Selamat Datang Bulan Jun, Selamat Menjaga Kesihatan

Salam pembaca,

Dalam tak sedar kita dah pun melangkah masuk bulan Jun, pertengahan bagi tahun 2014. Rasa macam sekejap jer kan. Bila check kalendar (belek cuti sebenarnya.. hehehe) eh, dah bulan 6 lah. Lagi sebulan dah nak berpuasa, lepas tu raya, ujian peperiksaan sekolah, cuti sekolah, bonus akhir tahun dan macam-macam lagi. Jika diizinkan oleh-Nya dan panjang umur melangkah kita masuk ke tahun 2015. Fuhh, memang pantas betul masa berlalu.

Cuba kita imbas kembali apa yang telah berlaku 6 bulan lepas. Apa agaknya yang kita dah lalui. Adakah kenangan manis lebih banyak daripada kenangan pahit? Banyak tak perkara baru yang kita dah belajar? Bagaimana pula dengan keadaan tahap kesihatan? Kalau yang pernah berazam masa awal tahun baru hari tu cuba kita periksa semula. Dah berjaya capai ke belum? Kalau ada yang dah berjaya alhamdulillah. Mission accomplished! Tapi kalau masih belum capai lagi,apa kata kita ambil masa baki 6 bulan terakhir ni untuk kejar semula cita-cita kita.

promosi bulan jun

Untuk saya dari segi kesihatan alhamdulillah dalam tempoh setengah tahun ni baru sekali baru saya demam. Walaupun awal tahun hari tu negara kita mengalami cuaca panas yang sangat tinggi, terik dan kering, tapi saya sihat seperti biasa. Cuma bila peralihan musim tiba-tiba saya jatuh sakit. Masa akhir bulan 4 hari tu. Selalunya kalau badan tiba-tiba rasa tak sihat, malam tu makan Nutriferon dan dibancuhkan dengan Performance Drink esok pagi nya dah rasa baik. Tapi kali ni berlarutan pula sampai 2,3 hari. Terpaksalah telan ubat. Hehehe.. Alhamdulillah, bertambah sihat dan teruskan sambung dengan supplemen pula. Orang jarang jatuh sakit, bila sakit mesti lama punya. Ekekeke..

Masa pergi klinik panel untuk dapatkan MC ada dokter nasihat kan beberapa perkara dengan saya. Bila dia tengok rekod lama saya pernah buat medical checkup untuk ambil lesen diving dia tanya saya adakah selalu saya buat aktiviti lasak. Lepas tu saya cakap selalu juga antaranya hiking, rafting, fun walk dan macam-macam lagi. Kebeteluan masa tu saya baru buat ekspedisi Gua Tempurung dan water rafting. Dia cakap bagus. Tapi… Haa, ada tapi tu. Dia nasihatkan sebelum pergi ke sesuatu tempat seperti masuk hutan simpan, masuk gua dan sebagainya lebih baik ambil suntikan vaksin di hospital ataupun klinik kerajaan. Suntikan vaksin ni sebagai langkah pencegahan awal untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan virus yang tidak diingini. Di klinik swasta ada juga yang menyediakan perkhidmatan suntikan vaksin ni. Tapi kena bayar mahal lah. Kalau ambil di hospital kerajaan pula percuma sahaja.

Sebagai contoh, katakan lah kita akan pergi mengikuti team building syarikat di Taman Negara. Kita memang tau kawasan tu adalah kawasan hutan simpan. Kemudian bila pergi team building ni memang akan terlibat dengan pelbagai aktiviti lasak dan bermain dengan air. Pelancong sama ada orang tempatan ataupun pelancong asing pasti ramai yang berkunjung ke tempat tersebut. Ye lah kan, Taman Negara adalah kawasan tarikan pelancong yang menarik di Malaysia. Bila dah bergaul dengan ramai orang kita tak tahu kalau orang lain ada masalah dengan kesihatan ataupun tidak. Bila antibodi kita lemah, memang mudah lah terkena jangkitan virus dan penyakit. Kalau di hutan bandar terkenal dengan masalah demam denggi, tapi kalau hutan yang sebenar kita berisiko untuk terkena jangkitan demam malaria. Sebab itu digalakkan sebelum kita pergi ke tempat hutan simpan ambil vaksin terlebih dahulu. Terutama vaksin malaria.

Jadi sekarang ni dah tambah lagi satu checklist yang perlu saya lakukan sebelum melakukan aktiviti luar. Memang ada niat nak pergi ke Taman Negara atau pun Gua Mulu di Sarawak. Boleh lah ambil suntikan vaksin untuk memastikan kesihatan terjaga. Saya tak sempat cari lagi hospital mana yang ada sediakan vaksin ni. Nanti kalau dah jumpa saya akan kongsikan dengan semua. 🙂

Bagi yang ada misi untuk menurunkan berat bada pula macam mana? Dah berjaya ke belum? Atau dah berhenti separuh jalan? Tahniah buat yang dah berjaya! Kekalkan berat ideal anda. Tapi bagi yang masih belum berjaya menurunkan berat badan jangan putus asa. Teruskan dan istiqamah dalam mengikuti program diet yang berkesan. Dah nak masuk bulan puasa ni boleh lah sambung semula. Mana tau raya nanti boleh bergaya dengan bentuk badan yang ideal. Hehehe….

Selamat bulan Jun dan teruskan menjaga kesihatan semua! 🙂

p/s: Bulan Jun juga adalah bulan World Cup Brazil. Viva Espana…!

Follow Cheq Eem on Google+!

iR Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

11 comments to Selamat Datang Bulan Jun, Selamat Menjaga Kesihatan

  • Raudzah  says:

    Alhamdulilah so far kita pun tak ada sakit yang serius…cuma malas nak exercise aje..itu pun penyakit jugakkan..he..he

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah… saya tau raudzah sentiasa jaga kesihatan… exercise tu kena ada geng baru syiok sikit kot.. hehe…

  • Khir Khalid  says:

    Marilah bersama2 kita menjaga kesihatan kita semua… salam bulan Jun Cheq Eem.. 🙂

    • sobri yaacob  says:

      setuju dgn bro khir..marilah kita sama2 jaga kesihatan 🙂

      • Cheq Eem  says:

        jom semua..!! eh, rasa macam berkempen pulak… bertanding jawatan menteri kesihatan.. ekekeke….. :p

  • Tengkubutang Miaw  says:

    cakkkk.. lama tak singgah sini.. heee.. selamat menyambut bulan JUN .. aishh.. cepat je masa berlalu kann

    • Cheq Eem  says:

      haaa….. cak…! haah lah… lama teman tak singgah sini…. hehe… itu ler… cepat betul rasanya kan… tak lama lagi dah masuk 2015 pula…

  • Hijab Terkini  says:

    Semoga kita semua sentiasa dikurniakan dengan kesihatan yang baik olehNya..

    Amin..

    • Cheq Eem  says:

      insya-allah… semoga kita semua sihat selalu…. 🙂

  • Strider  says:

    saya tak ingat apa benda yang saya buat for 1/2 half of the year nie tapi pada penghujung Mei hinggalah ke awal Jun nie, saya banyak gak buat aktiviti2 sihat..hopefully ia akan berterusan nanti..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      sekarang nie ramai jugak rakan-rakan yang saya lihat dah jalankan aktiviti sihat.. teruskan strider… aktiviti sihat nie bukan saja bagus untuk fizikal, tapi dari segi psikologi pun membantu juga… nx time boleh lah join kita org lagi.. 🙂

Isikan Komen Anda Disini