Aktiviti Outdoor tagged posts

Zombie Run 2014 Mengganas di Putrajaya

Salam pembaca,

Walaupun dah seminggu berlalu, tapi penangan zombie run masih lagi terasa. Luka dekat lutut baru jer nak kering, bengkak dah surut sedikit dan lebam masih belum hilang. Kenangan kena kejar dengan macam-macam jenis zombie memang tak kan dilupakan. Ada zombie kampung pisang, ada zombie sasa, ada zombie pirate, ada zombie askar. Macam-macam lah.. Lepas tu semua zombie agresif gila dok kejar manusia. Macam dah lama tak dapat otak manusia. Ntah apa yang sedap otak manusia pun tak tahulah. Rasanya otak burung unta lagi sedap kan. Hahaha..

Itu lah kenangan kali pertama join Zombie Run Malaysia. Bila member tag dalam FB ajak join, terus usulkan pada husband. Menarik ni kalau join. Malam tu juga google dan cari info pasal zombie run. Rupanya dah pernah ada tahun lepas. Ingatkan baru nak buat tahun ni. Ekekeke.. Lepas dah buat kerja-kerja KGB kita orang pun tak fikir panjang dah. Terus setuju jer. Untuk join zombie run cuma bayar RM112 untuk satu team...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

ATV Ride, Rose2Rose Charity Walk dan Ostematrix Shaklee

Salam pembaca,

Aktiviti hujung minggu saya selalunya mesti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti outdoor. Memang tak reti nak dok diam dekat rumah. Kadang-kadang sampai kawan nak ajak lepak siap tanya dulu ‘minggu ni masuk hutan mana pulak?’ Hahaha… Perli baik punya kan. Nak lepak siang memang ler dah ada program tapi kalau nak lepak malam boleh lagi sebenarnya. Sesi ngeteh ke, sesi ngopi ke. Ok jer uolss.. 😀

ATV Ride @Cahaya SPK Shah Alam

Minggu lepas hari Sabtu pergi layan main ATV dekat Cahaya SPK Shah Alam. Teringin nak cuba permainan ATV ni dah lama. Kos bayaran main ATV boleh tahan gak. Bila survey dekat RM 100 juga. Kebetulan jumpa voucher Groupon yang  murah, jadi terus beli untuk 8 orang. Cuma RM28 setiap seorang. So oklah.. Walaupun track pendek jer, tapi untuk beginner atau pertama kali nak cuba sesuai juga. Enjoy sangat.!

Tapi rasa tak puas bermain ATV tetap ada. Baru nak ambil feel biasakan diri dengan ATV dah habis 5 laps...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

7 Tips Sebelum Melakukan Aktiviti Outdoor

Salam pembaca,

Sekarang ni hobi saya di hujung minggu ialah melakukan aktiviti outdoor.. Semua nie gara-gara tahap keboringan hidup ‘berdua’.. Kalau dulu hujung minggu melepak dekat rumah layan movie atau jalan-jalan dekat shopping kompleks.. Tapi sekarang hujung minggu menyusun jadual nak memanjat bukit, buat sukan ekstrem dan sebagainya.. Yeaahh.. dah dapat balik momentum ‘adreanlin rush’ sebelum bergelar isteri..

Tapi untuk suami pula dia tak biasa dengan aktiviti macam nie.. Cara dia membakar kalori dengan mengambil job sebagai part time photographer untuk majlis kahwin atau jalan-jalan ambil gambar sebagai hobi.. Nie hobi orang kaya namanya.. Sebab gajet untuk ambil gambar bukan nya murah, mahal-mahal semuannya.. Haha… Tapi dengan hobi ni dapat juga cari duit tambahan untuk kahwin katanya.. Sekarang dah jarang buat, sebab banyak sangat persaingan yang tidak sihat.. Hehe…

Nak melibatkan dia untuk join aktiviti outdoor memang payah sikit lah pada mulanya....

Jom Baca Lebih Lanjut.......