Slide # 1
 

Soal Jawab Dan Info Set Berpantang Shaklee

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Sekarang ni ramai juga ibu-ibu di luar sana yang memilih untuk berpantang dengan produk Shaklee. Ada yang beranggapan berpantang dengan produk Shaklee adalah cara berpantang yang moden, terutama dikalangan orang melayu. Ya lah kan. Berpantang hanya dengan mengambil vitamin sahaja. Kalau dulu-dulu saya tengok kakak saya setiap kali berpantang penuh macam-macam akar kayu, herba dan sebagainya. Kena rebus akar-akar kayu tu dulu, pastu kena minum. Kalau saya memang tak lalu lah. Cium bau je pun dah kembang tekak. Hahaha..

Saya rasa ramai yang tahu banyak testimonial pengguna Shaklee yang merasakan kesan positif selepas mengamalkan set berpantang Shaklee. Tapi masih ada juga ibu-ibu di luar sana yang meragui untuk mengamalkannya.  Macam-macam soalan yang diajukan. Betul-betul selamat ker? Kenapa ada macam-macam set? Apa fungsi bagi setiap vitamin? Dan macam-macam lagi. Kenapa? Tak percaya ker? Hehehe.. Ok, saya kongsikan soalan yang kerap ditanya berserta dengan jawapan yang cukup senang untuk difahami.

set berpantang terbaik

1 ) Kenapa Set Berpantang Shaklee ada pelbagai set?

Nak memudahkan ibu-ibu memilih set berpantang terbaik mengikut keperluan sendiri. Tak semua orang mengalami pengalaman bersalin yang sama. Ada yang bersalin normal, ada yang bersalin awal dan ada juga yang bersalin cara pembedahan. Sebagai contoh kalau ibu yang melahirkan anak pra-matang perlu tambah produk ESP untuk menyokong pengeluaran susu badan. Bagi ibu yang bersalin cara pembedahan pula ambil ESP untuk memulihkan parut pembedahan cepat hilang.

2) Cukup ker berpantang hanya ambil vitamin?

Tak cukup. Fungsi bagi setiap vitamin adalah untuk menyokong dan mengembalikan nutrisi yang telah hilang selepas bersalin. Ibu yang berpantang masih perlu menjaga makan dan pergerakan. Walaupun ada vitamin C dan zinc complex untuk mencepatkan proses luka bersalin jangan ingat semua makanan boleh dimakan. Bataskan juga pergerakan dan amalkan petua orang-orang lama walaupun badan rasa cergas. Pengambilan Vitalea dan B-Complex berfungsi membekalkan tenaga berpanjangan supaya ibu dapat menjaga baby yang kadang-kadang suka jaga tengah malam. Memang badan kita akan rasa sihat, bertenaga, cergas sepanjang hari. Tapi jangan pula kita sesuka hati melakukan kerja-kerja berat bila dirumah. Nanti macam-macam masalah pula yang timbul.

testimonial-set-berpantang-shaklee-zam-vitamin4kesihatan

3) Kalau makan Set Pantang Shaklee ada bagi kesan tak dekat baby macam makan jamu?

Mestilah akan ada kesan juga dekat baby. Apa yang ibu makan, baby pun akan dapat juga tau. Sebab tu ada ibu yang tak boleh makan jamu. Nanti baby akan meragam. Contohnya naik ruam pada badan sebab panas. Itu kalau jamu lah kan. Kalau makan Shaklee pula? Haa,  ini lah yang buat orang suka berpantang dengan Shaklee. Antara sebabnya ialah sistem imun baby akan kuat (sebab ada vitamin C), kulit baby putih, halus dan gebu (sebab ada ESP) dan kalau ada ibu yang nak kurus tambah Lecithin atau Omega boleh bantu perkembangan otak. Ada juga yang ambil Ostematrix untuk kurangkan sakit-sakit pinggang, dan kesan nya menguatkan tulang baby dan nampak tegap. Haa, nampak tak bestnya set berpantang Shaklee nie kan?

testimonial-set-berpantang-shaklee-sal-vitamin4kesihatan

4) Eh, jangan minum banyak air kosong nanti  rahim kembang

Ini lagi satu kerisauan ibu yang mengambil Set Berpantang Shaklee. Kena banyak minum air kosong. Sedangkan kalau ikut petua orang lama, jangan minum banyak air kosong nanti rahim kembang. Fakta atau auta? Secara logiknya badan kita perlukan air yang cukup untuk mengurangkan masalah seperti sakit kepala, mengelakkan sembelit, jangkitan kuman dan sebagainya. Kesihatan pun terjaga. Doktor juga sarankan minum air kosong secukupnya semasa dalam pantang. Yang paling penting sekali bila minum banyak air kosong, susu badan pun akan turut banyak. Kalau kurang minum air, dari mana pula susu nak keluarkan? Cuba konsisten kan diri minum 8 gelas atau 2L dalam satu masa. Minum sekerap yang mungkin dari pagi sampai malam. Tak payah risau sangat minum air banyak nanti rahim kembang. Sebenarnya lagi bagus kalau kita cukup minum air kosong setiap hari. Lagi cepat rahim tu kecut.

