atv ride tagged posts

ATV Ride, Rose2Rose Charity Walk dan Ostematrix Shaklee

Salam pembaca,

Aktiviti hujung minggu saya selalunya mesti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti outdoor. Memang tak reti nak dok diam dekat rumah. Kadang-kadang sampai kawan nak ajak lepak siap tanya dulu ‘minggu ni masuk hutan mana pulak?’ Hahaha… Perli baik punya kan. Nak lepak siang memang ler dah ada program tapi kalau nak lepak malam boleh lagi sebenarnya. Sesi ngeteh ke, sesi ngopi ke. Ok jer uolss.. 😀

ATV Ride @Cahaya SPK Shah Alam

Minggu lepas hari Sabtu pergi layan main ATV dekat Cahaya SPK Shah Alam. Teringin nak cuba permainan ATV ni dah lama. Kos bayaran main ATV boleh tahan gak. Bila survey dekat RM 100 juga. Kebetulan jumpa voucher Groupon yang  murah, jadi terus beli untuk 8 orang. Cuma RM28 setiap seorang. So oklah.. Walaupun track pendek jer, tapi untuk beginner atau pertama kali nak cuba sesuai juga. Enjoy sangat.!

Tapi rasa tak puas bermain ATV tetap ada. Baru nak ambil feel biasakan diri dengan ATV dah habis 5 laps...

Jom Baca Lebih Lanjut.......