Shaklee Home Office Sudah Berpindah di Sunway

Salam pembaca,

Oleh kerana nama Shaklee semakin lama semakin besar dalam Malaysia, maka home office Shaklee pun telah berpindah ke tempat yang lebih besar, selesa dan cantik. Secara rasminya pada 25 Ogos 2014 lalu pejabat baru Shaklee adalah di The Pinnacle, Bandar Sunway. The Pinnacle adalah bangunan baru sekitar Bandar Sunway. Kalau tak tahu di mana The Pinnacle, ianya sederet dengan Sunway Medical Centre. Boleh lihat peta di bawah.

peta-pejabat-baru-shaklee

lokasi-pejabat-baru-shaklee-1

Sejak ofis Shaklee berpindah ke tempat baru, saya belum sempat lagi ke sana. Bila lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan Shaklee rasa teruja pula nak ke sana. Berbanding dengan ofis lama, kaunter pembelian dibuka dengan lebih banyak lagi. Ruang menunggu masih sama seperti dulu, dilengkapi dengan meja dan kerusi. Oleh kerana ruangnya lebih luas, jadi lebih selesa. Turut disediakan bilik training yang besar dan selesa untuk kegunaan pengedar Shaklee menjalankan aktiviti seperti coaching, motivation rally dan sebagainya.

Yang paling istimewa tentang ofis baru Shaklee yang tiada dengan ofis lama ialah ada kawasan permainan untuk kanak-kanak. Yeaahh….!! Ibu bapa tak perlu risau nak tinggalkan anak-anak di rumah. Bawa jer mereka datang ke ofis Shaklee. Lagi pun Shaklee kan family business. Kanak-kanak pun dapat kelebihan juga. Kan bagus kalau semua syarikat MLM buat cara macam Shaklee ni. Ekekeke…

Apa yang saya lihat, sepanjang tahun 2014 ni banyak betul perubahan yang di lakukan oleh pihak Shaklee Malaysia. Sekarang dah ada sistem online untuk pengedar Shaklee, harga jualan untuk Sabah/Sarawak diselaraskan dengan harga Semenanjung, pelbagai intensif tambahan untuk para pengedar yang berjaya capai target jualan sebagai motivasi dan yang terbaru pelancaran laman web rasmi Shaklee yang lebih profesional. Rasa bangga pula jadi pengedar Shaklee. Hehehe…

Ok. Tak nak membebel panjang. Kita layan gambar di bawah…

Kredit photo –> Pemilik asal yang sudi kongsi dengan kami dalam group. TQ!

pejabat-baru-shaklee-di-the-pinnacle-bandar-sunwayWarna tema ofis Shaklee mesti lah hijau. Go green! Macam warna tema blog saya juga kan. 😀

pejabat-baru-shaklee-di-the-pinnacle-bandar-sunway-2Besar dan selesa ruang menunggu. Boleh juga dijadikan tempat berbincang untuk kumpulan kecil. Siap ada sofa lagi.

pejabat-baru-shaklee-di-the-pinnacle-bandar-sunway-3Jangan ada ibu bapa yang pening pula terpaksa layan anak-anak datang ofis shaklee setiap hari sebab ada taman permainan. Hahaha..

Kalau nak tahu kisah saya dan Shaklee jemput lah baca di sini. –> Cerita Tentang Shaklee

Berminat untuk jadi sebahagian daripada keluarga Shaklee Malaysia di bawah kumpulan Euhoria (Master Norita), Jutawan Muslimah (Master Shahreza) dan iReach (Master Lyna) ? Jangan malu-malu untuk hubungi saya dan jadi sebahagian daripada #shakleeeffect .

Sharing is caring!

3 comments to Shaklee Home Office Sudah Berpindah di Sunway

  • Khir Khalid  says:

    Cantik officenya.. semoga terus sukses Cheq Eem.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      itu lah… saya belum sempat lagi nak jenguk ofis baru… hehe… tq khir… 🙂

  • ida  says:

    saya pun belum sampai hq baru ni. mungkinkah semasa bengkel nutrisi akan datang.

Isikan Komen Anda Disini