Slide # 1
 

Selepas Setahun Cari Duit Dengan Blogging

Salam pembaca,

Macam tak percaya jer dah terlibat dalam dunia blogging selama setahun.. Rasa macam baru jer buat blog ni.. Sepanjang setahun nie macam-macam benda baru yang dapat dipelajari terutama ilmu blogging.. Sifu blogging saya dah semestinya en.suami iaitu Eshamz Halim yang  tolong setup kan blog hosting, tentukan blog template, reka blog header, cari blog theme color yang sesuai, install widget dan plugin.. Tak lupa juga teknik SEO, yang ini penting untuk mengejar google page rank.. Dan macam-macam lagi lah sebenarnya termasuk pembayaran menggunakan Paypall dan M2uPay.. Apa-apa jer yang berkaitan dengan teknikal blog, dia lah yang uruskan.. Pendek kata dia lah blog master ataupun Tuan Admin..  Saya cuma tulis entri dan publish… Hehe..

Sekarang ni daripada tak reti menulis entri dengan cara sendiri, dan pandai cari rentak dalam penulisan.. Bila baca balik entri yang lama rasa ‘eh, kelakar nya ayat yang aku guna’.. Hahaha… Macam takda jiwa jer entri awal-awal.. Ye lah, masa tu baru jer terjebak dengan blogging.. Tulis pun ikut suka hati..  Kalau nak tunggu perfect dalam penulisan memang takda entri lah jawabnya.. Jadi kena lah merajinkan diri karang entri dengan gaya yang tersendiri.. Pada sesiapa yang rajin selongkar entri lama, blog ni ada dua penulis.. Jarang ada blog mempuyai dua penulis kan.. 😀

Cari Duit Dengan Blogging

Sebab utama kenapa saya terjebak dengan dunia blogging ialah untuk cari duit dan jana pendapatan secara online.. Sebelum ni husband pernah bagi cadangan untuk berniaga secara online menggunakan blog.. Untuk urusan setup blog dia boleh buatkan.. Tapi saya tak tahu nak berniaga barang apa.. Saya bukan lah kaki shopping online..  Hanya sesetengah barang je yang saya pilih untuk beli secara online.. (Masih suka shopping tengok barang depan mata.. Hehe..)

Pandangan saya terhadap bisnes Shaklee yang berkonsepkan MLM (Multi Level Marketing) berubah selepas dimasukkan ke dalam secret group oleh upline.. Pendekatan yang digunakan oleh upline untuk berjaya tidak sama seperti bisnes MLM yang lain.. Bermula dari situ saya lihat saya boleh cari duit tambahan untuk tingkatkan taraf kehidupan, capai impian dan bantu keluarga dengan berniaga produk Shaklee.. Terus saya buat satu proposal kepada husband tentang perkara ini dan dia pun setuju.. Yeaahhh….! Maka bermula lah kerja-kerja pembinaan blog ini.. Saya cari bahan-bahan seperti info produk, gambar produk dan sebagainya.. Husband pula setupkan blog nie.. Hasilnya blog ini menggunakan 3 panel iaitu header untuk statik menu, side bar untuk widget dan plug-in dan content untuk entri..

cari-duit-dengan-blogging-produk-shaklee

Hasil buat duit dengan blog mula menampakkan hasil selepas usia blog 3 bulan.. Rasa macam tak percaya jer ada orang order barang dari blog.. Ada juga pembaca yang tergoda dengan entri promosi barang Shaklee.. Excited uollss…!! Hehe… Alhamdulillah.. Pendapatan bonus Shaklee mula bertambah.. Bermula dengan 2 angka pada bulan pertama kini 3 angka.. Dalam setahun jumlah pendapatan cari duit secara online cecah 4 angka..

Kini jumlah pelanggan pun bertambah dan ‘anak-anak’ Shaklee pun semakin meriah.. Maka tanggungjawab pun lebih berat lah jawabnya.. Ye lah, nak jaga hubungan dengan pelanggan dan nak mengembangkan empayar S.M.A.R.T .. Dalam bisnes nie kita lah CEO, kita lah kuli.. Your Job is The Only Bos.. Bisnes MLM Shaklee bukan bisnes cari downline dan goyang kaki.. Siapa kerja keras dia lah yang berjaya..

Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah

Mencabar juga nak mem’popular’kan blog.. Popular maksudnya di sini nak mendapat tempat atau rank pertama dalam enjin carian Google.. Lebih-lebih lagi first time buat blog terus ada domain dan hosting sendiri.. Masa ni lah saat kritikal untuk menaikkan trafik blog.. Fuhh… susah jugak nak tulis sebuah entri.. Lebih-lebih lagi entri berkaitan kesihatan.. Kena pastikan setiap info yang kita tulis daripada sumber yang boleh dipercayai..

Apa yang saya buat sebelum menulis ialah selalu bayangkan ada ramai pembaca yang singgah blog ni untuk dapatkan maklumat.. Orang cakap syok sendiri namanya.. Hehehe.. Tulis lah apa yang kita rasa nak tulis.. Yang penting buat.. Kalau takda idea pula, saya ambik info dari orang lain saya akan pastikan akan letak kredit pada pemilik asal.. Etika seorang blogger kena jaga.. Tapi sebolehnya saya nak semua entri adalah hasil pengolahan dan gaya penulisan saya sendiri.. Ini tips dari blogger-blogger otai.. Katanya ‘Setiap blogger perlu ada identiti sendiri..’  🙂

blog-statistik-2013-vitamin4kesihatan

Bukan senang nak senang, bukan susah pun nak susah.. Asalkan ada jalan disitu ada highway.. Eh, silap.. Asalkan ada kerajinan dan kemahuan disitu ada jalan.. Keyword untu berjaya ialah ‘RAJIN‘.. Jadi sekarang nie saya tengah merajinkan diri untuk berblogging.. Antara tips yang sering selalu saya baca dari mereka yang dah lama dalam dunia blogging ialah:-

–> Update entri setiap hari untuk mesra dengan Google .. Google suka dengan blog yang aktif..

–> Page load time mesti cepat dan kurang dari 10 saat.. Google tak suka blog yang berat..

–> Rajin blogwalking dan tinggalkan komen untuk dapatkan backlink daripada blog lain.. Tinggalkan lah komen yang berkualiti kalau boleh..

–> Bertukar link dengan blogger juga salah satu cara untuk mendapatkan backlink dan menaikkan trafik blog.. Sebab tu selalu nampak ada pencarian bloglist yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger..

–> Submit URL blog pada google supaya blog kita akan di index oleh Google..

–> Teknik SEO yang berkesan dan peggunaan keyword yang berkesan amat penting setiap kali menulis entri.. Keyword ini selalunya diguna oleh pengguna setiap kali membuat carian..

top-5-entri-vitamin4kesihatanHasil menggunakan teknik SEO yang berkesan.. Setiap hari pasti akan ada pembaca yang akan baca entri ini.. Dan jumlah page view setiap hari semakin meningkat.. Sebagai contoh, keyword ‘teh hijau’ akan mendapat ranking page pertama dalam carian google.. Sampai ada pembaca yang bertanya ‘Awak jual teh hijau ker?’ Hehehe…

Rakan-rakan Blogger Yang Sporting

Selain cari duit dengan blog, dapat tambah ramai kawan-kawan baru.. Lebih ramai kawan, lebih banyak pengalaman.. Bukan berjalan je luas pengalaman.. Hehe.. Sekarang nie kalau tak blogwalking dan terjah blog kawan-kawan rasa tak sah.. Hari-hari saya intai apa latest entri yang mereka kongsikan.. Ada yang berkongsi pasal hal keluarga, ada yang suka tulis isu-isu semasa, ada yang berkongsi tips kesihatan, berkongsi resepi masakan dan macam-macam lagi lah.. Kisah-kisah santai dan kelakar pun menarik perhatian juga.. Dapat juga hilangkan stress terutama bila di ofis lepas baca entri mereka nie..

Rakan blogger yang pertama saya kenal ialah Sheila Salim .. Dah lupa macam mana kita orang boleh kenal sebenarnya.. Hahaha.. Bagi saya dia seorang blogger yang sangat sporting, baik hati, kelakar dan sempoi.. Rasanya kita orang jadi lebih rapat bila berkongsi kisah pasal Krabi.. Selalu tanya dia pasal tips blogging untuk tambahkan kenalan.. Sebab saya tengok mana-mana blog mesti ada nama dia diruangan komen..  Hahaha…

Kemudian saya kenal pula dengan Tengku Butang .. Jumpa blog beliau dari Sheila Salim.. Seorang penggemar kucing yang tegar dan suka baca entri dia berkaitan dengan resepi masakan.. Tengku Butang pun seorang blogger yang peramah juga.. Masa dia buat GA sempena blog dia yang pertama, saya sudi jadi sponsor sebagai tanda sokongan.. Sekarang nie dah jadi geng dengan dia.. Nak pulak kami berasal dari negeri yang sama.. Betul tak Teman? Hehehe…

