aktiviti sosial tagged posts

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim Di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur

Salam pembaca,

Alhamdulillah.. Dah nak masuk dua minggu kita menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Rasa macam sekejap jer kan. Lepas nie semua orang dah sibuk dengan persiapan menjelang hari raya pula. Dalam kita bergembira jangan lupa pula pada mereka yang kurang bernasib baik. Salah satu cara yang boleh kita buat ialah dengan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukan. Insya-allah lebih banyak kita memberi lebih banyak kita menerima. πŸ™‚

royale-bintang-kuala-lumpur-pertubuhan-rahoma-darul-fakir-vitamin4kesihatan-6

Baru-baru saya berkesempatan memenuhi undangan program amal berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur. Program sebegini adalah program tahunan yang dianjurkan oleh pihak hotel Royale Bintang Kuala Lumpur sebagai salah satu tanggungjawab sosial untuk golongan yang kurang bernasib baik. Terima kasih buat rakan blogger iaitu sis Akma Omar atas jemputan ini. Beberapa rakan blogger turut juga bersama-sama memeriahkan majlis ini antaranya sis Hanny, Hazman, Nam...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Zombie Run 2014 Mengganas di Putrajaya

Salam pembaca,

Walaupun dah seminggu berlalu, tapi penangan zombie run masih lagi terasa. Luka dekat lutut baru jer nak kering, bengkak dah surut sedikit dan lebam masih belum hilang. Kenangan kena kejar dengan macam-macam jenis zombie memang tak kan dilupakan. Ada zombie kampung pisang, ada zombie sasa, ada zombie pirate, ada zombie askar. Macam-macam lah.. Lepas tu semua zombie agresif gila dok kejar manusia. Macam dah lama tak dapat otak manusia. Ntah apa yang sedap otak manusia pun tak tahulah. Rasanya otak burung unta lagi sedap kan. Hahaha..

Itu lah kenangan kali pertama join Zombie Run Malaysia. Bila member tag dalam FB ajak join, terus usulkan pada husband. Menarik ni kalau join. Malam tu juga google dan cari info pasal zombie run. Rupanya dah pernah ada tahun lepas. Ingatkan baru nak buat tahun ni. Ekekeke.. Lepas dah buat kerja-kerja KGB kita orang pun tak fikir panjang dah. Terus setuju jer. Untuk join zombie run cuma bayar RM112 untuk satu team...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

ATV Ride, Rose2Rose Charity Walk dan Ostematrix Shaklee

Salam pembaca,

Aktiviti hujung minggu saya selalunya mesti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti outdoor. Memang tak reti nak dok diam dekat rumah. Kadang-kadang sampai kawan nak ajak lepak siap tanya dulu ‘minggu ni masuk hutan mana pulak?’ Hahaha… Perli baik punya kan. Nak lepak siang memang ler dah ada program tapi kalau nak lepak malam boleh lagi sebenarnya. Sesi ngeteh ke, sesi ngopi ke. Ok jer uolss.. πŸ˜€

ATV Ride @Cahaya SPK Shah Alam

Minggu lepas hari Sabtu pergi layan main ATV dekat Cahaya SPK Shah Alam. Teringin nak cuba permainan ATV ni dah lama. Kos bayaran main ATV boleh tahan gak. Bila survey dekat RM 100 juga. Kebetulan jumpa voucher Groupon yangΒ  murah, jadi terus beli untuk 8 orang. Cuma RM28 setiap seorang. So oklah.. Walaupun track pendek jer, tapi untuk beginner atau pertama kali nak cuba sesuai juga. Enjoy sangat.!

Tapi rasa tak puas bermain ATV tetap ada. Baru nak ambil feel biasakan diri dengan ATV dah habis 5 laps...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Senarai Kedudukan Peserta SBB2014 Dah Keluar

Salam pembaca,

Teka teki dekat mana saya duduk untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 sudah pun terjawab. Tengah hari tadi dah diumumkan senarai kedudukan meja untuk para peserta. Kalau ikutkan saya datang bersama suami, so ingat kan dapat lah duduk satu meja. Tapi hakikatnya bila tengok kedudukan meja kita orang….. Argghh tidak…… Jauhnya kita orang telah dipisahkan. Saya duduk di meja no 19, suami pula duduk di meja 8. Kalau meja sebelah ke, meja depan ke ok lah jugak. Tapi nun sorang di timur, sorang di barat.

Ok, bertenang.. Jangan ‘kancheong’ sangat. Tujuan nak pergi majlis ni nak beramah mesra, nak kenal blogger yang ada di Malaysia, nak expand networking dan sebagainya. Kalau berkepit nanti tak berkenalan pula dengan orang sebelah kan. Elok juga mereka pisahkan kita orang. Pandai-pandai lah bawa diri esok. Betul tak? πŸ˜€

Bila lihat senarai peserta yang satu meja dengan saya kenal 2 orang blogger je iaitu Farah Waheda dan Ayue Rejaluddin...

Jom Baca Lebih Lanjut.......

Jom Pergi Charity Walk For Humanity

Salam pembaca,

Saya nak ajak pembaca untuk menyertai satu aktiviti amal yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif iaitu program Rose2Rose Walk For Humanity yang akan diadakan pada 16 March 2014 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.. Acara jalan kaki sejauh 5km ini bertujuan untuk mengutip dana sebanyak RM1.5 juta untuk disumbangkan kepada 3 buah negara iaitu Palestin, Syria dan Rohingya, RM500,000 bagi setiap negara.. Projek dari wanita Malaysia untuk wanita dan kanak-kanak bagi 3 negara tersebut telah dilancarkan pada Oktober 2013.. Jom ramai-ramai mana yang tinggal sekitar Kuala Lumpur untuk ikut serta aktiviti amal ini.. Yang di luar K.L pun boleh join juga kalau berminat.. πŸ™‚

rose2rose-charity-walk-for-humanity-2014Cikgu Fitness Kevin Zahri pun ada juga nanti.. πŸ™‚

Macam mana nak join ?

Semua orang pun boleh join.. Setiap individu yang ingin menyertai perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM48 melalui akaun bank yang dinyatakan seperti di dalam poster....

Jom Baca Lebih Lanjut.......