Tabiat Makan Malam Mengundang Bahaya

Salam pembaca,

Salah satu kebanggaan rakyat Malaysia ialah negara kita mewah dengan pelbagai jenis makanan. Baik dari masakan barat, masakan timur, masakan timur tengah, masakan asia seperti india, jepun, korea dan macam-macam lagi. Nak makan makanan dari negara mana? Cari je, mesti boleh jumpa dekat Malaysia. Ada setengah restoran pula buka sehingga 24 jam sehari. Kalau orang yang bercuti ke luar negara antara perkara pertama yang mereka rindukan bila dah balik Malaysia mesti pekena roti canai, nasi lemak dan teh tarik. Walau pun pergi tak sampai seminggu.. Hehe…

hidangan makanan malaysia

Sumber gambar dari Google

Pendek kata orang Malaysia tak kan mati kebuluran kalau tak makan. Tapi yang menjadi kerisauan ialah boleh menyebabkan mati akibat terlebih makan dengan pelbagai penyakit yang merbahaya. Ini lah yang seelok-eloknya kita cuba elakkan. Nak makan tu tak salah, tapi berpada-pada.

“Kajian menunjukkan komunikasi terbina ketika seisi keluarga berkumpul bersama ketika waktu makan.” Dr Mohd Tap Salleh, Presiden IIM “

Makan pada waktu malam ada kebaikannya dari segi hubungan kekeluargaan. Saya sendiri pun kalau balik ke kampung mesti kumpul satu keluarga dan makan bersama-sama. Tambahan pula mak saya yang suka dan rajin memasak. Jadi meja makan adalah tempat favorite kami adik beradik bila balik kampung. Bila semua orang dah berkumpul di meja baru boleh makan. Selalunya selagi ketua keluarga (abah) takda di meja makan, kita orang pun tak makan. Masa ni lah kami dapat kumpul beramai-ramai, berborak dan gosip-gosip. Dan abah pula memang suka cerita kisah zaman dulu-dulu dekat anak-anak dia. Hehe…

makan bersama keluarga

Panduan Makan Malam

Walaubagaimanapun tabiat makan malam dari segi faktor kesihatan perlu diambil kira. Ada kajian mengatakan punca obesiti rakyat Malaysia ialah makan berlebihan dan yang tinggi kalori pada waktu malam. Sedangkan pengambilan kalori pada waktu malam sepatutnya rendah. Seiring dengan faktor metabolisme yang rendah berbanding pada waktu siang.

Jumlah kalori dalam setiap hidangan

1 keping roti canai kosong = 301kcal
1 gelas teh tarik = 130kcal
1 pinggan mee goreng mamak = 281kcal
1 pinggan nasi lemak = 288kcal

 

Tabiat makan malam sebaiknya kita kawal dan kalau boleh kurangkan. Makan secara berlebihan dan mengikut nafsu boleh mengundang pelbagai penyakit dan membahayakan kesihatan. Di tambah pula dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan kurang bersenam. Oleh itu saya nak kongsikan beberapa tips yang saya pernah baca untuk panduan semua dan saya juga.. 🙂


Tips makan waktu malam

✔ Pilih makanan yang kurang berminyak, bergoreng dan berlemak

✔ Elakkan makan malam terlalu lewat. Seeloknya makan sebelum jam 8.00 malam

✔ Pilih makanan yang berkalori rendah. Jika ingin makan nasi had kan pengambilan kepada segenggam sahaja

✔ Pilih makanan yang tinggi serat seperti oat, roti whole meal, buah-buahan

✔ Elakkan makan sambil menonton t.v. Makanan ringan selalunya tinggi calori dan tidak berkhasiat

✔ Makan dalam kuantiti yang sedikit dan mengikut keperluan badan

✔ Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

✔ Kurangkan makan diluar

 

Jadi bukan kita tak boleh makan malam, boleh. Tapi makanlah secara berhemah dan bijak. Jangan kita terus menyumbang kepada angka golongan obesiti rakyat Malaysia.

p/s: Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.. 🙂

 
Follow Cheq Eem on Google+!

Cheq eem
Shaklee Independent Distributor
ID 917511

SMS/WhatsApp – 012-3257744

Hubungi Kami | Order Produk

5 comments to Tabiat Makan Malam Mengundang Bahaya

  • yumida  says:

    aah la kan..yumida klo tgk makanan sume rs nak rembat je
    tu sedap ni sedap
    last2 kekenyangan terus tdo

    • Cheq Eem  says:

      samalah kita… suka makan juga… hehe…
      makan tu boleh.. tapi kene kawal lah sikit… 🙂

  • Khir Khalid  says:

    T kasih diatas perkongsian peringatan ini.. Salam Jumaat.. 🙂

  • TENGKUBUTANG  says:

    heee.. teman pun sedang on diet ni.. xmo makan nasi memalam.. heee…

    • Cheq Eem  says:

      diet jgn tak diet….. hehehe….

Isikan Komen Anda Disini