Slide # 1
 

Santai Petang Di Setia City Mall

Salam Pembaca,

Siapa pernah pergi Setia City Mall di Setia Alam..? Kalau belum pernah pergi cari lah masa untuk ke sana.. Seronok tau.. Selain daripada pusat membeli belah, dekat sana ada padang yang sangat luas dengan pemandangan yang cantik.. Sesuai sangat tempat tu dijadikan aktiviti di hujung minggu bersama keluarga atau pun rakan-rakan.. Saya kalau turun Setia  City Mall mesti main layang-layang.. Lokasi nya memang strategik.. Bila petang cuaca redup dan angin pun kuat.. Kalau rasa nak main layang-layang boleh lah ke sana.. 🙂

Kebetulan keluarga Shaklee saya nak buat sesi ‘pot luck’.. First time kita orang nak buat aktiviti macam nie.. Selalunya kita orang berhubung melalui Facebook dan group whatsapp jer.. Memandangkan kebanyakan mereka tinggal area Lembah Klang, jadi saya cadangkan piknik di Setia City Mall.. Santai petang katanya.. Hehe.. Oleh kerana temanya pot luck, jadi masing-masing kena lah bawa makanan kan.. Saya pun offer untuk masak bihun goreng.. Yang lain bawa cup cake, sate dan air..

Petang tu sambil makan-makan kita orang bertukar pendapat, pandangan, idea, pengalaman dan macam-macam lagi.. Leader saya tak putus-putus bagi tips bagaimana nak maju dalam bisnes Shaklee.. Untung dapat leader yang baik, sporting dan best.. Hehe… Lepas tu gosip pasal perangai customer pun ada jugak.. Haha… Kalau nak tau customer yang cerewet nie lah yang mematangkan kita orang pengedar Shaklee.. Sebabnya kita orang akan belajar dan terus belajar tentang sesuatu perkara supaya dapat consult dan educate customer..

Walau pun tak ramai yang datang, cuma 4 orang sahaja tapi dah cukup meriah rasanya.. Suami masing-masing pun sporting boleh layan anak-anak bila isteri tengah bincang pasal bisnes.. Lain kali boleh buat lagi program macam nie.. Lebih ramai lebih meriah dan lebih banyak ilmu dapat belajar.. I love my Shaklee Family..!! 🙂

 

jutawan shaklee

Suami yang hobinya suka main layang-layang.. Hehe….

jutawan shaklee

Masing-masing bawa makanan.. Ada sate, ada cup cake ada cake… Cuba tengok bihun tue.. Menyelerakan tak..? Ekekekeke….

jutawan shaklee

Yang buat peace muka ceria habis itu lah leader saya… Dah 7 bulan mengandung pun masih maintain..

jutawan shaklee

Masing-masing bawa anak dan suami.. Sporting habis suami.. Support isteri untuk buat business..

Jom tengok video yang di edit oleh suami saya a.k.a Eshamz Halim…sila pilih video setting ke 480p 720p untuk video yang lebih jelas.

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

Isikan Komen Anda Disini