Set Kesihatan Sendi Shaklee Kembalikan Kekuatan Lutut

Salam pembaca,

Kali ni saya nak kongsikan dengan pembaca tentang masalah sakit lutut.. Ada 3 faktor yang boleh menyebabkan masalah sakit lutut.. Yang pertama ialah faktor usia.. Kalau orang tua mengadu sakit lutut adalah perkara biasa yang kita dengar kan.. Ini kerana semakin bertambah usia kita, semakin kurang kekuatan tulang dan sendi.. Tapi sekarang ni ada juga mereka yang berusia lingkungan 30-an ada masalah sakit lutut..

Pernah tak ditegur macam ni :-

‘Eh, muda-muda lagi dah sakit lutut.. itu belum tua lagi tu..’

Haishh…memang terasakan.. Nak pula bila yang tegur tu orang yang dah berusia 50-an tapi masih lagi steady, sihat dan kuat.. Apa yang menyebabkan orang muda mempunyai masalah sakit lutut? Faktor yang ke dua ialah pekerjaan.. Sebagai contoh pekerja gudang yang terpaksa mengangkat barang berat setiap hari.. Atau pekerja hotel yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan.. Kadangkala atas tuntutan kerja mereka terpaksa berdiri sepanjang hari..

Akhir sekali faktor yang ke tiga ialah masalah obesiti.. Apabila berat badan berlebihan, lutut dan kaki tak mampu untuk tampung berat badan.. Oleh itu apabila berjalan jauh atau lama mula lah lutut rasa lemah dan bila dipaksa akan rasa sakit..

Jadi pada sesiapa yang ada masalah sakit lutut cepat-cepat lah cari jalan untuk mengurangkan rasa sakit.. Salah satu cara yang boleh kita ambil ialah dengan mengambil supplemen.. Produk shaklee untuk kesihatan sendi ialah Ostematrix, Advanced Joint Health Tablet dan Omega Guard..

set sakit sendi dan lutut

Kisah Benar Lutut Berlaga dan Berbunyi

Suatu hari kawan saya Amlina bertanya pada saya pasal produk Shaklee.. Dia bertanya pasal supplemen untuk lutut.. Katanya dia ada masalah kronik dengan lutut.. Setiap kali dia berjalan dia boleh terasa kepala lutut bergesel, berbunyi dan sakit.. Nak bergerak bebas pun terhad.. Berdiri lama pun tak mampu.. Bila dia bercerita saya pula yang terasa ngilu memikirkan macam mana lutut boleh berlaga dan berbunyi.. Saya boleh bayangkan tulang rawan pada lutut dia semakin menyusut dan cecair bendalir yang berfungsi untuk melicinkan tulang sendi dah takda..

tulang rawanBeginilah gambaran tulang rawan pada bahagian sendi badan.. Apabila tulang rawan semakin terhakis bahagian sendi akan terasa sakit setiap kali kita bergerak..

sakit sendiSakit sendi bukan sahaja boleh berlaku pada lutut, boleh juga terjadi pada pinggang, sikut, bahu dan tangan..

Dia ada bagi tahu yang dia dah buat pemerikasaan doktor terlebih dahulu.. Hasil pemeriksaan tiada yang serius sampai kena lakukan operation.. Jadi dia nak cuba ambil supplemen yang khusus untuk mengurangkan masalah sakit dibahagian sendi.. Daripada sakit bertambah serius lebih baik dia cegah awal..

Jadi saya cadangkan kepada dia untuk mencuba supplemen Advanced Joint Health Tablet (AJHT).. AJHT adalah supplemen yang menyokong kesihatan sendiri berpanjangan.. Mengandungi ekstrak unik Boswellia, ekstrak jagung dan nutrien penting lain sepertiΒ  Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk meningkatkan keselesaan pada sendi dan pergerakan.. Nak baca lagi details pasal AJHT boleh klik di sini .

set sakit sendi dan lutut

Selepas sebulan mengambil AJHT dia dapat rasakan perbezaan yang sangat ketara.. Rasa sakit pada bahagian lutut ada berkurangan berbanding sebelum ini.. Saya gembira sangat dengan perubahan positif yang dialaminya.. Kemudian dia order lagi AJHT.. Kali ni dia terus daftar jadi ahli Shaklee supaya dia dapat beli produk Shaklee pada harga ahli.. Lagipun memang dia nak beli produk Shaklee tiap-tiap bulan.. Lagi satu dia dah JATUH CINTA dengan kehebatan Shaklee.. πŸ˜€

Nota: Kalau nak dapat harga murah produk Shaklee daftar ahli je terus k.. Tak perlu survery harga.. πŸ™‚

Kemudian saya cadangkan kepada dia supaya ambil Set Kesihatan Sendi Shaklee iaitu Ostematrix dan Omega Guard untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum.. Sebab dia rasa lututnya masih belum berada tahap yang memuaskan.. Jadi dengan pengambilan Ostematrix dapat membantu untuk membina tulang supaya lebih kuat.. Lemak Omega 3 yang terdapat di dalam Omega Guard membantu mengurangkan inflamasi yang sering berlaku pada sendi..

