Shaklee Menceriakan Hidupku Tanpa Rokok

Assalamualaikum dan salam 1Shaklee kepada pembaca setia blog vitamin4kesihatan.com,

Apa khabar semua? Rasanya dah lama aku tak berceloteh di blog wife aku ni, maklum ler sibuk dengan aktiviti-aktiviti outdoor untuk dicoretkan dalam blog www.shamphotography.com. πŸ˜€

Kalau korang masih ingat lagi, aku pernah menulis mengenai kisah dan pengalaman aku untuk berhenti merokok pada tahun lepas. Kalau nak flashback balik, boleh ler baca kat entri “Vitamin E Shaklee Boleh Membantu Berhenti Merokok – Betul Ker?” . Terima kasih aku ucapkan kepada yang memberi komen dan memberi feedback yang positif, sedikit sebanyak telah memberi semangat kepada aku untuk meneruskan usaha murni lagi suci ni…ahahahaha. Ermmm…rokok?..apa itu rokok?… dah lama aku tak dengar perkataan tu bermain-main di hujung bibirku. πŸ˜€

Betul Ker Dah Berhenti Merokok?

Alhamdulillah!! sehingga ke hari ini…tarikh ini…minit ini…saat ini…ketika ini, aku dah berjaya untuk tidak merokok selama 429 hari bersamaan 1 tahun 2 bulan dan 4 hari. Terima kasih kepada Shaklee, kepada wife aku dan juga kepada kawan-kawan yang selalu melabelkan aku “POYO”….hihihihihi.. aku menghargai komen-komen poyo korang semua dan itu telah memberi tentangan hebat buat aku…ahahahahaha… jangan marah aaa kawan-kawan aku semua. Memang susah dan serba salah apabila ramai kawan yang sentiasa memberi bantuan sebatang rokok di saat aku memerlukan tetapi semua itu aku berjaya tepis dengan senyuman.

aku-berjaya-berhenti-merokok-stop-smoking-1

Kepada kawan-kawan serokok dengan aku dulu, ini tidak bermakna kita sudah tidak boleh lepak minum semeja lagi…boleh jer!. janganlah persahabatan yang terjalin sekian lama terbuang begitu saja hanya kerana sebatang rokok….tidak!tidak!….itu bukan niatku tapi cuba korang ringan-ringankan jari tu telefon aku untuk ajak ngeteh…hihihihi.. πŸ˜€ Sungguh indah rasa hidup ini bagaikan seperti di dunia fantasi apabila aku boleh memerli kembali kawan-kawan ku yang tidak percaya akan niatku untuk berhenti merokok satu ketika dahulu. Alangkah bangganya diriku apabila boleh mengeluarkan statement seperti “Aku dah setahun tak merokok ni! kau camner?” dan mereka semua membisu tanpa kata. Raut wajah mereka telah memberi kepuasan kepada diriku.

Lihatlah dunia, aku sudah berjaya untuk berhenti merokok….. perkataan “rokok” sekarang telah luput dari diari harianku…ahahahahaha… Poyo nyer…hihihihi.. πŸ™‚

Untuk makluman korang, aku sekarang tidak lagi mengambil Vitamin E Shaklee…ermmm.. mungkin sebab aku dah tak ketagih pada nikotin lagi kot. Buat masa sekarang aku cuma mengambil Ostematrix , Omegaguard, COQ10 dan Vitamin C Shaklee untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan. Aku juga pernah menulis mengenai apa kaitan antara vitamin tambahan dan merokok, kenapa aku berani kata “Makan Vitamin Tambahan Seumpama Merokok“.

Eleh! Ada Beza Ker Kalau Berhenti Merokok?

Manusia ni semuanya ada ego, tak kira lelaki atau perempuan. Kalau disuruh berhenti buat perkara yang kita suka buat, memang ler akan melenting yer… betul tak?. Sama la jugak kalau disuruh berhenti merokok. Aku dulu masa zaman sekolah, merokok ni seperti nak tunjuk hebat di depan kawan-kawan lain dengan ego yang besar….kira dah hebat giler laa kalau merokok ni. Zaman sekarang ni kaum perempuan pun dah merokok ok!..kenapa ek?…. ramai jugak kawan-kawan wanita aku yang merokok.

Sebenarnya dalam masa 20 minit jer korang dah boleh merasai manfaat-manfaat apabila berhenti merokok. Aku pernah menulis 1 entri mengenai manfaat dan kebaikan berhenti merokok, korang boleh baca di –> “Apa Yang Berlaku Apabila Anda Berhenti Merokok?“. Ini adalah fakta yer dan bukan auta!.

Secara pengalaman peribadi aku, semenjak berhenti merokok ni dan mengamalkan vitamin tambahan Shaklee, badan terasa kurang penat dan kurang semput jika aku melakukan aktiviti-aktiviti seperti berenang, hiking, berjalan kaki atau aktiviti outdoor yang lain. Korang boleh baca aktiviti-aktiviti outdoor ku di blog www.shamphotography.com.

Walau apa pun, sebenarnya tujuan utama berhenti merokok ni adalah untuk kebaikan tubuh badan dan kesihatan diri sendiri, lebih-lebih lagi bagi organ jantung dan paru-paru yang selama ini telah diracuni oleh asap serta toksik-toksik sebatang rokok. Pokok pangkalnya pilihan adalah di tangan anda sendiri.

quit-smoking-life-is-beautiful

Bagi seorang isteri yang ingin suaminya berhenti merokok atau seorang anak yang ingin bapanya berhenti merokok, aku nasihatkan supaya jangan ler buat satu tindakan yang drastik menyuruh mereka semua berhenti merokok dengan segera. Paksaan tidak akan membuahkan apa-apa hasil yer tapi cuba-cuba untuk nasihat dengan cara selembut yang boleh. Kadang-kadang untuk berhenti merokok ni sebenarnya perlu datang daripada diri sendiri dan berlandaskan niat yang jitu. Memang tiada cara yang dapat menjaminkan seseorang itu akan berhenti merokok yer…. percayalah sebab aku dulu pun seorang perokok tegar cuma dengan nasihat yang betul… InshaaAllah! mungkin mereka akan mendapat kesedaran dan seterusnya dapat berhenti merokok.

