Step Test: Uji Tahap Kecergasan

Salam pembaca,

how-to-do-step-excercise

Pernah dengar pasal ‘Step Test‘ tak? Saya memang tak tahu langsung pasal ‘Step Test’. Semasa pergi ke Pameran Kesihatan Jantung pada bulan lepas baru saya tahu tentang ‘Step Test’. Rupa-rupanya ‘Step Test’ ialah satu cara untuk kita uji tahap kecergasan kardiovaskular.

Apa yang perlu saya lakukan ialah cuma pijak atas platform yang disediakan dan turun daripada kotak tersebut. Cuba lakukan berulang kali secara konsisten dalam kiraan 4 (UP UP DOWN DOWN) selama 3 minit. Macam susah nak paham apa yang saya tuliskan? Hehehe.. Sebenarnya lebih kurang macam gambar di bawah ni. Setiap kali petugas tu cakap UP UP, posisi saya adalah di atas platform, bila dia cakap DOWN DOWN saya kena turun ke bawah.

contoh ujian step test

Selepas tamat 3 minit saya teruskan berdiri. Petugas tak bagi saya duduk. Tapi memang saya tak kan duduk pun. Hehehe.. Kemudian dia periksa denyutan nadi dalam masa satu minit. Dan keputusannya ialah…… Denyutan nadi saya lebih kurang 144/minit. Bagus ke tak bagus? Kemudian petugas tunjukkan kepada saya carta. Huhuhu.. Keputusannya ialah ‘Poor’. Tak fit rupanya. Perasan macam fit. Hahaha..

step-test-ymca-result-for-male step-test-ymca-result-for-female

Tapi takpalah. Sekurang-kurangnya saya tahu tahap kecergasan sendiri. Lepas ni boleh lah ambil langkah berjaga-jaga. Memang setiap kali saya ikut kawan-kawan pergi hiking, saya orang yang terakhir akan sampai. Saya akan cuba buat low pace dan monitor denyutan jantung. Kalau berdegup laju sangat, saya tahu ianya merbahaya dan perlu berehat seketika. Dan bila buat ‘Step Test’ rupanya kategori poor. Hahaha..

Apa yang perlu saya buat? Untuk tingkatkan kesihatan jantung saya perlu kerap dan banyak lakukan senaman kardio. Antaranya seperti berjalan, berlari, berbasikal, berenang ataupun senaman workout kardio.

Kalau nak tau lagi pasal ‘Step Test’ boleh tengok dekat sini –> YMCA 3 Min Step Test

Majulah sukan untuk negara! 😛

11 comments to Step Test: Uji Tahap Kecergasan

  • Khir Khalid  says:

    Baru tau ttg ni… thanks sharing Cheq Eem.. 🙂

    • Cheq Eem  says:

      sama2.. apa yg saya tahu saya share lah dengan semua… 🙂

  • nadia majid  says:

    rupanya begitu dia chck..saya pergi tpi tak pernah nk try tu.. lps ni boleh la try..:)

    jemput datang ye

    • Cheq Eem  says:

      ada pergi jugak eh? lain kali kalau ada test apa2 pergi jer.. hehe…

  • Raudzah  says:

    Thanks Cheq Eem for sahraing..kalau ambil test ni sure fail..he..he

    • Cheq Eem  says:

      kalau fail takpa raudzah… lepas tu kita improve lah apa yang patut… 🙂

  • zainul  says:

    bagus tips ni, simple je nak buat. kalau nak lagi accurate, boleh pakai heart rate monitor. lagi rendah heart beat lagi bagus sebab jantung kita sekali pun dah cukup untuk supply daraf ke seluruh badan.

    • Cheq Eem  says:

      haah.. simple jer.. buat sendiri kat rumah pun boleh.. yang heart rate monitor tu antara wishlist gajet yang nak beli… 😀

  • ida  says:

    Agak2 Ida mesti excellent.. Haha!! In my dream!

    • Cheq Eem  says:

      hahaha… tapi selalu bersilat dgn 3 orang anak… ntah2 excellent.. ekekeke..

  • Azlina  says:

    Info ni…sangat membantu

Isikan Komen Anda Disini