5) Bukan 40 hari boleh guna, tapi boleh tahan sehingga 180 hari

Set Berpantang Shaklee bukan hanya diambil semasa tempoh 40 hari berpantang, tetapi  boleh tahan sehingga 6 bulan. Wow..! Berbaloi sungguh. Tak percaya kan? Ramai juga yang tak percaya sebenarnya. Dan lebih terkejut bila dapat tahu boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Berbanding dengan jenama lain yang hanya digunakan semasa tempoh berpantang sahaja. Satu lagi penjimatan yang ibu boleh dapat dengan set berpantang Shaklee ialah menyokong pengeluaran susu badan. Dah dapat pakej 2 in 1 gitu. Set Berpantang + Set Penyusuan. Kalau yang ada bajet besar dan terlebih boleh jadi pakej 3 in 1 – Set Berpantang + Penyusuan + Kurus. Memang penjimat super hebat..!! Tak perlu sibuk-sibuk nak cari produk lain untuk turunkan berat badan dan tambah susu. Hehe…

6) Anak comel, gebu, sihat, kuat dan bam bam.. Ibu kurus dan cantik

Yang akhir sekali ni bonus sebenarnya. Siapa yang tak suka kan bonus kan. Amalkan set pantang Shaklee bukan sahaja badan terasa segar, sihat, bertenaga, luka cepat sembuh dan sebagainya. Malah dapat bantu si ibu turunkan berat badan dengan cara yang selamat. Silap haribulan habis sahaja tempoh berpantang dah dapat turun berat badan dengan banyak. Dan tak mustahil selepas 2-3 bulan dapat semula berat badan yang asal. Best kan? Bab kulit bertambah cantik sudah semestinya. Lagi pun ada sebahagian daripada set berpantang Shaklee adalah set untuk kulit cantik juga. 😀

Bila ibu dah ceria, sihat, bertenaga, cukup nutrisi, cukup pengambilan air kosong, dah tak mengeluh jaga anak siang dan malam sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran susu badan. Bila baby kenyang dapat susu badan yang berkualiti, maka baby pun jadi tumpuan orang ramai. Nanti dengar lah ayat-ayat yang buat ibu rasa kembang. Contohnya”Comeinya baby nihhhh….” “Geraammmnya tengok pipi bam bam tuuu”

testimonial-set-berpantang-shaklee-emy-vitamin4kesihatan

testimonial-set-berpantang-shaklee-pengguna-shaklee-vitamin4kesihatan

Senarai Pilihan Set Berpantang Shaklee

Ini adalah pakej set berpantang terbaik dan popular yang menjadi pilihan ibu untuk berpantang. Ini adalah pakej standard saya sediakan. Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ni set berpantang Shaklee boleh berubah mengikut keperluan ibu sendiri. Kalau nak customize sendiri set pantang pun boleh juga. Takda masalah. 🙂

set bersalin terbaik

set bersalin terbaik

set bersalin terbaik

Nota Kaki: Baby yang mempunyai masalah G6PD tidak sesuai mengambil produk ESP. Begitu juga dengan ibu yang menghidap penyakit SLE tidak boleh mengambil produk Alfalfa.

Untuk sebarang pertanyaan atau nak HOT CHAT mengenai set pantang Shaklee boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Jangan segan-segan nak email, PM Facebook atau pun Whatsapp saya. Sebarang kemusykilan saya akan jawab secepat mungkin. Nak call terus pun boleh.  🙂

6 comments to Soal Jawab Dan Info Set Berpantang Shaklee

  • Khir Khalid  says:

    Info yg sgt bermanfaat buat para ibu…

    • Cheq Eem  says:

      t.kasih.. sekadar berkongsi ilmu yang saya tahu… 🙂

  • rafidah abu shah  says:

    Good info..thanks

    • Cheq Eem  says:

      u r welcome fidah… 🙂

  • Lyn™  says:

    Salam ramadan Cheq Eeem. Saya pun baru tahu yang Shaklee ada set untuk lepas bersalin dan berpantang juga. Terbaik. Moga sukcess terus ya.

  • kak yatiadam  says:

    blog yang cantik dan info yang bermanfaat.

    jemput datang ke blog kak yatiadam
    http://www.yatiadam.com

Isikan Komen Anda Disini