Alhamdulillah selepas 8 bulan dia merasakan keadaan lututnya semakin kuat berbanding sebelum ni.. Sekarang dia dah boleh ikut kawan-kawan dia untuk melakukan aktiviti luar seperti memanjat gunung atau pun berjogging serta melakukan aktiviti harian tanpa sebarang masalah.. Sebagai kawan dah tentu saya gembira tengok dia dapat buat semula aktiviti lasak yang memang menjadi hobinya.. Dan satu lagi yang menyebabkan saya gembira ialah dia partner kaki outdoor saya.. Hehehe..

Β cara jadi ahli shaklee

testimonial-sakit-sendi-dengan-ajht-shaklee

hiking-bukit-gasingHiking ke Bukit Gasing minggu lepas dengan geng-geng Amlina.. Dari kiri Ida, Amlina dan Cheq Eem

Jika ada masalah seperti kawan saya ni boleh lah pertimbangkan untuk mencuba produk Shaklee.. Keistimewaan Shaklee ialah Sentiasa Selamat (lebih 83,000 kajian kualiti setiap tahun), Sentiasa Berkesan (sebanyak 300 juta USD dibelanjakan untuk tujuan R&D) dan Sentiasa Mesra Alam (Tiada perasa dan pemanis tiruan dan bahan kimia).. Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi terhebat hanya dari saya.. Kesihatan anda, keutamaan saya.. πŸ™‚

order-now

Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

10 comments to Set Kesihatan Sendi Shaklee Kembalikan Kekuatan Lutut

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum awak…. hehe nak tanya, ibu mengandung makan oste tu 1 biji pagi dan 1 biji malam je ekk? sebab sheila makin kerap sakit pinggang especially waktu malam T____________T

    • Cheq Eem  says:

      waalaikumsalam sheila… ibu mengandung bila dah lepas trimester I kena lebihkan pengambilan kalsium.. kalau boleh ambil 2 biji siang, 2 biji malam… atau pun lagi satu tips masa ambil oste minum bersama dengan susu.. lagi bagus.. πŸ™‚

  • Strider  says:

    owh..obesiti pun rupanya boleh mengundang penyakit sakit lutut rupanya…this is a good info…

    Regards.
    -Strider-

    • Cheq Eem  says:

      haah… sebab kaki dan lutut terpaksa tanggung beban berat badan.. πŸ™‚

  • Khir Khalid  says:

    Bagus ni.. skrng mmg ramai juga yg sy tengok, muda2 dah ada penyakit lutut.. bila smbahyng je dah cukup.. berdetup2 bunyi bila smpi tiap kali time sujud. Thanks sharing Cheq Eem.. πŸ™‚

    • Cheq Eem  says:

      ada juga yang ambil AJHT nie sebab ada masalah bila nak solat.. org muda pun kena jaga kesihatan juga.. hehe.. sama2 khir… πŸ™‚

  • Ida  says:

    Saya pun rasa lebih muda & bertenaga lepas konsisten ambil shaklee expecially ostematrix.

    • Cheq Eem  says:

      alhamdulillah…. memang penting pengambilan kalsium nie.. terutama ibu yang ada anak kecil 3 orang macam ida.. πŸ™‚

  • Firdaus Azizi  says:

    Entri yang sangat menarik.

    Ayah mertua saya pun amalkan AJHT dan Ostematrix untuk sakit lutut dan sendi disebabkan gout.

    Alhamdulillah sekarang dah tak perlu bertongkat πŸ˜€

    • Cheq Eem  says:

      Alhamdulillah… dah boleh jalan macam biasa lah eh.. combo AJHT dan Ostematrix bagus betul kan untuk orang yg mempunyai masalah lutut nie.. saya doakan semoga ayah mentua firdaus dan sekeluarga terus sihat bersama shaklee… πŸ™‚

Isikan Komen Anda Disini