Selamat Datang ke www.vitamin4kesihatan.com

Shalee Malaysia

Shaklee adalah sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.

Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.

Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

2 comments to Selamat Datang ke www.vitamin4kesihatan.com

  • Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan  says:

    Salam, sejak menyertai contest Shaklee saya mula mencari cari info tentang Shaklee sehinggalah saya berjuma blog puan dari video di youtube. Banyak info saya dapat di sini.
    Semoga perniagaan puan terus maju jaya.
    Terima kasih.

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah.. terima kasih.. 🙂

Isikan Komen Anda Disini