Slide # 1
 

Shaklee: Status Halal Produk Kesihatan Perlu Atau Tidak

Salam pembaca,

Isu HALAL produk kesihatan kembali hangat diperkatakan sekarang ni gara-gara terdapat produk kesihatan yang semakin naik telah dipertikaikan status halal dari Jakim.. Isunya bukan produk tersebut tidak halal.. Tapi penyalahgunaan logo halal yang dipamerkan untuk mempromosikan produk tersebut.. Jika didapati bersalah menyalahgunakan logo halal syarikat tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang dari pihak Jakim.. Itu sahaja.. Difahamkan pihak syarikat telah pun memohon untuk memperbaharui lesen halal..

Persoalannya, adakah tiada pengiktirafan dari Jakim bermakna produk tersebut tidak halal? Adakah tiada logo halal pada produk maka tiada pembeli yang akan membeli? Perlu atau tidak memiliki sijil halal produk makanan kesihatan?

Panduan Memilih Makanan Yang Halal

Mencari sumber makanan yang halal adalah menjadi kewajipan bagi mereka yang beragama Islam.. Tapi bagaimana kita hendak memilih makanan yang halal? Berikut antara ciri-ciri yang meletakkan sumber dan makanan adalah halal:-

  1. Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan
  2. Ia bebas dari najis
  3. Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing
  4. Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang HALAL dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum Syarak
  5. Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan

Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini

Pada pandangan saya 5 ciri yang disebutkan seperti di atas boleh dijadikan sebagai panduan asas kepada kita untuk memilih makanan yang halal.. Makanan yang halal dan haram bukan sahaja tentang binatang yang haram di makan iaitu babi dan anjing dan binatang yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.. Tetapi dari segi proses pembuatan makanan juga perlu diambil kira terutama tentang kebersihan dan peralatan yang digunakan..

Sekali sekala apa kata kita perhatikan persekitaran kedai makan sebelum makan di tempat tersebut.. Kalau kedai tersebut mempunyai logo halal tetapi tahap kebersihan tidak dijaga bagaimana pula? Tepuk dada tanya selera.. 🙂

Saya akui logo halal yang terdapat pada label produk memainkan peranan penting dalam menarik pengguna untuk membeli produk tersebut.. Ianya menyumbang untuk meyakinkan pengguna bahawa produk tersebut bersih dan selamat.. Jika tiada logo halal pula, lihat semula pada sumber yang dihasilkan.. Sekiranya produk tersebut berasaskan haiwan laut seperti ikan, kekerang dan sebagainya ianya adalah halal asalkan proses penghasilannya bersih dan selamat.. Begitu juga jika makanan tersebut dari sumber sayur-sayuran..

Logo Halal Jakim Perlu Atau Tidak

Di Malaysia logo halal yang dikeluarkan oleh pihak Jakim adalah untuk makanan yang dihasilkan di negara kita sahaja.. Bagi produk makanan yang  dikeluarkan oleh negara luar mereka mempunyai badan yang tertentu untuk mengiktiraf makanan tersebut halal atau pun tidak.. Dan kita pula sebagai pengguna jangan cepat melatah jika lihat label pada makanan tersebut tiada logo halal Jakim..

Jadi boleh makan atau pun tidak jika tiada logo halal dari Jakim? Boleh sebenarnya, asalkan badan tersebut tersenarai diantara badan yang diiktiraf oleh Jakim.. Boleh download di sini untuk senarai badan luar negara yang diiktiraf oleh Jakim..

Jadi jangan ragu-ragu untuk membeli produk makanan yang dikeluarkan oleh negara luar.. Asalkan produk tersebut mempunyai logo halal yang mendapat pengiktirafan oleh badan Jakim.. Insya-allah..

Status Halal Produk Shaklee

Bagaimana pula dengan produk Shaklee? Kenapa tiada logo halal Jakim pada label produk? Memang betul tiada logo halal Jakim pada produk Shaklee.. Ini kerana produk Shaklee memperolehi sijil halal dari Islamic Service America (ISA).. Untuk pengetahun semua, ISA adalah badan luar negara yang diiktiraf oleh pihak Jakim.. Jadi produk Shaklee boleh digunakan tanpa was-was.. 🙂

status halal produk shaklee

status-halal-produk-syarikat-shaklee

Sijil Halal Shaklee 2013

Oleh itu jadilah pengguna yang bijak dalam membeli produk makanan sama ada di dalam negara atau pun luar negara.. 🙂

p/s: Sijil halal Shaklee tahun 2014 masih belum dikeluarkan.. Insya-allah bulan ini pihak syarikat akan membuat pengumuman..

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

8 comments to Shaklee: Status Halal Produk Kesihatan Perlu Atau Tidak

  • cik mun  says:

    ooo..begitu..

    • Cheq Eem  says:

      pandangan saya macam tu lah tentang isu halal.. 🙂

  • rafidah abu shah  says:

    Thanks 4 the info…takut juga nak makan kalau x ada cop halal..

    • Cheq Eem  says:

      saya pun selalu check label halal.. risau jugak kan.. kalau nak lebih yakin boleh semak terus status halal dekat website jakim.. 🙂

  • raudzah  says:

    kena hati-hatikan Cheq EEm…

    • Cheq Eem  says:

      betul tu raudzah…. di jalan raya pun kene berhati-hati… hehe….

  • Khir Khalid  says:

    Semoga kita semua sentiasa dilindungi & beroleh sumber2 pemakanan yg halal.. T kasih diatas perkongsian Cheq Eem.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      sama-sama khir.. kalau kita rasa was-was boleh rujuk pada pihak yang bertanggungjawab.. wallahualam… 🙂

Isikan Komen Anda Disini