Tips aku untuk kekalkan tidak merokok

Aku pernah memberi tips ini di entri yang lepas dan kejayaan aku membuahkan hasil berdasarkan tips yang aku reka khas untuk diri aku sendiri. Aku kongsikan kembali dan aku harap tips ini berguna dan dapat membantu kepada mereka yang dalam proses untuk berhenti merokok. Kalau aku yang telah merokok selama 20 tahun boleh berhenti merokok, aku yakin korang pun mesti boleh. Hanya yakin pada diri sendiri dan kejayaan pasti milik anda…ekekekekeke.. πŸ˜€

  1. Jangan bawa atau simpan pemetik api (lighter) dalam poket. Kalau pemetik gitar takpe.
  2. Kurangkan melepak dengan kawan-kawan yang merokok, kebiasaannya pada waktu malam di kedai-kedai mamak atau sewaktu dengannya. Bukan tidak boleh lepak dengan kawan terus tapi kurangkan jer. (Nanti kawan cakap kita sombong lak kan!)
  3. Ingatkan diri sendiri yang kita sudah berhenti merokok atau kalau susah sangat suruh jer wife atau kawan-kawan ingatkan. (kalau suruh kawan-kawan yang merokok ingatkan lagi bahaya ooo…ahahahaha)
  4. Selalu cerita kat kawan-kawan yang anda dah 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan, 4 bulan atau berbulan-bulan berhenti merokok. Nanti mesti kawan cakap anda POYO dan lepas itu mesti anda MALU jika tiba-tiba anda kembali merokok. (reverse psikologi ni.. hihi πŸ™‚ )
  5. Jangan duduk atau lepak sorang-sorang terlalu lama sebab ia boleh menyebabkan anda bosan dan mencari rokok untuk berbual, cari ler aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan.
  6. Ambil VitaminΒ  atau makanan yang mempunyai antioksidan yang tinggi secara konsisten walaupun anda sudah berhenti merokok, ini berfungsi untuk membaiki sel-sel yang telah rosak dan untuk menghilangkan ketagihan nikotin secara berterusan. Ini adalah kaedah yang aku masih lakukan sehingga sekarang dengan mengambil Vitamin E Shaklee setiap hari.
  7. Tetapkan dan kentalkan niat anda untuk berhenti merokok. Setakat kawan-kawan offer rokok free tu, buat Don’t Know jer.
  8. Kalau susah sangat hilangkan gian nikotin tu, cuba gantikan dengan minum kopi atau nescafe. Cara ini untuk mengantikan nikotin dengan kafein. Patut la aku kuat minum kopi sekarang ni, sampai wife aku pun bising, suruh kurangkan minum kopi.

Man-big-smile-thumb-up

Entri ini di tulis oleh:

Eshamz Halim – Admin www.vitamin4kesihatan.com

Find eshamz halim on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

Call/SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

9 comments to Shaklee Menceriakan Hidupku Tanpa Rokok

  • Raudzah  says:

    Susah untuk berhenti merokok ni sebenarnya. Dia orang kena kuatkan semangat…Tahniah pada yang berjaya..

    • Cheq Eem  says:

      bila suami ckp nak berhenti merokok saya pun terkejut… betul2 dia nekad dan akhirnya berjaya.. alhamdulillah…. πŸ™‚

    • Eshamz Halim  says:

      Terima kasih Sis Raudzah….. mmg susah tp kalau niat ngan semangat kuat mesti boleh berjaya punyer…ekekeke πŸ˜€

  • Sya Isya  says:

    tahniah berjaya berhenti merokok!. Kalau tak betul-betul determine untuk berhenti merokok, memang tak kan dapat berhenti.

    • Cheq Eem  says:

      mental kena kuat kalau nak berhenti merokok.. mula2 tu memang lah susah… terutama 3-4 bulan yang pertama… masa nie lah ramai yang tak tahan dan akhirnya kembali merokok…

      pelbagai kan cara dan teruskan berusaha untuk berhenti merokok… pakar klinik berhenti merokok pun ada mencadangkan ambil supplemen untuk membantu.. jadi tak salah kalau kita pelbagai cara dan berusaha… insya-allah pasti berjaya…. πŸ™‚

    • Eshamz Halim  says:

      Terima kasih Sis Sya Isya… πŸ˜€ chaiyok2… ekekekeke

  • Khir Khalid  says:

    Dulu masa bujang2 terjebak juga bab rokok ni, tp sbg social smoker je. Bila kwn2 jenis yg kuat memerun tu, kita pun jadi kuat jugalah hahaa.. tp, alhamdulillah.. tak berpanjangan. Mmg bukan perkara yg mudah bila dah melekat.. Tahniah buat abg Sham.. mmg kuat semangatnya tu. Tahniah juga Cheq Eem atas sokongan yg padu.. πŸ™‚

  • Aman Gani  says:

    Terbaik…

  • sobri  says:

    owh encik sham ke yg menulis..patutlah bila baaca lain benor cara penulisanya dri yg selalu baca..ini kita penulis jemputan la.. nice sharing cara2 berhenti merokok..mental kena kuat..sokongan kena padu yg paling penting ada yg sentiasa skong di belakang serta kemahuan mahu berhenti dan x mngulangi semula πŸ™‚

Isikan Komen Anda Disini