekurang-kurangnya dapat lah juga tolong. Betul tak?

pameran-jantung-kesihatan-malaysia-mid-valley-3Bersungguh-sungguh tu belajar buat CPR. Hahahah…

Kemudian kita orang buat ujian Body Composition Analysis dengan BP Health Care. Tahun lepas saya dah pernah buat jadi nak tahu lah juga ada ke perubahan selepas setahun. Balik rumah jer terus cari keputusan tahun lepas. Fuhh….! Ada perubahan lah. Yeaahh…!! Lepas ni target saya nak tingkatkan lagi berat otot supaya berat lemak berkurangan. Kadar metabolisme pun naik sikit. Patut lah makan macam mana pun berat susah nak naik. Hehehe…

Tapi ada juga keputusan ujian kesihatan yang merisaukan saya. Iaitu bacaan kolestrol dalam darah. Huwaaaa…… Nangis lah macam ni. Tahun lepas bacaan cuma 4.8, tahun ni tup tup naik sampai 5.8. Dah nak dekat dengan border line tuu. Lepas ni kena lah periksa semua pengambilan diet harian. Kena lebih banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dalam pukul 12.30 kita orang dah habis pusing tapak pameran. Saya rasa tahun ni kurang meriah sikit berbanding dengan tahun lepas. Mungkin takda persembahan artis kot. Tu yang rasa kurang meriah. Hahaha.. Lagi pun perut pon dah berkeroncong kelaparan. Pagi tu tak ambil sarapan sebab nak periksa bacaan gula dan kolestrol.

Kalau belum pernah buat ujian kesihatan seeloknya carilah masa untuk periksa tahap kesihatan diri kita. Mungkin kita rasa sihat tapi sebenarnya tidak. Contohnya macam saya. Tak sangka paras kolestrol agak tinggi. Hehehe.. Boleh lah buat testimonial sendiri ambil produk Shaklee untuk turunkan kolestrol. Antaranya Omega Guard dan Phytocol-ST. Di samping itu boleh juga makan oat. πŸ™‚

Ok, jumpa lagi tahun depan dengan lebih banyak aktiviti yang menarik.

pameran-jantung-kesihatan-malaysia-mid-valley-5Sayangi jantung anda. πŸ™‚

pameran-jantung-kesihatan-malaysia-mid-valley-1Antara booth jualan pada hari tersebut. Banyak promosi menarik yang ditawarkan.

pameran-jantung-kesihatan-malaysia-mid-valley-calorie-chartSaya suka carta kira kalori yang terdapat dalam goodies bag. Sangat-sangat membantu untuk kita periksa kandungan kalori bagi setiap makanan. Dalam masa yang sama dapat kawal berat badan. Bagus untuk orang yang nak turunkan berat badan.

keahlian shakleeKeputusan Body Composition Analysis untuk tahun 2013

pameran-jantung-kesihatan-malaysia-mid-valley-body-composition-analysisKeputusan Body Composition Analysis untuk tahun 2014. Naik lah sikit fitness score dari 69 – 72. Hehehe…

Kalau nak baca pameran jantung tahun lepas boleh klik sini. –> Pameran Jantung Kesihatan Terbesar di Malaysia

8 comments to Sambutan Hari Jantung Sedunia 2014 di Mid Valley

  • Raudzah  says:

    Thanks for info cheq eem…tak pernah buat body composition analysis tu..

    • Cheq Eem  says:

      sama-sama2 raudzah…. kalau buat dekat luar mahal jugak, bila datang event macam ni dapat buata free.. ekekeke…. sekarang nie tau lah apa yg lebih dan apa yang kurang dalam badan kita… hehehe….

  • Eshamz Halim  says:

    Macam best jer…hihihihihi.. πŸ˜€

    • Cheq Eem  says:

      mesti lah besstttt….!! ekekeke….

  • Khir Khalid  says:

    Bagusnya pengisian sambutan ni.. dapat bnyk pengetahuan kan. Wahh.. lepas ni klu ada apa2 kecemasan, abg Sham dah pandai buat CPR… untunglah.. πŸ˜€ πŸ˜€

    • Cheq Eem  says:

      hahahah…..kena tunggu sham pergi kursus dulu…. πŸ˜›

  • titan  says:

    ya.

    memang kena sayang jantung. nak pakai lama tuh..

    • Cheq Eem  says:

      kalau sayang kenalah buktikan… hahaha….

Isikan Komen Anda Disini