Kemudian semakin hari semakin bertambah kenalan blogger.. Pada mulanya risau gak kalau ada blogger yang berfikiran jika saya buat blogwalking untuk promosi barang.. Tujuan saya blogwalking nak tambahkan kenalan, berkongsi cerita dan dapatkan backlink.. Tapi sekarang rasa risau tu dah takda bila ada blogger yang sudi datang, baca entri dan tinggalkan komen.. Terima kasih kepada semua blogger antaranya Khir Khalid, PCL, Mizz Aiza, Raudzah, Striders dan ramai lagi yang sudi menceriakan blog saya nie.. Sokongan korang buat saya semangat untuk berblogging.. 🙂

Banyak pahit manis yang dah saya lalui sepanjang setahun bergelar blogger.. Ada entri dalam blog ni telah ditiru sebulatnya tetapi tidak diberikan kredit, ada juga eksperimen video yang saya dan husband buat orang lain telah ubah jadi video sendiri dan macam-macam hal lagi.. Tapi takpa lah semua tu adalah adat dalam dunia blogging.. Akhir kata dari saya ‘Majulah Blogging Untuk Semua’.. 🙂

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

14 comments to Selepas Setahun Cari Duit Dengan Blogging

  • raudzah  says:

    Tahniah chee EEm..dah setahun tu..bukan masa yang singkat tu…semoga terus berjaya ya!!!

    • Cheq Eem  says:

      t.kasih raudzah..!! tu lah dah setahun…. harap-harap konsisten dan teruskan berblogging… 😀

  • lela  says:

    wah chee eem.. penuh beretika menulis. goob jobs dear. i wish to b like u. bkn senang nk jadi blogger ni..
    eem tgk blog lela blh bg komen jgk.

    http://ummimuazzikry.blogspot.com/
    btw sgt seronok bace.. informative, n buat lela rase xboring.. sambil bace sambil senyum woo. bkn senang nak suh pembaca senyum.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      tq lela sudi datang sini dan baca blog eem… alahai.. biasa-biasa jer lela.. ada ramai lagi blogger kat luar sana yang hebat2.. :p
      nnt lela pun boleh continue jaga blog lela tuu…. tq tau datang blog nie dan sengih2.. nnt datang lagi.. 😀

  • sobri  says:

    actually kak saya pun suka baca blog akak dan suami..suka cara penulisan.. lgpun blog akak n suami x serabut..nice je tgok.. lawa.. ituah nak berblogging bkan snang kna ambil masa..saya klau baca ayat tulis, saya sampai skrg gelak..nampak sangat kekuranganya..he..he..:)

    • Cheq Eem  says:

      aiseh… tersipu2 malu pula bila orang lama dalam blogging bagi pujian.. ahakss…! t.kasih sobri sebab suka baca blog kita orang.. masih banyak lagi yang nak belajar sebenarnya.. betul tu, baca entri dulu-dulu memang kelakar.. tak matang langsung rasanya.. ekekeke…. 😀

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum awak. terharu okey masukkan nama saya dalam ni. muahahha. malu kita. btw, saya suka je singgah sini. cedok ilmu shaklee. hehe harap2 ada rezeki lebih nak jadi protege awak. hihi. sudi2 tau jadi mentor saya ^_____^

    • Cheq Eem  says:

      Walaikumsalam sheila… terharu juga sebab awak selalu kongsi tips PR dalam blogging dengan saya.. lebih konfiden sekarang nie.. hehe.. memang tujuan untuk berkongsi ilmu.. saya sudi terima protege yang bersemangat macam awak.. sentiasa dialu2kan… 🙂

  • rafidah abu shah  says:

    Tahniah cheq eem…

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah.. t.kasih fidah…! 🙂

  • Aku Penghibur  says:

    wahhh dah setahun… tahniah.. moga maju jaya di masa akan dtg

    • Cheq Eem  says:

      haah.. dah setahun.. kalau anak kecil baru belajar nak berjalan.. hehe… tq acik.. 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Wahh.. terharu bila terbaca nama sendiri ada.. Teruskan usaha yg baik Cheq Eem & tahniah.. semoga terus berjaya.. aamiin.. All the best.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah… t.kasih khir sebab selalu datang sini.. insya-allah.. nak mencipta lebih banyak kejayaan… good luck juga untuk khir…! 🙂

Isikan Komen Anda Disini